#apakah yang dimaksudkan dengan buang, anak dan buang anak?? | Merujuk Kamus Dewan Edisi keempat, buang ialah campak atau lempar. Anak ialah manusia atau binatang yg masih dlm kandungan atau yg baru lahir. Buang anak pula ialah tidak mahu anak atau tidak mengaku anak (peribahasa). Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan. Harap maklum. | Makna | 03.01.2008 |
Selamat pagi dan terima kasih kerana membantu. Yang manakah antara ayat berikut adalah gramatis? 1) Sila buang kerta yang tidak anda gunakan. 2) Sila buang kertas yang anda tidak gunakan. 3) Slia buang kerta yang tidak digunakan oleh anda. | Ayat yang betul ialah: 1. Sila buang kertas yang tidak anda gunakan. 2. Sila buang kertas yang anda tidak gunakan | Tatabahasa | 29.04.2022 |
Salam. Adakah kedua-dua ayat di bawah ini diterima? Terima kasih. 1. Jangan buang sampah di merata-rata tempat. 2. Jangan buang sampah merata-rata tempat. | Frasa yang betul ialah "Jangan buang sampah di merata-rata tempat". | Tatabahasa | 05.09.2014 |
Assalamualaikum. Timbul kekeliruan mengenai penggunaan tanda elipsis (...) iaitu apakah perlu dijarakkan atau dirapatkan selepas perkataan di hadapannya. Contoh: "Okey... jangan buang masa." atau "Okey ... jangan buang masa." Terima kasih. | Wa alaikum salam, Tanda elipsis ( ... ) perlu dijarakkan selepas perkataan di hadapannya. Merujuk contoh yang diberikan, Okey ... jangan buang masa. | Tatabahasa | 22.02.2018 |
Takrif frasa 'buang tabiat' dan asal - usulnya. | Tiada maklumat tentang asal usul perkataan buang tabiat dalam pangkalan data kami. Hal ini berkemungkinan berkaitan dengan budaya masyarakat Melayu sering melihat sesuatu yang di luar dugaan berlaku apabila seseorang itu bertindak bukan sebagaimana lazimnya. Walau bagaimanapun tiada kajian tuntas atau dapatan yang benar tentang tanggapan ini. | Lain-lain | 28.12.2017 |
gejala pembuangan bayi atau gejala membuang bayi atau gejala buang bayi ? perlakuan membuang bayi atau perlakuan buang bayi atau perlakuan pembuangan bayi? | 1. Gejala pembuangan bayi. 2. Perlakuan membuang bayi. | Makna | 01.07.2014 |
Kata dua, main, buang, dia dalam satu atau dua suku kata? | Pemenggalan suku kata untuk kata yang diberikan: 1. dua= du-a 2. buang= bu-ang 3. dia= di-a | Tatabahasa | 10.09.2015 |
1.'Suitable during maternity, menstruation and after urination'. May I check whether can translate the above statement as below. -Sesuai digunakan semasa mengandung, kedatangan haid dan selepas buang air kecil. We want to avoid the use of 'selepas buang air kecil' as it doesn't seems polite to be advertised in the periodicals. Any other Malay wording to recommend for use? 2. 'Tested in accordance with INDA/EDANA Flushability Guidelines and Code of Practice' May I check whether can we translate the above statement as below. - Telah diuji mengikut Garis Panduan dan Kod/Tata Amalan Flushabiliti INDA/EDANA. Which is the right word to use, 'Kod Amalan' or 'Tata Amalan' when referring to Code of Practice? | 1. Suitable during maternity, menstruation and after urination - Sesuai digunakan semasa mengandung, kedatangan haid dan selepas buang air kecil. (tidak ada perkataan lain untuk buang air kecil) 2. Tested in accordance with INDA/EDANA Flushability Guidelines and Code of Practice - Telah diuji mengikut Garis Panduan dan Tataamalan "Flushability" INDA/EDANA. (Tidak ada istilah bahasa Melayu untuk "flushability) | Penyemakan dan penterjemahan | 15.06.2016 |
Bagaimana membatangkan perkataan main, buat, buang? Satu suku kata atau dua suku kata? Main atau ma+in. Terima kasih. | Pemenggalan suku kata untuk kata yang diberikan: 1. main= ma-in 2. buang= bu-ang 3. buat= bu-at | Tatabahasa | 10.09.2015 |
Perkataan weeding process diterjemahkan ke dalam bahasa melayu yang betul. Adakah proses pilih buang? Terima kasih | Cadangan padanan bagi istilah weeding process dalam bahasa Melayu ialah proses memilih buang. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 28.03.2025 |