Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok memanjat), markisah, Passiflora laurifolia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) sj tumbuhan (pokok), Chrysophyllum mono­pyrenum; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), buah belewar, buah selasih, Passiflora lauri­folia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan menjalar atau buahnya; markisah, Passiflora edulis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buah susu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/ Puan yang dihormati, mohon berikan pandangan pada tajuk forum kami. "Dilema Wanita Bandar: Tidakkah Glamor Menyusu Susu Ibu?" Keprihatinan kami adalah pada ayat 'menyusu susu ibu'. Adakah betul penggunaan 'menyusu' itu kerana selepas disemak, perkataan menyusu itu sendiri sudah mewakili 'menyusu daripada badan'. Kami mahu 'highlight' susu badan, bukan susu tiruan/tepung. Adakah pihak tuan/ puan mempunyai cadangan lain?Menyusu bermaksud menghisap air susu daripada buah dada dan sebagainya. Ini bermakna menyusu juga boleh membawa maksud menghisap susu selain daripada buah dada seperti botol susu. Oleh itu, frasa "menyusu susu ibu" adalah betul.Tatabahasa25.06.2012
Selamat sejahtera, Saya ingin tahu tentang penggunaan istilah/pemilihan kata yang tepat untuk merujuk sumber susu haiwan. Jika merujuk manusia, kita lazimnya menggunakan istilah payudara atau buah dada. Namun, bagaimana pula dengan haiwan? Maniskah jika disebut tetek haiwan? Agak kurang sopan saya rasakan biarpun merujuk haiwan. Mohon pencerahan DBP. Terima kasih.Kata "tetek" didefinisikan sebagai buah dada; kelenjar susu haiwan (seperti lembu, kambing) yang menyerupai kantung dan mempunyai dua puting atau lebih. Berdasarkan keterangan tersebut kata "tetek" lebih sesuai untuk haiwan. Makna04.10.2021

Kembali ke atas