Bunga-bungaan di taman itu berkembang segar-bugar dan mengeluarkan bau yang sangat harum. MUNSYI, SEGAR-BUGAR WAJARLAH DIGANTIKAN DENGAN APA KATA? TQ | Buang perkataan segar-bugar dalam ayat tersebut. Rujuk www.prpm.dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Tatabahasa | 07.02.2012 |
1. perkataan "segar-bugar" boleh merujuk kepada sayur-mayur, buah-buahan dan daging seperti ikan? 2. Saya berharap persahabatan kami akan kekal selamanya / selama-lamanya? terima kasih. | Soalan 1 : boleh Soalan 2 : Kedua-duanya boleh digunakan. Namun begitu, digalakkan menggunakan selama-lamanya | Makna | 06.09.2017 |
imbuh an bagi perkataan bugar dan pugar | Imbuhan yang tepat ialah -kan yang membentuk kata kerja seperti bugarkan dan pugarkan. | Lain-lain | 18.12.2018 |
Sayaur-mayur di pasar itu segar-bugar. saya ingin tahu sama ada ayat ini betul atau salah. Terima kasih | Ayat tersebut betul. | Lain-lain | 13.07.2010 |
Soalan: (Sayur-mayur) yang dijual di pasar malam itu (segar-bugar) dan murah (belaka-belaka). Mengapakan penggunaan kata ganda (belaka-belaka) salah? Apakan cara untuk membezakan kata ganda yang betul atau salah? Harap pekerja DBP boleh membantu saya menyelesaikan masalah ini. | Lazimnya gandaan sebagai penanda jamak hanya sekali dalam satu ayat. Penggunaan lebih daripada sekali menjadikan ayat tersebut lewah atau berlebih-lebihan. Oleh itu, ayat yang gramatis ialah Sayur yang dijual di pasar malam itu segar dan murah belaka. | Tatabahasa | 03.04.2013 |
apakah yang dimaksudkan dengan perkataan "dibugarkan" dan "membugarkan". adakah terdapat perkataan yang sinonim dengan kedua-dua perkataan ini. terima kasih | Perkataan bugar membawa maksud; segar-~ sangat sihat; kebugaran 1. hal subur (tentang tumbuhan): benih itu lebih besar dan akan tumbuh sbg pokok-pokok yg rendah dan penuh ~; 2. hal sihat dan segar (tentang tubuh manusia). Jadi, "dibugarkan" dan "membugarkan" membawa maksud menjadikan segar. | Makna | 08.06.2015 |