Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bp orang yg berkuasa, mengawal, mengarahkan atau memberi perintah kpd orang bawahan (pekerja dsb), ketua, majikan: ia bersuara macam seorang ~;berboskan mempunyai seseorang sbg bos: beruntunglah dia dapat ~ orang yg baik hati dan bertimbang rasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bos II


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera bos Apakah Perbezaan antara para, pepara dan para-para Terima Kasih1. “Para” bermaksud:

i.             Rak tempat menaruh barang-barang dan lain-lain.

ii.            Kata (yang mendahului kata-kata lain) yang menyatakan ramai.

iii.           Bahan kenyal dan kalis air daripada susu getah atau bahan sintetik, biasanya digunakan untuk membuat tayar, sarung tangan, bola dan lain-lain.

iv.          “Paragraf”.

2. “Pepara” bermaksud sejenis tumbuhan (rumpai), rumput sendayan, Rhynchospora corymbosa.

3. “Para-para” bermaksud “para”, iaitu rak tempat menaruh barang-barang dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1617 dan 1670.




 

Lain-lain18.05.2024
Menurut jawapan pihak Tuan, perkataan memberi dan memberikan merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan memberi hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala memberikan hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Akan tetapi, berdasarkan penerangan di atas, saya hendak mengemukankan beberapa butir untuk ditelitikan. 1. Ali memberi adik (objek bernyawa) air. 2. Ali memberikan air (objek tak bernyawa) kepada adiknya. Dua ayat ini betul menurut penerangan di atas. 3. Ali memberi/memberikan anaknya (objek bernyawa) kepada keluarga itu. 4. Disebabkan miskin, Ali telah memberi/memberikan anak bongsunya (objek bernyawa) kepada jirannya. Bagaimana pula dengan dua ayat di atas? 4. Bos tidak memberi/memberikan gaji (objek tak bernyawa) bulan ini. 5. Cikgu sudah memberi/memberikan arahan (objek abstrak) kali kedua. 6. Nenek suka memberi/memberikan nasihat (objek abstrak). Harap Tuan dapat menjawab soalan saya dgn penerangan yg teliti. Setahu saya, mem...kan akan diikuti dengan kepada, manakala mem... itu sendiri tidak perlu. Contoh: 1. Dia memberikan kucingnya (objek bernyawa) kpd jirannya. 2. Dia tidak suka memberi nasihat. Adakah kedua-dua ayat di atas gramatis? Sekian terima kasih.

Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM, menerangkan makna:
(i) Memberi - menyebabkan seseorang menerima sesuatu. Contoh ayat: Ia memberi anak-anaknya wang saku.
(ii) Memberikan - menyerahkan sesuatu kepada... Contoh ayat: Saya memberikan buku itu kepada adik saya.

Maka, ayat yang betul ialah:
1. Ali memberi adik air.
2. Ali memberikan air kepada adiknya.
3. Ali menyerahkan anaknya kepada keluarga itu. (Kata menyerahkan lebih tepat dalam konteks ayat ini)
4. Disebabkan miskin, Ali telah menyerahnya anak bongsunya kepada jirannya. (Kata menyerahkan lebih tepat dalam konteks ayat ini)
4. Bos tidak memberikan gaji pada bulan ini.
5. Cikgu sudah memberikan arahan kali kedua kepada pelajar itu.
6. Nenek suka memberikan nasihat kepada cucu-cucunya.
Tatabahasa24.03.2015

Kembali ke atas