RESTORAN BELANGA BUFET STEAMBOAT GRILL HARGA PROMOSI RM 24.90 | Sila buat permohonan iklan melalui http://dbpsahbahasa.my/ untuk pengesahan bahasa dalam iklan. | Lain-lain | 13.09.2018 |
apakah ejaan yg betul?buffet atau bufet? | Ejaan yang betul "Bufet". | Ejaan | 18.10.2017 |
Untuk mempromosikan Ramadhan di outlet kami iaitu Sedap Restaurant, boleh ke jika penggunaan SEDAP Makan digunakan sebagai tajuk/subjek untuk penerbitan di akhbar/media sosial dll. Contohnya, SEDAP Makan di Pullman KLCC. Jika tidak, boleh berikan cadangan perkataan yang sesuai dengan perkataan SEDAP. Mohon maklum balas. Terima kasih. | Puan boleh menggunakan teks yang sesuai contohnya PROMOSI BUFET RAMADAN/ NIKMATI KEENAKAN BUFET RAMADAN DI PULLMAN, KLCC. | Lain-lain | 13.04.2018 |
Assalamualaikum, mohon pandangan tentang padanan istilah 'live station' dalam bidang katering. 'live station' ialah stesen dengan tukang masak yang turut disediakan dalam hidangan secara bufet. Jika di hotel-hotel di Malaysia, kebiasaannya stesen ini adalah untuk memasak telur dadar. Adakah istilah ini sesuai diterjemahkan sebagai 'stesen memasak' atau 'stesen tukang masak' atau terdapat istilah lain yang lebih sesuai? Terima kasih. | Cadangan kami ialah Kaunter Makanan Panas. | Lain-lain | 26.04.2018 |