| Takrif frasa 'buang tabiat' dan asal - usulnya. | Tiada maklumat tentang asal usul perkataan buang tabiat dalam pangkalan data kami. Hal ini berkemungkinan berkaitan dengan budaya masyarakat Melayu sering melihat sesuatu yang di luar dugaan berlaku apabila seseorang itu bertindak bukan sebagaimana lazimnya. Walau bagaimanapun tiada kajian tuntas atau dapatan yang benar tentang tanggapan ini. | Lain-lain | 28.12.2017 |