Rentetan soalan no.9: Bagaimana dengan vokal berganding & konsonan bergabung | Encik Badarul, Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut. Konsonan bergabung dalam bahasa Melayu ialah gh, kh, ng, ny dan sy seperti dalam perkataan ghairah, khabar, nganga, nyanyi dan syarat. | Ejaan | 28.12.2010 |
Apakah terjemahan yang diiktiraf oleh DBP untuk "bubble tea" ke dalam Bahasa Melayu? https://en.wikipedia.org/wiki/Bubble_tea | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "bubble tea" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah teh buih. | Ejaan | 04.06.2013 |
Salam sejahtera. Apakah perbezaan antara diftong dan vokal berganding? Terima kasih. | Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi dalam perkataan pandai, pulau dan amboi. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut. | Tatabahasa | 06.03.2013 |
bolehkah diftong diterima sebagai vokal berganding | Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut. | Tatabahasa | 02.03.2013 |
apakah perbezaan antara diftong dan vokal berganding. | Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi dalam perkataan pandai, pulau dan amboi. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut. | Tatabahasa | 20.02.2013 |
a.)Apakah perbezaan diftong dan vokal berganding? b) perkataan 'kuih' dan 'kaloi' mempunyai berapa suku kata? Terima kasih. | Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut. Kuih dan kaloi mempunyai dua suku kata. | Tatabahasa | 02.02.2013 |
ingin bertanya sama ada perkataan untuk "apom" atau "apong" lebih tepat. | Sdr, Mengikut sumber kami, tiada perkataan atau istilah dalam bahasa Melayu "apom" atau "apong". Walau bagaimanapun, mengikut takrifan Kamus Dewan, kata apung ialah1. terkatung, tidak tenggelam di air; batu ~ batu yg tidak tenggelam (sangat ringan); 2. = apung-apung segala yg terkatung-katung di air (mis kayu, pelampung, dll); ~ buih timbul tenggelam; laksana ~ dipermainkan ombak prb peri kesusahan anak dagang yg miskin di rantau orang. Manakala kata apam ialah sejenis kuih yang dibuat daripada campuran tepung gandum, gula hangus, telur, soda kuih, dsb dan dikukus. | Istilah | 30.03.2009 |
Selamat sejahtera. Terang tentang digraf dan diftong secara terperinici. Adakah diftong dibahagi dua iaitu, diftong dan bukan diftong? Bagaimana mengenali bukan diftong? Adakah "oi" termasuk dalam diftong? | Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny dan sy. Digraf juga disebut dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi dalam perkataan pandai, pulau dan amboi. Satu lagi bentuk yang hampir sama ialah vokal berganding, tetapi vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi contohnya kuih, buih, air dan laut. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 20.02.2013 |
assalam, boleh terangkan perbezaan di antara diftong dengan vokal berganding? Adakah (ATAU) termasuk dalam diftong, tq | Manakala vokal bergabung pula ialah dua huruf vokal yang berdiri secara terasing dan bukan satu bunyi tunggal. Vokal berganding yang dimaksudkan ialah ai, au, oi, ia, io, ea, eo, eu, ua dan ui. contoh perkataan ; puisi, gear, siuman, biak, maut. Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi. Atau merupakan diftong. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut. | Tatabahasa | 01.02.2013 |
salam... bolehkah pihak tuan jelaskan perbezaan di antara diftong dan vokal berganding? jika boleh berikan contoh yang sesuai | Salam sejahtera,
Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut. | Tatabahasa | 07.01.2013 |