Apakah yang kamu membuat? Apakah yang kamu buat? Soalan yang mana betul? Mengapa? | Ayat tanya yang tepat ialah “Apakah yang kamu buat?”. Ayat ini merupakan ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya yang wujud dalam ayat pasif. Manakala, ayat tanya “Kamu membuat apa?” adalah tidak tepat. Ayat yang tepat ialah “Kamu buat apa?”. Ayat ini merupakan ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya. Ayat jenis ini terdiri daripada ayat yang mengandungi kata ganti nama seperti apa, siapa, dan mana. Dalam susunan biasa, kata ganti nama tanya menduduki bahagian predikat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 446. | Tatabahasa | 31.03.2024 |
Kamu membuat apa? Apakah yang kamu buat? Apakah perbezaan di antara ayat-ayat di atas? | Ayat tanya “Kamu membuat apa?” adalah tidak tepat. Ayat yang tepat ialah “Kamu buat apa?”. Ayat ini merupakan ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya. Ayat jenis ini terdiri daripada ayat yang mengandungi kata ganti nama seperti apa, siapa, dan mana. Dalam susunan biasa, kata ganti nama tanya menduduki bahagian predikat. Manakala, ayat tanya “Apakah yang kamu buat?”, ayat ini merupakan ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya yang wujud dalam ayat pasif. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 446. | Tatabahasa | 30.03.2024 |
Saya pelajar research, saya hendak buat kajian atas buku-buku cerita terbitan DBP iaitu Alah Bisa Tegal Biasa, Patah Tumbuh Hilang Berganti, Hendak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih dan Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya. Boleh nyatakan anugerah, pengiktirafan atau kekuatan pemilihan buku cerita peribahasa ini? terima kasih | Secara umumnya, kelima-lima judul ini memperkenalkan peribahasa dalam kalangan kanak-kanak melalui cerita yang disampaikan. Semua judul ini menonjolkan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, sikap bertanggungjawab dan kejujuran. Persembahan dalam bentuk buku bergambar juga dapat menarik minat pembaca sasaran, iaitu kanak-kanak. Semua judul ini juga diterjemahkan dalam bahasa Inggeris untuk pasaran luar negara. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja melalui talianutama DBP, iaitu 03-2147 9000. | Sastera | 09.01.2025 |
kuat kuasa. 2 patah perkataan ini apabila ada penambahan awal/akhir seperti dikuat kuasa, dikuatkuasakan, penguat kuasa, berkuat kuasa, penguatkuasaan, apabila jadi kata khas Pegawai penguat kuasa/Pegawai Penguat Kuasa/Pegawai Penguat kuasa. Mohon buat ayat contoh bagi memudahkan kami faham. saya pernah membuat tempahan 'rubber stamp'di sebuah kedai yang biasa kakitangan kerajaan buat local order dimana perkataan 'penguat kuasa' dipersoal oleh seorang guru sekolah kerana menjarakkan perkataan tersebut. sekian terima kasih. | Contoh ayat: 1. Kuat kuasa: Larangan ini berjalan kuat kuasa mulai esok. 2. Berkuat kuasa: Mahkamah pun pd tiap-tiap hari memutuskan hukuman yg berkuat kuasa spt undang-undang juga 3. Menguatkuasakan: Negeri itu menguatkuasakan undang-undang melarang menuba ikan. 4. Penguatkuasaan: Kita boleh menyekat amalan negatif melalui penguatkuasaan undang-undang dan program moral yang giat diamalkan. 5. Penguat kuasa: Dia seorang pegawai penguat kuasa yang tegas. | Istilah | 22.06.2010 |
Jika berkesempatan dan berkemampuan, buat semakan secara berkala agar entri sentiasa yang terkini - termasuk ruang Khidmat nasihat. Jika ada yang silap, mohon padamkan segera untuk elakkan kekeliruan pengguna. Jangan sekadar mohon maaf, tapi tiada pengemaskinian. Jika boleh, percepatkan kemasukan istilah baru dan masukkan juga bahasa percakapan yang lazim dan tak dapat "dibendung" lagi, seperti awek, kantoi, dll. Namun, tandakan dengan "bp" seperti biasa yg DBP buat. Ia tetap bahasa orang kita - jika pihak DBP tak dapat terima hakikat bahawa sesuatu bahasa itu datang daripada orangnya, habislah. Terlalu banyak perkataan yang "tidak diterima" sampaikan agak lambat berkembang. | Terima kasih dan kami akan menggambil maklum atas teguran yang dinyatakan. Kami akan berusia membaiki maklumat dalam khidmat nasihat DBP dari semasa ke semasa. | Lain-lain | 02.10.2020 |
berapa lama masa pihak dewan bahasa hendak buat pengesahan online.. | Kami berusaha menyegerakan setiap permohonan pengesahan iklan yang dikemukakan secara dalam talian, namun adakalanya berlaku gangguan teknikal dan pemprosesan ini tertunda sedikit daripada biasa. Untuk pemprosesan segera, hubungi kami melalui talian 03-21479400/9500/9600 dan nyatakan nombor pendaftaran iklan tuan. | Lain-lain | 04.11.2015 |
"Perkongsian resepi Ikan Baung daripada tukang masak pilihan. Rahsia turun-temurun khusus buat generasi baru." Saya sedang membuat penulisan berkaitan ikan baung. Adakah daripada penyataan di atas, perkataan ikan baung perlu ditulis dengan awalan huruf besar? atau ditulis seperti biasa dengan huruf kecil? | Perkataan ikan baung perlu ditulis dengan huruf kecil kerana ia nama umum. | Lain-lain | 26.10.2020 |
Christ Yap Jan 16th, 5:23pm Sir/Madam, Saya ada buat permohonan lesen iklan tetapi kena ada pengesahan iklan daripada Dewan Bahasa Dan Pustaka. Saya sudah register dan mohon di E-perkhidmatan tetapi belum ada balasan dari pejabat. saya ingin mengetahui biasa berapa hari untuk proses. sekian terima kasih. | Tempoh pengesahan bergantung pada jumlah iklan yang terdapat dalam sistem. Sila hubungi nombor 21479500 dan berikan nombor pendaftaran iklan supaya pihak kami dapat membantu memproses iklan tersebut dengan segera. | Lain-lain | 16.01.2015 |
Assalamualaikum, Saya mengalami masalah untuk mengakses PRPM melalui pelayar sesawang telefon pintar saya. Adakah ketergendalaan ini sementara sahaja? | Kami menjangkakan masalah tersebut hanya sementaara kerana melalui uji cuba yang kami buat kami laman web berkenaan boleh diakses seperti biasa. | Lain-lain | 26.08.2017 |
Apakah kelemahan dan kebaikan sebutan baku ? | Encik Hazmi, Maaf terlewat menjawab soalan ini. Pada tarikh tersebut komputer saya buat hal tak boleh nak potong dan tampal. 1. Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. 2.Sebutan baku Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung, merupakan sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing. 3. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dua jenis sebutan ini, sila rujuk buku-buku yang berkenaan. | Tatabahasa | 14.06.2010 |