| Assalamualaikum wbt dan selamat petang Tuan, Saya merupakan pelajar PhD di USM. Saya ingin bertanya tentang istilah brief (Contoh: Solution Focused Brief Therapy). Apakah istilah brief yang sesuai dalam bahasa Melayu atau perlu kekalkan perkataan brief tersebut? (Terapi Brief Fokus Penyelesaian. Sekian, terima kasih atas budi baik, | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud brief ialah "memberikan taklimat, ringkasan, arahan atau singkat". Terjemahan yang sesuai bagi ayat yang diberikan ialah "Terapi Ringkas Penyelesaian Masalah". | Makna | 06.01.2022 |
| Untuk buku mata pelajaran Reka bentuk Teknologi tingkatan tiga, terdapat istilah "PROJEK BRIEF" yang digunakan secara berulang kali. Apakah ejaan yang tepat untuk projek brief dari segi: -Italic -Huruf besar/kecil -Ejaan bahasa melayu atau inggeris terima kasih. urgent | Ejaan yang tepat seperti yang berikut: Projek Brief (perkataan Brief dicondongkan kerana dalam bahasa Inggeris) | Ejaan | 12.01.2018 |
| Perkataan "otherwise" dalam perjanjian membawa maksud apa? Contoh 1, '...the borrower may become liable to the lender any where on banking account or accounts current or otherwise or in any manner whatsoever....' Contoh 2, '....any buildings, fixture or plants or in defending, prosecuting or otherwise howsoever taking part in or attending at (whether on a watching brief as observer or otherwise howsoever)...' | Puan Farhanah terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Otherwise dalam ayat pertama boleh membawa maksud sebaliknya, manakala dalam ayat kedua pula boleh membawa makna dalam apa cara sekalipun. Walau bagaimanapun kadang kala ia boleh juga membawa makna dalam hal yang lain. Terima kasih. | Tatabahasa | 13.11.2009 |
| Salam..Mohon dipanjatkan kepada Ketua Pengarah DBP Saya mengikuti perkembangan DBP dan peranannya dalam memertabatkan bahasa melayu ke arah yang lebih global. Jadi di sini saya ingin memberi beberapa cadangan berkaitan: a) Di ruangan carian kata perlu diletakkan bersama "rakaman sebutan perkataan" ..Ini penting dalam memartabatkan bahasa melayu ke peringkat lebih global ( sediakan web "dual language." Ini memudahkan orang luar yang berminat mempelajari bahasa dan sebutan b.melayu. *cth yang patut di paparkan untuk laman web adalah Menu utama menerangkan bla..bla. (Main language here brief you a detail...) Berdasarkan pengamatan saya, belum ada lagi terjumpa carian kata bahasa melayu dengan sebutan... b) Perlu lebih banyak mempromosikan bahasa melayu bermula di peringkat tadika lagi untuk semua kaum di Malaysia.. sekian ps/-sedih apabila mendengar wakil rakyat bukan melayu bercakap melayu silap sebutan di Parlimen walhal B.melayu adalah bahasa kebangsaan... | Assalamualaikum Terlebih dahulu kami mengucapkan terima kasih atas cadangan saudara. Telah banyak usaha DBP memartabatkan Bahasa Melayu melalui ICT (Lihat laman sesawang DBP). DBP juga sedang berusaha memantapkan lagi laman sesawang untuk tujuan memartabatkan bahasa Melayu di era teknologi ini. Cadangan saudara ini juga akan kami ambilkira. Sekian | Lain-lain | 17.07.2010 |