Adakah ini betul? Virgin British Islands-Kepulauan Virgin British | Virgin British Islands ialah Kepulauan Virgin British | Lain-lain | 15.11.2019 |
fungsi bahasa melayu modern | Bahasa Melayu moden bermula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Sebelum penjajahan British" title="British">British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut tentang bahasa Melayu moden termasuklah fungsi sila rujuk buku/artikel yang berkaitan kerana tajuk ini memerlukan kajian dan pembacaan lanjut. | Lain-lain | 04.06.2009 |
Adakah terjemahan ini betul? British Indian Ocean Territory - Wilayah Lautan British Hindi | Padanan yang tepat bagi frasa “Indian Ocean” dalam bidang Geografi ialah Lautan Hindi, maka terjemahan yang sesuai bagi “British Indian Ocean Territory” ialah Wilayah Lautan Hindi British. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.11.2019 |
Faktor-faktor campurtangan British di Tanah Melayu | Kedatangan British ke Tanah Melayu adalah kerana faktor ekonomi, agama dan ingin mencari kemasyhuran. Berikutan Revolusi Perindustrian, England memerlukan bekalan bahan mentah seperti bijih timah, rempah dan getah. Dari segi agama pula, berikutan Perang Salib di Eropah, kuasa - kuasa Barat cuba melemahkan perkembangan agama Islam walau di mana juga pusat perkembangannya. Selain itu, kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba mencari tanah jajahan bagi mendapatkan kemasyhuran sebagai satu kuasa dunia yang gagah. Tanah jajahan juga menjadi tempat memasarkan barangan keluaran mereka. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Sejarah Malaysia Sepintas Lalu oleh Zainal Abidin Abdul Wahid et.al., buku Malaysia oleh Rupert Emerson, dan lain-lain. | Lain-lain | 01.03.2008 |
Lawatan & Pembentangan Informasi oleh British Universities Malaysia (BUM) Salam sejahtera dari AusEd – UniEd (AU) International! Kami mewakili sekumpulan Universiti British yang percaya bahawa pelajar wajar membuat keputusan yang bernas mengenai pemilihan masa depan pelajaran mereka. Kumpulan Universiti terbabit menawarkan pelbagai kursus dari pengajian klasik hingga ke kursus yang berkaitan dengan industri. Universiti yang di maksudkan adalah: - Middlesex University - Newcastle University - University of Portsmouth - The University of Sheffield - University of Wolverhampton Sebagai penyelaras usaha mereka, saya amat berbesar hati sekiranya diberi peluang mengadakan pembentangan informasi dan pameran pendidikan di kolej Tuan/Puan. Cadangan tarikh dan waktu seperti berikut: Tarikh : XXXX Waktu : XXXX Saya berharap pihak Tuan/ Puan dapat memberikan maklum balas yang positif mengenai perkara ini. Terima kasih. | Terima kasih soalan yang dikemukakan. Saya mencadangkan Tuan/Puan menulis surat terus kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur bagi mengemukakan cadangan berkenaan. Sebaiknya surat berkenaan dapat diperincikan tentang pembentangan, tarikh/waktu dan lain-lain. | Lain-lain | 19.11.2008 |
Adakah ayat di bawah betul? Pihak British mendapat berita tentang serangan Jepun ke atas Tanah Melayu. | Ayat yang betul ialah "Pihak British mendapat berita tentang serangan Jepun terhadap Tanah Melayu." | Tatabahasa | 28.03.2015 |
falsafah pendidikan negara,sistem pendidikan di malaysia pada zaman pra-british,sistem pendidikan sekolah agama,pendidikan perguruan pada era pra-british sehingga kini. | Untuk menjawab soalan ini saudara perlu membuat rujukan dan pembacaan di perpustakaan di tempat saudara atau merujuk buku atau makalah tentang perkara teresebut. | Lain-lain | 16.11.2008 |
salam, saya ingin minta penjelasan tentang nama jawatan residen, residen jeneral, residen british, dan penolong residen, adakah perlu ditulis dengan huruf besar dalam penulisan? terima kasih. | Nama-nama jawatan yang dikhususkan seperti Residen, Residen Jeneral dan Residen British ialah kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar. | Ejaan | 09.05.2017 |
Apakah terjemahan sesuai bagi "List of British monarchs"? Memandangkan "monarchs" terdahulu di Britain ada ratu juga dan bukan sahaja raja. Adakah "pemerintah diraja" boleh dipadankan dengan "monarch"? Apa pula pendapat pihak tuan/puan DBP? | Maksud monarch ialah yang sesuai di sini ialah raja. Merujuk kepada Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud raja pula ialah orang yang mengetuai dan yang memerintah sesebuah negara atau bangsa secara warisan. Maka terjemahan yang sesuai bagi List of British monarchs ialah Senarai Raja British adalah lebih lebih sesuai. | Makna | 05.08.2017 |
WAJARKAH PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DI INTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA DIPINGGIRKAN? SERTA KEPENTINGAN BAHASA MELAYU PADA ZAMAN SEBELUM MERDEKA DAN SELEPAS MERDEKA. | Pada zaman sebelum merdeka, penjajah British kurang memberi perhatian kepada bahasa Melayu. Pihak British mengutamakan penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem persekolahan dan pentadbiran. Pada masa itu, bahasa Melayu hanya digunakan di sekolah vernakular Melayu. Namun demikian, pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu menjadi bahasa komunikasi utama yang digunakan secara meluas dalam pentadbiran, perdagangan dan persuratan. Selepas negara mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dan dijadikan bahasa rasmi melalui Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan, bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama di sekolah rendah dan menengah kebangsaan. Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan untuk membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu memikul tanggungjawab sebagai bahasa pengantar utama di pusat pengajian tinggi. Perluasan penggunaan bahasa Melayu di universiti awam yang lain telah membuktikan banyak kejayaan yang telah ditempa. Ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu wajar diteruskan penggunaannya di institusi pengajian tinggi awam. | Lain-lain | 27.02.2008 |