Salam, bolehkah saudara menjelaskan apakah maksud brush pile dalam kontesk perikanan bahasa melayu? Adakah ia bermaksud longgokan kayu? | Padanan brush pile ialah tumpuk berus, iaitu istilah yang digunakan dalam bidang Biologi. | Istilah | 15.08.2016 |
Assalamualaikum. Apakah terjemahan dalam Bahasa Melayu untuk air brush? Kerjasama didahulukan ucapan terima kasih | Wa alaikum salam, Terjemahan perkataan air brush dalam bahasa Melayu ialah berus sembur. | Istilah | 09.08.2017 |
1. To clean baby's teeth gently without hurting baby delicate's teeth and gums. 2. Safety shield prevents the brush from pushing too deep into baby's mouth when use. Please help to check the translation in BM as below:- 1. Untuk membersihkan gigi bayi tanpa melukai gigi dan gusi bayi. 2. Perisai keselamatan mengelakkan berus daripada memasuki terlalu dalam mulut bayi semasa penggunaan. Sekian, terima kasih. | Terjemahan yang betul bagi: 1. To clean baby's teeth gently without hurting baby delicate's teeth and gums - Untuk membersihkan gigi bayi tanpa melukai gigi dan gusi bayi. 2. Safety shield prevents the brush from pushing too deep into baby's mouth when use - Pelindung keselamatan digunakan untuk melindungi berus daripada memasuki terlalu dalam di mulut bayi semasa digunakan. | Makna | 30.05.2018 |