Tuan, adakah perkataan `sayang' boleh digunakan untuk kata ganti nama diri kedua? Contoh ayat: "Sayang, buatkan saya secawan kopi," kata Pak Alias kepada isterinya. | Kata sapaan tersebut sesuai dalam konteks tidak rasmi bagi menimbulkan kemesraan atau keakraban. | Tatabahasa | 10.04.2017 |
Salam sejahtera, nak tanya ayat berikut adakah betul. 1. Kami sudah belajar sampai setengah waktu kelas, dia baru datang. ( "lesson" ialah waktu jelas, macam mana jika "learning until half lesson") 2. Petang masih ada dua buah pertandingan. (penjodoh bilangan untuk pertandingan) 3. Bilakah saya boleh merasa masakan yang awak buatkan? 4. Kami naik ke atas kapal pada pukul 7.30. 5. Dia sangat pandai tetapi tidak berusaha belajar. (atau tidak belajar dengan berusaha?) 6. Dia merancang pergi ke Singapore hari esok. (merancang atau berancang?) Amat terima kasih jawapan anda! | Ayat yang betul ialah: 1. Kami sudah belajar hingga setengah waktu pembelajaran, barulah dia datang. 2. Masih ada dua pertandingan pada sebelah petang. (tidak perlu masukkan penjodoh bilangan kerana ia bukan bentuk) 3. Bilakah saya boleh merasa masakan yang awak masak? 4. Kami naik ke atas kapal pada pukul 7.30. 5. Dia sangat pandai tetapi tidak berusaha untuk belajar. 6. Dia merancang pergi ke Singapura pada hari esok. | Tatabahasa | 14.06.2019 |
Yang manakah lebih sesuai/betul bagi ayat-ayat di bawah? (Lihat lampiran) Saya mabuk pada malam itu. Saya mabuk malam itu. Awak ketawa pada saya? Awak ketawakan saya? Awak tertawakan saya? Apa patut saya lakukan? Apa saya patut lakukan? Saya tak boleh hilang muka di sini! Saya tak boleh jatuh air muka (di sini)! Jangan buatkan warga asing pandang rendah pada kita! Jangan biar warga asing pandang rendah terhadap kita! Berikan saya masa. Beri saya masa. Saya perlukan rehat. Saya berehat sekejap. (I need a break) Saya bencikan dia. Saya benci dia. Saya sangat kesunyian Saya amat sunyi. Bolehkah perkataan 'ke' digunakan seperti di bawah dalam penulisan tak rasmi? Seronok ke? Adakah sesuai untuk menggunakan perkataan 'tu' 'ni' 'dah' untuk sari kata di televisyen? Saya sering nampak perkataan-perkataan ini digunakan. Terima kasih. | Ayat yang betul: 1. Saya mabuk pada malam itu 2. Apa patut saya lakukan? 3. Ayat ini kedua-duanya salah 4. Jangan biarkan warga asing memandang rendah terhadap kita! 5. Berikan saya masa 6. Saya memerlukan rehat 7. Saya benci akan dia 8. Saya sangat kesunyian 9. Untuk penulisan tidak rasmi, terpulang kepada penulis. Sungguhpun begitu, kami menggalakan penggunaan perkataan dan ayat yang tepat dari segi tatabahasa. 10. Untuk penggunaan kata di televisyen, ejaan perkataan yang penuh mesti digunakan. | Tatabahasa | 30.08.2017 |
Salam sejahtera, saya dah menujukan soalan pada Jumaaat yang lepas, tetapi tiada respond. Nak tanya ayat berikut adakah betul. 1. Kami sudah belajar sampai setengah waktu kelas, dia baru datang. ( "lesson" ialah waktu kelas, macam mana jika "half lesson", boleh guna "setengah waktu kelas"?) 2. Petang masih ada dua buah pertandingan. (penjodoh bilangan untuk pertandingan) 3. Bilakah saya boleh merasa masakan yang awak buatkan? 4. Kami naik ke atas kapal pada pukul 7.30. 5. Dia sangat pandai tetapi tidak berusaha belajar. (atau tidak belajar dengan berusaha?) 6. Dia merancang pergi ke Singapore hari esok. (merancang atau berancang?) Amat terima kasih jawapan anda! | Ayat yang betul ialah: 1. Kami sudah belajar separuh waktu kelas, dia baru datang. / Dia datang semasa kami sudah belajar separuh waktu kelas. 2. Petang ini masih ada dua pertandingan. 3. Bilakah saya boleh merasa masakan awak? 4. Kami menaiki kapal pada pukul 7.30 pagi /malam. 5. Dia sebenarnya sangat pandai tetapi malas belajar. 6. Dia merancang untuk pergi ke Singapura hari esok. | Tatabahasa | 19.06.2019 |
Saya sedang membuat kajian tentang cerpen bertajuk "Pisang untuk Beruk Merdeka" yg dikarang oleh Tie Camar dikeluarkan oleh majalah Pelita Bahasa Aprril 2008. Saya kena ulas dari aspek bahasa sastera seperti bhs kiasan. Dalam bahasa kiasan ada 9 item yg perlu sy komen .... boleh tolong saya bagaimana saya nak huraikan dengan baik. | Bahasa kiasan mempunyai sembilan (9) aspek. Berdasarkan karya tersebut, sdr buatkan bandingan atau contoh teks (berdasarkan cerpen berkenaan) dan kaitkan dengan aspek yang mendasari bahasa kiasan. Sebagai contoh, pisang kiasannya untuk makanan atau pengisian kepada pengertian kemerdekaan berdasarkan kepada watak beruk. Dalam hal ini, untuk lebih jelas sdr. perlulah berbincang dengan guru yang memberi arahan kerja projek tersebut. Sekian dan salam. | Lain-lain | 21.02.2009 |