| Break the Bias Translate ke bahasa : Hapuskan Stereotaip | Padanan bahasa Melayu untuk break the bias ialah "hapuskan kecenderungan terhadap sesuatu". Jelaskan konsep atau makna frasa kerana padanan perkataan bergantung pada kesesuaian mengikut laras bahasa atau konsep penggunaan dalam sesuatu bidang. | Makna | 22.12.2021 |
| "Apakah terdapat istilah khusus untuk i. Breakfast ii. Tea Break iii. Lunch iv. High Tea v. Dinner vi. Supper " | Berikut padanan dalam bahasa Melayu yang diperlukan: i. Breakfast - sarapan/ makan pagi ii. tea-break - waktu rehat iii. Lunch - merarau/ makan tengah hari iv. High tea - minum lewat petang v. Dinner - makan malam vi. Supper - makan lewat malam | Istilah | 27.05.2013 |
| Apakah terjemahan yang tepat untuk perkataan berikut; 1) Emergency break glass 2) Direct current standby battery free maintenance(Contoh : 12 volt /7AH DC standby battery (free maintenance) Salam hormat Rita | 1. Pihak kami mencadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan Emergency break glass ialah Kaca Pemecah Keselamatan. 2. Pihak kami mencadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan Direct current standby battery free maintenance dengan mengikut contoh yang diberikan seperti berikut: Bateri Pengganti 12 volt/7AH Arus Terus (Penyelenggaraan Percuma) | Istilah | 25.04.2018 |
| Apakah terjemahan yang tepat bagi 'break the silence'? | Padanan terjemahan yang sesuai ialah "memecah kesunyian" atau "memecah kebuntuan" Walau bagaimanapun, padanan ini bergantung pada konteks ayat dan penggunaannya dalam bidang tertentu. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.03.2023 |
| 1. Saya ingin mengetahui sama ada wujud terjemahan bagi teknik dan istilah dalam bidang sukan yang berkaitan dengan seni beladiri. Contohnya: knife-hand block, break-falls, back kick, side thrust-kick, rear-choke hold, palm-heel strike dan beberapa istilah lain. Adakah saya perlu mengekalkan istilah tersebut atau menukarnya mengikut kesesuaian? 2. Apakah terjemahan yang paling tepat untuk frasa 'Martial Arts for People with Disabilities'? Adakah' Seni Mempertahankan diri bagi golongan hilang upaya' atau 'Seni beladiri bagi golongan hilang upaya'? Terima kasih | 1. Cadangan bagi istilah yang berkenaan ialah "back kick - tendang balas". Namun begitu, bagi istilah lain yang dinyatakan, Saudara boleh mengeja secara garis miring. 2. Cadangan terjemahan bagi 'Martial Arts for People with Disabilities' ialah ? "Seni Mempertahankan Diri bagi Orang Kurang Upaya". | Penyemakan dan penterjemahan | 30.10.2015 |
| Dear Sir/Madam, I am Kelvin Tan. I am final year student of Faculty of Computer Science and Information Technology in University of Malaya. Currently, I am doing my thesis with title "Malay Sentence Boundary Detection System". The function of this proposed system is to break a Malay text into sentences based on period, question mark, and exclamation mark. The motivation of this system is to support language translation, such as Malay to French, so that the result will be more accurate. I have questions about quotes used in the following text. As far as I know, it is compulsory to have an opened quote followed by a closed quotes. But why there is only one open quotes in the following sentences? How do you divide or break this text into sentences? ==================================== “Penyertaan kami pada Piala Dunia adalah pengalaman yang unik. Kami berada di sini untuk menikmati kehadiran kami, semua pemain sangat bersemangat. “Jika kami mahu mencatat keputusan yang baik, kami mesti memberi usaha dan tumpuan 100 peratus,’’ kata jurulatih kelahiran Jerman berusia 72 tahun itu, yang telah membawa Greece muncul juara Eropah pada 2004. =================================== Thank you for your time and cooperation. Yours Sincerely, Kelvin Tan Student Faculty of Computer Science and Information Technology, University of Malaya | Penggunaan tanda petik pembuka dan penutup hanya di awal dan di akhir pernyaataan. Contoh : "Bila sampai?" tanya Hussin. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan (halaman 77) atau buku-buku rujukan lain yang menerangkan berkenaan tanda baca. | Lain-lain | 15.06.2010 |
| Salam Ayat yang ditulis dalam kolum adakah memerlukan noktah di hujung? sekian. Terima kasih | Tanda noktah perlu digunakan untuk penanda akhir setiap ayat yang lengkap. break-before: page;" /> | Lain-lain | 05.11.2025 |
| Judy mahu membuka klinik sendiri.Ayat ini betul? | Ayat ini betul. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut. break;" /> break;" /> | Tatabahasa | 17.05.2015 |
| Karen baik hati juga. Ayat ini betul? | Ayat ini kurang tepat. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut. break;" /> break;" /> | Tatabahasa | 17.05.2015 |
| Dia tidak tinggi tetapi sedikit kurus. Ayat ini betul? | Ayat ini kurang tepat. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut. break;" /> break;" /> | Tatabahasa | 17.05.2015 |