Kami ingin mengetahui maksud Penggalang.Adakah maksudnya ia menghalang atau menyekat? Nama Penggalang ini akan diletakan pada bot - bot laju APMM. | Tuan, Maksud penggalang menurut Kamus Dewan adalah sesuatu yang digunakan untuk menggalang atau perintang. Terima kasih | Makna | 01.07.2011 |
17 buah bot atau 17 biji bot? terima kasih. | 17 buah bot. | Lain-lain | 01.10.2007 |
1.mereka ke kampung seberang dengan menaiki bot. 2.Pelajar perlu banyak membaca untuk menambahkan pengetahuan. soalan;adakah ayat tersebut terdiri daripada dua klausa? | Ayat tersebut mengandungi dua klausa. | Tatabahasa | 10.08.2008 |
Mohon terjemahan untuk ayat berikut: 'UKM Ethnic Studies Occasional Paper Series' | Encik Mohamad Faris, Terjemahan yang saya buat ini tidak mengikut konteksnya ialah Siri Kertas Kajian Tentang Etnik oleh UKM ,diterbitkan sekali-sekala. Manakala makna dalam kamus pula ialah, appearing occasionally and not continuously, sekejap ada, sekejap tdk ada: the light from the boat was no more than an ~ glow, cahaya lampu dr bot itu sekejap ada, sekejap tdk ada; | Makna | 05.07.2010 |
Secara umumnya, tempat-tempat kediaman boleh berbentuk rumah sesebuah, rumah berkembar, apartmen atau unit rumah pangsa, rumah teres, bangsal berbumbung atap atau zink, unit rumah buruh. Papan atau konkrit (seperti terdapat di estet-estet) atau sebarang jenis struktur sementara atau tetap yang lain yang tidak termasuk dalam mana-mana jenis di atas. Tempat kediaman jenis yang terakhir ini mungkin dalam bentuk bangsal, gua, tempat berteduh berbumbung zink yang kecil, bangsal yang tidak mempunyai bumbung yang sempurna atau rumah bot. Soalan saya: Terdapat perkataan 'atau' disebut secara berulang pada ayat yang kedua. Adakah sesuai atau ada cara lain yang boleh disampaikan dengan maksud yang sama? Harap pihak DBP dapat memberikan cadangan dan pandangan dalam menyelesaikan kekusutan penggunaan bahasa bagi pihak saya. Sekian, terima kasih. | Penggunaan 'atau' adalah betul pada contoh yang diberikan. Walaupun berulang tetapi tidak menimbulkan kekeliruan kepada pembaca. | Tatabahasa | 17.06.2009 |