Apakah terjemahan untuk "light brown" dan "dark brown"? Adakah coklat cerah dan coklat gelap? | Istilah warna dalam bahasa Melayu untuk: Light brown = Perang muda Dark Brown = Perang tua Terdapat istilah warna-warna yang tertentu mengikut ton yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun terdapat juga istilah umum yang biasa digunakan seperti istilah warna dalam soalan. Terima kasih. | Istilah | 22.09.2017 |
Bolehkah Swiss Brown Mushroom diterjemahkan sebagai Cendawan Coklat Swiss | Salam sejahtera, Pihak DBP mencadangkan padanan cendawan perang Swiss. Selaras dengan penggunaan beras perang dan gula perang yang telah mantap penggunaannya. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 31.10.2019 |
Apakah istilah Bahasa Melayu yang dapat digunakan untuk 'brown rice'? "Beras perang" atau "Beras ceruh" atau kedua-duanya boleh diterima? | Padanan Istilah Brown Rice dalam bahasa Melayu ialah Beras Perang/Beras Ceruh. Walau bagaimanapun padanan paling tepat ialah Beras Perang. | Makna | 22.01.2019 |
Mohon terjemahkan warna-warna ini di dalam Bahasa Malaysia: Powder blue Mint green Pale green Dusty pink Banana Toffee Beige Pink champagne Burnt orange Brown | Berikut ialah cadangan terjemahan sekiranya sesuai dengan konteks penggunaan: i. Powder blue - Biru serbuk ii. Mint green - Hijau pudina iii. Pale green - Hijau pucat iv. Dusty pink - Merah jambu pudar v. Banana toffee - Perang muda vi. Beige pink - Merah jambu kuning air vii. Champagne burnt - Merah tua perang viii. Orange brown - Perang jingga | Makna | 29.01.2021 |
Apakah terjemahan perkataan HASHBROWN yang tepat? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah hashed brown potato ialah lempeng kentang. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 09.11.2022 |
Salam, Apakah terjemahan tepat bagi istilah "grizzly bear"? Adakah "beruang grizzly" boleh digunakan? Terima kasih. | Grizzly bear juga dikenali sebagai brown bear. Cadangan padanan jawapan bagi perkataan grizzly bear ialah beruang perang. | Makna | 01.02.2021 |
Apakah terjemahan kepada perkataan "HASH BROWNS" -Kentang Racik? Ubi Kentang Racik? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah hashed brown potato ialah lempeng kentang. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 20.10.2022 |
Retorik merupakan penggunaan atau keupayaan menggunakan bahasa secara efektif. Kajian retorik merupakan satu kajian subliguistik dalam bahasa melayu. Soalan, berapa banyak teori retorik yang ada? yang saya ketahui dua, teori retorik klasik aristotle dan teori retorik moden enos dan brown? boleh terangkan teori retorik yang lain? terima kasih. | Teori-teori retorik melibatkan pelbagai pendekatan untuk memahami cara komunikasi digunakan untuk mempengaruhi pendengar. Teori klasik seperti yang dibincangkan oleh Aristotle memfokuskan tiga elemen utama: ethos (kredibiliti pembicara), pathos (emosi pendengar), dan logos (logik hujah). Teori retorik yang diperkenalkan oleh Chaim Perelman, menekankan pembentukan konsensus antara pembicara dan pendengar. Kenneth Burke, melalui konsep "identifikasi," melihat retorik sebagai cara untuk membentuk hubungan sosial dan identiti. Selain itu, teori kritikal mengkaji bagaimana retorik digunakan dalam konteks sosial seperti ras dan agama. Untuk bacaan lanjut, buku-buku berikut boleh dijadikan rujukan: - Rhetoric oleh Aristotle – asas teori retorik klasik.
- The New Rhetoric: A Treatise on Argumentation - Chaim Perelman & Lucie Olbrechts-Tyteca – teori argumentasi moden.
- A Rhetoric of Motives oleh Kenneth Burke – identifikasi dalam retorik.
- Rhetoric in Popular Culture oleh Barry Brummett – aplikasi retorik dalam media dan budaya popular.
- Rhetorical Criticism: Exploration and Practice oleh Sonja K. Foss – panduan dalam menganalisis wacana dan teks retorik.
Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 13.11.2024 |
1adakah ayat ini ayat penyata? baiklah, ibu. 2brown dalam bhs melayu perang atau coklat? atau kedua-dua betul? terima kasih. | Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan untuk tujuan melakukan suatu penyataan atau mengemukakan . Ayat keterangan tentang sesuatu perkara. Ayat penyata sering juga disebut ayat keterangan. Contoh ayat ialah: 1. Bapa saya wartawan di utusan Melayu 2. Mereka meninggalkan kota raya itu semalam. Oleh itu, ayat yang diberikan bukan ayat penyata. Dalam pangkalan data DBP, terdapat dua padanan bahasa Melayu untuk "brown", iaitu perang dan coklat. | Tatabahasa | 03.10.2014 |
sALAM sEJAHTERA! saya ingin mendapatkan istilah yang betul bagi perkataan berikut dalam bahasa melayu & inggeris : karipap kentang, karipap sardin, koci pandan, koci labu, lopes pandan, pisang goreng/goreng pisang. Saya harap pihak tuan dapat membantu seberapa segera Terima kasih! | Encik Azfar, Bukan semua kuih-muih dalam bahasa Melayu boleh diterjemahkan. Kebiasaannya kuih-muih ini diberi huraian dalam bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Inggeris bagi beberapa kuih yang saudara kemukakan adalah seperti yang berikut: karipap kentang : currypuff with potato filling karipap sardin : currypuff with sardine filling koci pandan : a sweet pandan flavoured delicacy made of glutinous flour with coconut filling koci labu : a sweet delicacy made of pumpkin with coconut filling lopes pandan : a sweet pandan flavoured delicacy made from glutinous rice rolled in coconut and serve with a kind of brown sugar pisang goreng : banana fritters | Tatabahasa | 18.05.2010 |