| Nama saya Miskah Saya belajar bahasa melayu dasar ingin bertanya tentang bahasa melayu Apakah makna Rambutan terima kasih | Rambutan ialah nama sejenis pohon atau buahnya (buahnya seperti berambut dan boleh dimakan), Nephelium lappaceum. | Makna | 28.10.2015 |
| Pengurus kilang itu sentiasa curiga tentang/terhadap/pada kejujuran anak buahnya. Yang mana satukah jawapan yang betul dan apa beza penggunaan dalam ayat ini bagi setiap satunya? Terima kasih. | Pengurus kilang itu sentiasa curiga tentang/terhadap kejujuran anak buahnya. Terhadap dan tentang, kedua-duanya betul dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 05.05.2014 |
| 1) Kakak sedang membalut hadiah maka diberikan kepada pengantin. 2)Ketua kampung itu sentiasa mengambil berat kepada kebajikan anak buahnya. 3)Ranjit jatuh tersimpuh apabila terpijak kulit pisang itu selamat sejahtera, saya ingin bertanya tentang kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam soalan di atas. | Salam sejahtera, Ayat yang betul: 1. Kakak sedang membalut hadiah yang akan diberikan kepada pengantin. 2. Ketua kampung itu sentiasa mengambil berat kebajikan anak buahnya. 3. Ayat ketiga betul susunannya. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 30.01.2018 |
| tuan, ketua kampung itu meminpin anak buahnya berjaga malam mengawal kampung. Apakah kesalahan ayat ini, tuan? dan bagaimana membetulkannya. TQ | Ayat yang diberikan adalah betul. | Tatabahasa | 15.08.2011 |
| Salam sejahtera tuan, saya ada beberapa soalan. 1) Sungguhpun pegawai tentera itu dapat melarikan diri, namun beliau tidak sanggup meninggalkan anak-anak buahnya yang diserang pemberontak. 2) Kampung itu banjir oleh sebab hujan lebat semalam. 3) Saya akan terus berkhidmat selagi diperlukan oleh masyarakat. 4) Kemalangan itu telah menyebabkan Ali lumpuh hingga terpaksa menggunakan kerusi roda. Adakah ayat-ayat di atas betul? Terima kasih. | Keempat-empat ayat tersebut betul: 1. Sungguhpun pegawai tentera itu dapat melarikan diri, namun beliau tidak sanggup meninggalkan anak-anak buahnya yang diserang pemberontak. 2. Kampung itu banjir oleh sebab hujan lebat semalam. 3. Saya akan terus berkhidmat selagi diperlukan oleh masyarakat. 4. Kemalangan itu telah menyebabkan Ali lumpuh hingga terpaksa menggunakan kerusi roda. | Tatabahasa | 16.02.2022 |
| Semua tawanan perang itu jangan kalian pengapakan,” kata Bendahara Ali kepada anak-anak buahnya. (munsyi, adakah pengapakan sesuai digunakan dalam sastera lama ini?) | Saudari, Tidak terdapatnya perkataan 'pengapakan' dalam sumber rujukan kami. Namun, untuk contoh ayat yang di atas, lebih gramatis sekiranya digunakan perkataan 'apa-apakan'. Misalnya: Semua tawanan perang itu jangan kalian apa-apakan. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. | Sastera | 05.09.2012 |
| "Kesudian baginda/tuanku untuk mencemar duli di kampung ini membuatkan kita berasa bangga," kata ketua kampung kepada anak-anak buahnya. Adakah baginda atau tuanku? | Kata ganti nama yang tepat ialah baginda. Baginda merupakan kata ganti nama ketiga yang digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. | Tatabahasa | 22.08.2014 |
| "Kesudian baginda/tuanku untuk mencemar duli di kampung ini membuatkan kita berasa bangga," kata ketua kampung kepada anak-anak buahnya. | Kata ganti nama yang tepat ialah baginda. Baginda merupakan kata ganti nama ketiga yang digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. | Tatabahasa | 22.08.2014 |
| Saya Wilada Yalaphanee Belajar Bahasa Melayu Dasar Inging bertanya tengtang Bahasa Melayu Nanas Apakah Maknanya | Nanas bermaksud sejenis tumbuhan (buahnya boleh dimakan). | Makna | 28.10.2015 |
| APAKAH KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN DALAM AYAT DI BAWAH? 4. Para pendayung itu terpaksa menungkah arus sebelum tiba di garisan tamat. 5. Ketua kampung itu dihormati oleh anak-anak buahnya kerana beliau sering membantukan pendudok kampung yang dalam kesusahan. 6. Kejadian tembak-menembak yang berlaku siang tadi disebabkan penduduk di situ berasa gelesah. 7. Kebanyakan pakaian songket yang dipamerkan itu pernah diperagai oleh para peragawati terkemal tanahair. 8. Lelaki yang disyaki menculik anak hartawan itu telah ditangkap oleh pehak polis. 9. Penulis itu menghantar karyanya kepada syarikat penerbitan untuk mencetak melalui e-mail kerana lebih mudah dan pantas. 10. Hubungan silaturrahim sesama jiran tetangga perlu erat untuk menjaminkan keharmonian hidup bermasyarakat. 11. Anak-anak dilarang melakukan perkara yang boleh mencemari nama baik ibu bapa supaya perasaan mereka tidak terguris. 12. Syarikat binaan milik rakyat setempat mempunyai kepakaran dalam pemasangan syiling rumah. Sila rujuk Kamus dan buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan ejaan/imbuhan yang betul dalam konteks ayat tersebut. | Ejaan yang betul seperti yang berikut: 4. Para pendayung itu terpaksa menongkah arus sebelum tiba di garisan tamat. 5. Ketua kampung itu dihormati oleh anak-anak buahnya kerana beliau sering membantu penduduk kampung yang dalam kesusahan. 6. Kejadian tembak-menembak yang berlaku siang tadi menyebabkan penduduk di situ berasa gelisah. 7. Kebanyakan pakaian songket yang dipamerkan itu pernah diperagakan oleh para peragawati terkenal tanah air. 8. Lelaki yang disyaki menculik anak hartawan itu telah ditangkap oleh pihak polis. 9. Penulis itu menghantar karyanya kepada syarikat penerbitan untuk dicetak melalui e-mel kerana lebih mudah dan pantas. 10. Hubungan silaturahim sesama jiran tetangga perlu erat untuk menjamin keharmonian hidup bermasyarakat. 11. Anak-anak dilarang melakukan perkara yang boleh mencemarkan nama baik ibu bapa supaya perasaan mereka tidak terguris. 12. Syarikat binaan milik rakyat tempatan mempunyai kepakaran dalam pemasangan syiling rumah. | Tatabahasa | 16.08.2013 |