Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bro.ko.li] | بروکولي

Definisi : sj tumbuhan yg berupa kubis bunga, Brassica oleracea italica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata brokoli


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Hai, saya nak tanya penjodoh bilangan untuk brokoli. Setakat yang saya tahu brokoli kita gunakan sebiji. Tapi, bagaimana untuk setiap tunas daripada sebiji brokoli? Adakah betul kalau kita gunakan tunas brokoli? Untuk terjemahan yang saya jumpa dalam bahasa Inggeris, "Cutting each group of broccoli in half." Boleh cadangkan ayat yang sesuai?Tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Setiap penjodoh bilangan tidak semestinya bergantung pada fizikal tetapi mengikut konteks atau kesesuaian dalam ayat. Cadangan padanan yang sesuai ialah potongan kecil brokoli.Istilah18.02.2023
APAKAH PENJODOH BILANGAN YANG TEPAT UNTUK BUNGA KUBIS / BROKOLI ?Penjodoh bilangan untuk bunga kubis ialah biji. Biji merupakan penjodoh bilangan untuk jenis-jenis buah, sayur-sayuran dan benda yang kecil.Tatabahasa09.09.2013

Kembali ke atas