Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.di.man] | بوديمن

Definisi : berbudi, berakal, bijaksana: keempat-empat hulubalang itu terlalu perkasa lagi ~;kebudimanan ketinggian tingkat bijaksana (murah hati): A. Samad Said terkenal dgn ~ hatinya kpd teman-teman penulis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.di.man] | بوديمن

Definisi : pandai lagi bijaksana: Hulubalang raja itu sangat perkasa lagi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata budiman

Puisi
 

Tuan puteri mandi di taman,
     Mari turun ke bulan Rejab;
Pertama arif lagi budiman,
     Satu soal tidak dijawab.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sdr budiman, Sebuah antologi puisi berjudul Pelopor akan diterbitkan bagi memperingati dua orang tokoh yang telah berjasa kepada masyarakat. Antologi berkenaan memuatkan puisi kedua-dua tokoh serta beberapa puisi penyair lain yang mengungkapkan tema yang selari dengan perjuangan dua tokoh berkenaan. Berpandukan maklumat di atas, saya telah memberikan judul untuk antologi seperti berikut: Pelopor: Antologi Puisi Sempena Memperingati A dan B Apakah judul yang saya berikan itu tepat dari segi nahu dan memadai untuk mengungkapkan maksud yang dinyatakan di atas? Diharap tuan memberikan judul yang bersesuaian berpandukan maksud yang dinyatakan di atas. Terima kasih atas khidmat nasihat yang tuan berikan. Yang benar, Chong Merujuk makna 'pelopor' ialah  orang yang mula-mula mengusahakan atau mewujudkan sesuatu; pengasas ; perintis. Manakala 'sempena' bermaksud berkat atau tuah ; atau mimpi. Bagi memberi judul buku antologi ini, sila pastikan kedua-dua tokoh tersebut sememangnya merupakan pelopor atau pengasas sesuatu aliran atau tema. Oleh yang demikian, tajuk antologi ini hendaklah menepati  fokus dan kandungannya. Berdasarkan  tajuk yang diberikan, dicadangkan supaya kata 'sempena' digugurkan.  Cadangan tajuk : Pelopor : Antologi Memperingati Tokoh A dan B.Lain-lain26.05.2010
Tuan yang budiman, apakah maksud i) Context clues ii) Structural analysis = analisis strukturan? iii) prefixes. iv)Suffixes, v)root words = kata dasar? vi) compound word vii) syllables = suku kata? Terima kasih :)Terjemahan perkataan yang tersebut ialah: i) Context clues - petunjuk konteks;  ii) Structural analysis = analisis struktur; iii) prefixes - awalan; iv) Suffixes - akhiran v) root words - kata dasar; vi) compound word - kata majmuk; dan vii) syllables - suku kata. Istilah12.10.2011
Apakah kesalahan dalam ayat ini? Ali dan rakannya ialah budiman ulung yang mempelopori perfileman tanah air Terima kasih untuk bantuan anda >Tidak terdapat kesalahan dalam ayat "Ali dan rakannya ialah budiman ulung yang mempelopori perfileman tanah air."Tatabahasa20.08.2015
Salam sejahtera, Mint beri beberapa contoh kata imbuhan asing akhiran "-man" dan "-nita" memandangkan apa yang saya lihat selalu cuma ada "budiman, seniman dan biduanita". Terima kasih.Penggunaan imbuhan asing seperti nita dan man kurang produktif digunakan dalam bahasa Melayu.Beberapa perkataan tersebut seperti seniman, budiman, biduanita dan karyawanita. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk lebih lanjut.Tatabahasa05.09.2013
salam Tuan yang budiman, apakah maksud "Sight words" dalam bahasa Melayu? terima kasihDalam bidang pendidikan sight words diterjemahkan kepada kata pandang seperti dalam istilah sight word recognition diterjemahkan kepada pengenalan kata pandang.Istilah12.10.2011
Assalamualaikum tuan/ puan yang budiman, Terima kasih atas respons pantas kepada persoalan saya sebelum ini. Responsnya seperti berikut: Perkataan yang bermula dengan huruf p,t,k dan s akan mengalami pengguguran huruf pertama apabila menerima imbuhan peN- dan meN- seperti pinjam - peminjam, meminjam; tarik - penarik, menarik; korek - pengorek, mengorek; dan sapu - penyapu, menyapu. Perkataan yang bermula dengan huruf c tidak terikat dengan rumus yang tersebut, contohnya cinta - mencintai dan pencinta. Namun saya keliru: 1. Bagaimana pula untuk huruf 'T', BM masih mempunyai 'pentafsir', 'pentaksiran'. 2. Bagaimana dengan imbuhan 'Me..' seperti Sunting = Menyunting, Perah = Memerah, Palsu = Memalsukan. Respons tuan/ puan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.1. Perkataan pinjaman daripada bahasa asing yang bermula dengan huruf "T" terkecuali daripada rumus yang tersebut. Contohnya Tafsir (bahasa Arab) - mentafsir, pentafsir dan transformasi (bahasa Inggeris) - mentransformasi.

