budak-budak itu lari_______apabila disergah oleh orang tidak siuman itu. A tuanggang-langgang C lintang-pukang (tuan, jawaban c. Saya kekeliruan kerana A dan C membawa maksud yang sama, mengapakah A tidak boleh diterima. TQ) | Kedua-dua jawapan lari 'tunggang-langgang' dan 'lintang-pukang' mempunyai maksud yang sama dan boleh digunakan dalam ayat ini. | Makna | 22.08.2011 |
Kesalahan ayat | Ayat 1, 2 dan 3 adalah gramatis, ayat 4 dibetulkan menjadi Budak-budak itu menjolok buah mangga yang masak dengan galah, dan ayat 5 juga adalah betul. Untuk ayat 6 hingga 150 sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, di bawah tajuk binaan ayat. Lihat juga aspek pembentukan kata bagi emastikan kata terbitan yang digunakan adalah betul. | Tatabahasa | 28.06.2012 |
Kamus Dewan Edisi 3 dan 4: Perkataan "pecicilan" - Jawa - terbelalak matanya. Maksud "terbelalak matanya" adalah salah. Yang betul adalah kepada budak-budak bermain lompat sana lompat sini, lari sana lari sini tanpa menghiraukan teguran orang keliling. | Sila jelaskan soalan atau pandangan saudara. | Lain-lain | 25.03.2010 |
Saya ingin tahu yang manakah betul sekiranya saya ingin memecahkan suku kata untuk perkataan-perkataan berikut: (perkataan-perkataan berikut akan diajar kepada budak-budak prasekolah) 1) ra.di.o ATAU ra.dio 2) ci.um ATAU cium 3) pe.ri.uk ATAU pe.riuk 4) ti.ung ATAU tiung 5) ti.up ATAU tiup 6) di.a ATAU dia 7) du.ri.an ATAU du.rian 8) si.a.pa ATAU sia.pa 9) a.ir ATAU air 10) ba.u ATAU bau 11) da.un ATUA daun Terima Kasih | Pemecahan (pemenggalan) suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan (berbeza dengan pemecahan sebutan). Pemecahan suku kata bagi senarai yang tuan berikan adalah seperti yang berikut: (1) ra.di.o (2) ci.um (3) pe.ri.uk (4) ti.ung (5) ti.up (6) di.a (7) du.ri.an (8) si.a.pa (9) a.ir (10) ba.u (11) da.un Sila rujuk Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, DBP. | Tatabahasa | 13.08.2014 |
Apakah itu bahasa makian? | berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makian bermaksud kata yg kasar dan keji (utk menghina, memarahi, dll), maki: budak-budak itu tidak langsung menghiraukan ~ dan sumpah seranah itu. | Istilah | 26.07.2010 |
maksud jenayah juvana, peraturan, komuniti, undang-undang dan akta mahkamah juvana 1974 daripada kamus dewan. | Juvenil ialah anak muda yang belum matang (mentah), atau yang lazim disebut ialah budak-budak. Oleh itu jenayah juvana merujuk perbuatan jenayah yang pelakunya terdiri daripada kalangan anak muda yang belum matang. Peraturan bermaksud segala yang telah ditentukan (ditetapkan dan lain-lain) dan harus diturut atau dipatuhi. Komuniti bermaksud kumpulan orang yang tinggal di sesuatu daerah atau negara. Undang-undang bermaksud sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan. Akta mahkamah juvana 1974 tidak membawa maksud lain selain daripada aktabtersebut. | Makna | 13.05.2009 |
Apakah maksud hayunan? | Perkataan 'hayunan' tidak wujud dalam bahasa Melayu. Mungkin berlaku kesilapan mengeja perkataan tersebut dan mungkin juga saudari keliru antara 'hayunan' dengan 'ayunan'. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, ayunan bermaksud buaian (permainan budak-budak, tempat menidurkan bayi), 2. gerakan berbuai, buaian jam. 3. gerakan mengayun (tangan dll), 4. penghumban. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 08.09.2008 |
DAPATKAH TUAN MENGHANTAR PANTUN SELOKA SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN | Antara contoh pantun: Pasang lampu pasang pelita, Pasang mari laut jambatan; Kekalnya jodoh jangan dipinta, Memang jodoh jadi suratan. Budak-budak duduk di pintu, Apa dibuat mencari kutu; Habislah wang beribu-ribu, Sukalah hati mendapat menantu. Saudara digalakkan merujuk buku Kurik Kundi Merah Saga, Kumpulan Pantun Lisan Melayu, terbitan DBP untuk mendapatkan pantun-pantun lain yang lebih menarik. | Lain-lain | 19.02.2010 |
-------, budak berbaju biru itu Amri! yang manakah jawapan yang sesuai 'Oh' atau 'Eh'. minta pencerahan.Terima kasih. | Kedua-dua kata seruan yang tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat itu. | Tatabahasa | 09.03.2015 |
Hi, nak tanya adakah ayat di bawah membawa maksud yang sama? 1. Budak itu memang nakal. Nakalnya budak itu. 2. Masakan ini memang sedap. Sedapnya masakan ini. Mohon penjelasan tuan, terima kasih. | 1. Budak itu memang nakal. Nakalnya budak itu. :Kedua-dua ayat ini membawa maksud yang sama. 2. Masakan ini memang sedap. Sedapnya masakan ini. :Kedua-dua ayat ini membawa maksud yang sama.
| Tatabahasa | 04.07.2019 |