fibre broadband dalam bahasa melayu? boleh tidak saya gunakan perkataan broadband untuk papan iklan? | Padanan bahasa Melayu untuk istilah bahasa Inggeris "fibre broadband" ialah jalur lebar gentian. Sila gunakan istilah bahasa Melayu dalam papan iklan. | Istilah | 23.12.2015 |
Terjemahan Community Broadband Centre kepada Bahasa Melayu | Pusat Jalur Lebar Komuniti | Makna | 09.10.2009 |
perkataan jalur lebar talian tetap (fixed broadband) dan jalur lebar mudah alih (mobile broadband) adalah kata nama khas atau kata nama am? | Perkataan "jalur lebar talian tetap" dan "jalur lebar mudah alih" merupakan kata nama am. | Lain-lain | 12.04.2022 |
Apakah perkataan 'SMS', 'headphone', 'earphone' dan 'broadband' dalam bahasa Melayu? | Dalam data kami padanan 'SMS' ialah khidmat pesanan ringkas, 'earphone' ialah fon telinga dan 'broadband' ialah jalur lebar. Untuk rujukan sila layari http://prpm.dbp.gov.my/ | Makna | 03.11.2015 |
Apa perbezaan "merubah" dan "mengubah". Sila ambil maklum saya ingin mengadakan sebuah pertandingan mencipta blog berdasarkan tema "Broadband Merubah Hidup Saya". | Kata 'merubah' daripada kata dasar 'rubah' yang bermaksud mengubah. Kata 'mengubah' adalah kata terbitan 'ubah'. | Makna | 22.10.2009 |