Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata brunei

Puisi
 

Merambat tebing Brunei,
     Rambat menyangkut di pokok pauh;
Sedang liar si burunglah punai,
     Tiadalah boleh terbang jauh.


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Menempah kek dari Brunei / Menempah kek daripada Brunei?

Puan,

Jawapan yang tepat ialah menempah kek dari Brunei 

Tatabahasa13.10.2011
Bandar Sri Begawan, Negeri Brunei Darussalam atau Bandar Sri Begawan, negeri Brunei Darussalam?Bandar Sri Begawan, Negera Brunei Darussalam.Ejaan21.09.2011
Adakah ayat di bawah ini betul: Perjanjian baru di antara Brunei dengan Malaysia ... atau, Perjanjian baru antara Brunei dengan Malaysia ... Terima kasih.Perjanjian baru antara Brunei dengan Malaysia.Tatabahasa22.06.2014
apakah ciri-ciri peribahasa dalam masyarakat brunei?dan apakah contoh-contoh peribahasa yang digunakan oleh masyarakat brunei?Soalan saudara tidak ada jawabannya dalam sumber rujukan kami, sila rujuk perpustakaan berhampiran/dalam talian untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.Tatabahasa27.08.2010
Apakah definisi 'bahasa slanga' mengikut Kamus Bahasa Melayu Nusantara DBP Brunei : 2003?Mengikut Kamus Bahasa Melayu Nusantara DBP Brunei "Bahasa Slanga "bermaksud : ragam bahasa tidak rasmi dan tidak baku yang sifatnya tidak tetap atau musiman, biasanya digunakan oleh kaum remaja atau kelompok sosial tertentu untuk berkomunikasi dalam kelompok itu sendiri.Makna13.08.2014
Saya ingin bertanya, dalam PRPM, ada pilihan bagi "Istilah MABBIM" dan terdapat tiga lajur, Istilah Indonesia, istilah Brunei dan Istilah Malaysia yang keluar sekiranya ditekan. Persoalan saya: 1) Adakah "Istilah Indonesia" yang dimaksudkan itu ialah istilah daripada bahasa Indonesia (ISO: ind) yang merupakan pecahan bahasa Melayu (ISO:msa)? 2) Adakah Brunei menggunakan piawaian bahasa yang sama seperti Malaysia, iaitu menggunakan Bahasa Melayu Piawai (ISO:zsm)? 2.1) Jika bukan, adakah terdapat contoh yang berbeza antara istilah dalam BM yang digunakan di Malaysia dan Bruneu? SEKIRANYA kedua-duanya sama, mengapa diwujudkan lajur istilah Brunei? 3) Bolehkah terangkan apakah perbezaan bagi bagi bahasa Melayu (zlm) dan bahasa Melayu piawai (zsm)? Adakah bahasa Melayu (zlm) berbeza dengan (msa) ? Mohon jawapan bagi kesemua persoalan tersebut. Sudah lama ia berrada dalam benak fikiran saya.Untuk makluman tuan, Istilah MABBIM terbina hasil daripada Sidang MABBIM. Anggota sidang telah bersetuju untuk bersetuju dan bersetuju untuk tidak bersetuju. Oleh itu, kita dapat lihat ada persamaan istilah antara ketiga-tiga negara dan ada juga istilah yang berbeza, dan kelazimannya Istilah Brunei dan Istilah Malaysia banyak persamaannya. Untuk orang awam cukup sekadar memilih Istilah Malaysia untuk digunakan dalam konteks negara kita. Khidmat Nasihat Bahasa tidak ada maklumat tentang piawaian bahasa Melayu Brunei serta perbezaan antara bahasa Melayu (zlm) dengan bahasa Melayu piawai (zsm). Melalui carian Internet tidak banyak maklumat tentang isu berkenaan dan Khidmat Nasihat Bahasa hanya menyalurkan maklumat sahih daripada rujukan kami. Hal-hal yang memerlukan kajian rinci dan kajian kepustakaan perlu dirujuk kepada pihak yang berwenang yang membuat kajian tentang isu-isu berkenaan. Untuk makluman tuan, hal ehwal Sidang MABBIM ditangani oleh Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, dan kajian tentang isu-iau bahasa Melayu ditangani oleh Bahagian Penyelidikan Bahasa, dan lebih banyak lagi dilakukan oleh universiti.Lain-lain22.09.2020
Adakah susunan ayat ini tepat? Sebagai sebuah negara kesultanan Melayu, Brunei memiliki adat istiadat yang unik.Ayat ini boleh dibaiki lagi menjadi : Sebagai sebuah negara berkesultanan Melayu, Brunei memiliki adat istiadat yang unik.Lain-lain16.05.2016
Apakah terjemahan bagi "Line of succession to the Bruneian throne"? Garis atau galur pewarisan takhta Brunei?Salam sejahtera,

Cadangan SUSUR GALUR PEWARISAN TAKHTA BRUNEI

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan27.11.2017
Salam sejahtera, Apakah perbezaan antara bahasa Melayu di Malaysia dan Brunei? Mohon penjelasan dari pihak tuan/puan. Terima kasih.Tidak ada maklumat tentang perbezaan antara bahasa Melayu Malaysia dengan bahasa Melayu Brunei dalam pangkalan data kami.Lain-lain08.07.2015
Kenalan dari Brunei. Namanya Rashid Rahman Hassan. Nama panjang: Awang Haji Abdul Rashid bin Awang Haji Damit. Untuk yang tak tau, Rashid ialah pemenang tempat kedua Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2011 dekat PICC awal tahun ni, dan dia mewakili negara Brunei. memberitahu bahawa terdapat kesilapan kita dalam menterjemah jawi-rumi. sepatutnya peribahasa yang betul adalah: harapkan pegar (burung pegar), pegar makan padi & bagai melepaskan batok (tempurung) di tangga bukan harapkan pagar, pagar makan padi & bagai melepaskan batuk di tangga.Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi”  (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa  ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa “Melepaskan batuk di tangga”. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah “Melepaskan batok di tangga” semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Wallahua’lam.Tatabahasa06.01.2012
12345678

Kembali ke atas