Salam sejahtera. Tuan, apakah istilah bagi orang yang mencari barang-barang buangan untuk dijual sebagai sara hidup. Sekian terima kasih. | Istilah yang terdapat dalam pangkalan data kami ialah peniaga barang lusuh (secondhand dealer). | Istilah | 25.02.2013 |
Terjemahan dari bahasa inggeris kepada bahasa melayu untuk perkataan : Waste water | Padanan bahasa Melayu bagi 'waste water' ialah air buangan. | Istilah | 05.05.2009 |
Salam, apakah maksud kumbahan? Contoh ayat yang menggunakan perkataan 'kumbahan', iaitu: 1. Banyak sungai di negara kita tercemar disebabkan kegiatan pembuangan sampah sarap, sisa toksik dan kumbahan manusia ke dalam sungai. Jadi, apakah maksud kumbahan di situ?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tiada maksud yang jelas untuk kumbahan. Tetapi, air kumbahan dimaksudkan sebagai air yang telah digunakan untuk membasuh. Adakah tepat maksud itu berdasarkan contoh ayat yang saya berikan tadi? Menurut pendapat saya, kumbahan dalam ayat bermaksud 'bahan buangan manusia seperti najis dan sebagainya'. Sila berikan penjelasan. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan, kumbah sama dengan mengumbah iaitu membersihkan dengan air, membasuh: ~ pinggan mangkuk; 2. ki menĀcaci (orang), mengatakan keburukan orang; kumbahan; air ~ air yang telah digunakan untuk membasuh. Menurut maksud tersebut, kumbahan bukan bermaksud bahan buangan manusia seperti najis. | Tatabahasa | 02.07.2013 |