2. Untuk makluman puan, imbuhan meN- boleh menjadi menjadi empat varian bergantung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya, iaitu me-, mem-, men- dan meng-. Imbuhan meN- menjadi me- (memasak), meN- menjadi men- (menderu), meN- menjadi mem- (membaca), meN- menjadi meng- (menggali). Untuk maklumat  lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 151.
Tatabahasa28.02.2014
Assalamualaikum tuan/puan yang budiman, Mohon pencerahan daripada tuan/puan yang lebih arif, antara berikut, pengunaan kata sendi (pada/kepada) manakah yang betul dalam ayat di bawah. a) Namun, kerugian yang ditanggung oleh orang kaya hanya terhad pada jumlah wang yang mereka laburkan pada satu-satu pelayaran. b) Namun, kerugian yang ditanggung oleh orang kaya hanya terhad kepada jumlah wang yang mereka laburkan pada satu-satu pelayaran. Pertolongan dan tunjuk ajar daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga tuan/puan mendapat ganjaran pahala daripada yang Maha Esa:)Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Contohnya: 1. Ali mengirim surat kepada abang. 2. Sisa makanan itu diberikan kepada kucing. 3. Pastikan anak-anak anda tidak terdedah kepada bahaya dadah. Kata sendi nama kepada boleh juga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk institusi yang ada kaitan dengan manusia. Contoh: Surat itu dihantar kepada Kementerian Kewangan. Kata sendi nama kepada juga digunakan untuk menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Contohnya: 1. Peserta bengkel itu dibahagikan kepada dua kumpulan. 2. Keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik. Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. Contoh: 1. Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi. 2. wang itu ada pada ibu. 3. Pemberitahuan itu ditampal pada papan kenyataan. Oleh itu ayat yang betul ialah:
a) Namun, kerugian yang ditanggung oleh orang kaya hanya terhad kepada jumlah wang yang mereka laburkan pada satu-satu pelayaran. 
Tatabahasa28.02.2012
Assalamualaikum, Mohon penjelasan daripada tuan/puan/cik puan yang budiman, memberi pencerahan kepada persoalan-persoalan saya ini. Antara berikut, penggunaan kata sendi yang manakah lebih tepat dalam ayat di bawah: 1. a) Bayi mempunyai lebih banyak kelenjar deria sentuhan di dalam kulit mereka, sehingga mereka berumur tiga tahun. Bayi mempunyai lebih banyak kelenjar deria sentuhan di dalam kulit mereka, sehingga mereka berumur tiga tahun.Kedua-dua ayat yang diberi adalah sama. Walau bagaimanapun merujuk pertanyaan saudara tentang penggunaan kata sendi, ayat yang betul ialah Bayi mempunyai lebih banyak kelenjar deria sentuhan dalam kulit mereka, sehingga mereka berumur tiga tahun.Tatabahasa16.02.2012
SifuHerbs Resources SEL 10.33 PTG JAWAPAN DBP Untuk makluman tuan yang budiman, Khidmat Pengesahan Bahasa secara dalam talian diproses dalam tempoh tiga hari bekerja setelah transaksi bayaran selesai. Walau bagaimanapun pihak kami berusaha mempercepatkan permohonan sekadar kemampuan petugas Bahagian Penguatkuasaan demi keperluan pengguna dari seluruh negara. SOALAN macam mana nak buat bayaran tersebut & nak buktikan pembayaran?Untuk makluman tuan, dalam senarai permohonan ada menu bayaran, sila klik nombor permohonan yang hendak dibuat bayaran (jika tuan menghantar lebih daripada satu permohonan, sila pilih nombor permohonan yang hendak dibuat bayaran) dan system akan meneruskan proses kepada menu bayaran. Jika masih terdapat sebarang kekeliruan, sila hubungi kami melalui talian 03-21479400.Lain-lain17.10.2017
Salam. Apakah perkembangan terkini Kamus Besar Bahasa Melayu Dewan?Salam sejahtera tuan budiman,

Kamus Besar Bahasa Melayu Dewan

Berkenaan dengan perkembangan terkini Kamus Besar Bahasa Melayu Dewan, Bahagian Perkamusan DBP sedang giat menjalankan usaha-usaha untuk memastikan penerbitannya pada tahun ini juga. Kami tidak dapat memberi penjelasan lebih lanjut atas faktor keselamatan. Insya-Allah pihak DBP akan membuat pengumuman rasmi setelah terbit nanti.

Sekian terima kasih.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi

"Hairani binti Mohd Khalid" <irani@dbp.gov.my>Perancang Bahasa S48

Bahagian Perkamusan

Lain-lain30.01.2020
1234567

Kembali ke atas