Salam Apakah padanan bagi acara sukan panah recurve? Terima kasih. | Padanan istilah tersebut adalah seperti yang berikut: recurve - lengkung recurve bow - busur lengkung Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 19.05.2022 |
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Baltic"? "Baltic" yang dimaksudkan ialah sebuah negara. Terima kasih. | Dalam pangkalan data kami , terdapat istilah yang berikut: Baltic bow - haluan Baltik, Baltic outflow -aliran keluar Baltik. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "Baltic" ialah Baltik. | Istilah | 09.12.2013 |
Apakah padanan Melayu bagi cloth bolt? Saya temukan perkataan ding di entri Kamus Inggeris-Melayu Dewan, di entri kedua bagi bolt dalam erti ketujuh: roll of woven fabric, wallpaper, etc, ding: a ~ of silk, sending kain sutera;. Tetapi di contoh ayat pada erti (sense) ketujuh entri tersebut menggunakan perkataan sending. • Saya turut membuat carian ding di PRPM namun, apabila saya menyertakan perkataan kain dalam carian, hasilnya tidak menunjukkan maksud bagi cloth bolt atau bolt of cloth tersebut. | Saya merujuk kepada data PRPM bagi kata bolt dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, dan dapatan carian saya adalah seperti yang berikut, iaitu: bolt2 n 1. sliding metal bar to fasten door, gate, etc, selak; 2. metal bar or rod in lock, kancing; 3. fastening rod or screw to take a nut, bolt; 4. sliding bar in breech-loading firearm, pengancing; 5. short arrow for cross bow, anak panah; 6. flash of lightning, panahan petir; 7. roll of woven fabric, wallpaper, etc, gulung: a bolt of silk, segulung kain sutera; Kemungkinan ada masalah teknikal sewaktu tuan/puan membuat carian tersebut. Adakah yang sebenarnya tuan/puan maksudkan ialah 'a bolt of cloth'? Jika ya, maka padanannya ialah 'segulung kain'. Berdasarkan kamus Collins English Dictionary dalam talian, a bolt of cloth is a long wide piece of it that is wound into a roll round a piece of cardboard.
| Makna | 17.12.2023 |