Makna Perumpaan Bak Bujang Jolong Keris | Bak bujang jolong keris bermaksud orang yang sombong kerana kekayaan yang baru diperoleh. | Lain-lain | 13.03.2008 |
Apakah maksud air bujang dan air jarang? | air bujang - minuman spt teh, kopi yg dihidangkan kpd tetamu tanpa kuih, biskut dsb. air jarang - air suam. Dipanggil air jarang oleh beberapa kawasan di Malaysia. Air jarang tidak diterima sebagai bahasa rasmi dan merupakan dialek sesuatu tempat. Terdapat beberapa tempat di Malaysia menggelarkan air jarang sebagai air putih, air mati, air suam dsb. | Tatabahasa | 25.08.2012 |
Salam hormat, Bolehkah saya tahu tentang peranan Si Kembang Cina dan Bujang Selamat dalam teks klasik? Terima kasih. | Saudara, Watak Si Kembang Cina dan Bujang Selamat dalam teks klasik adalah watak pembantu yang taat setia kepada wira dan wirawati. Biasanya watak-watak ini terdiri dari kalangan rakyat biasa yang menjadi pembantu, pengasuh atau pengiring kepada watak utama sama ada pada watak wira atau watak wirawati yang menjadi pembantu dalam tindak-takduk watak utama. watak-watak ini boleh ditemukan dalam cerita-cerita hikayat, contohnya Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Hikayat Malim Deman. Dalam Hikayat Malim Deman Bujang Selamat adalah pembantu kepada wira iaitu Malim Deman. Peranan Bujang Selamat sebagai pengasuh, pengiring Malim Deman ke mana saja Malim Deman pergi, serta menumpukan taat setia kepada tuannya. Manakala Si kembang Cina pula merupakan pengasuh perempuan kepada Malim Deman dan orang suruhan yang biasanya memiliki rupa paras yang memikat, pandai memujuk dan taat kepada tuannya. Sekian, terima kasih. | Sastera | 15.09.2011 |
SAYA INGIN TAHU APAKAH MAKSUD SIMPULAN BAHASA "GELANG BUJANG"&"CUPAK HANYUT" | Cupak Hanyut: Lenggang yang lembut. Gelang Bujang: Tiada dalam rekod. Sila rujuk buku-buku simpulan bahasa. | Makna | 12.03.2009 |
Saya membayangkan status facebook saya pasti berbunyi begini: Wanita bujang berusia 26 tahun yang menganggur dan tinggal bersama kedua orang tuanya, tidak tahu apa yang mahu dilakukan dengan hidupnya. [atau begini:] Saya membayangkan status facebook saya pasti berbunyi begini, "Wanita bujang berusia 26 tahun yang menganggur dan tinggal bersama kedua orang tuanya, tidak tahu apa yang mahu dilakukan dengan hidupnya." [yang mana satu yang tepat?] | Yang kedua lebih tepat, iaitu menggunakan tanda petik yang merujuk petikan. | Lain-lain | 17.11.2011 |
Salam mesra, saya meminta jasa baik tuan untuk menerangkan maksud petikan prosa tradisional 'Hikayat Siak' dalam antologi Dirgahayu Bahasaku (hlm48): Maka Tuan Bujang pergi ke Jambi, mendapatkan Sultan Maharaja di Batu, bersama-sama akan sultan berkelahi, berebut kebesaran dengan sultan di Kedah. Maka berperanglah. Tuan Bujang masuk perang, lalu luka paha, kena peluru setinggar, paha kiri. Sultan Maharaja di Batu menang perangnya. Sekian, terima kasih. | Sdr. dicadangkan berbincang dengan guru Sdr mengenai perkara ini. | Lain-lain | 16.04.2011 |
Salam mesra, saya mewakili guru-guru BM sekolah saya meminta jasa baik tuan untuk menerangkan maksud petikan prosa tradisional 'Hikayat Siak' dalam antologi Dirgahayu Bahasaku (hlm48) kerana terdapat percanggahan pendapat tentang maksudnya: Maka Tuan Bujang pergi ke Jambi, mendapatkan Sultan Maharaja di Batu, bersama-sama akan sultan berkelahi, berebut kebesaran dengan sultan di Kedah. Maka berperanglah. Tuan Bujang masuk perang, lalu luka paha, kena peluru setinggar, paha kiri. Sultan Maharaja di Batu menang perangnya. Sekian, terima kasih. | Sdr dicadangkan menghubungi pihak yang berkenaan di Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan jawapan yang Sdr perlukan. | Lain-lain | 18.04.2011 |
Saya ingin membuat pertanyaan mengenai perkataan berikut: 1) pemeleh Contoh ayat: Biasanya rumah jenis ini mempunyai dua pemeleh yang besar. 2) peleh Contoh ayat: Dikenali dengan nama rumah bujang atau rumah berpeleh tiang enam. setelah dirujuk dalam kamus dewan yang terbaru, tidak terdapat maksud perkataan tersebut, saya juga merujuk melalui carian kata di laman web ini. Sila bantu saya. Terima kasih | Memang tidak terdapat kata pemeleh dalam KD terbaharu. Namun begitu perkataan peleh terdapat dalam KD dengan membawa maksud menyapu bedak ke muka. Tetapi kami beranggapan, maksud tersebut bukanlah pengertian sebenar yg sdr kehendaki. Namun begitu terdapat satu perkataan lain dalam KD iaitu pilar yg bermaksud tiang tegak yg diperbuat drpd batu dll, digunakan sbg penyokong hiasan dsb. Mungkin juga perkataan pemeleh itu bukanlah dalam sebutan baku, tetapi dalam sebutan dialek negeri tertentu. Kami berkeyakinan perkataan pilar itulah yg sdr cari. T.kasih. | Lain-lain | 03.09.2008 |
sebagai badan bahasa yg diiktiraf dbp berperanan mengujudkan sejarah perkembangan bahsa melayu melalui urutan peristiwa dari mula asalnya hingga sekarang contohnya tahun600bc dijumpai tulisan kawi pada batu di lembah bujang 1380 batu bersurat di trengganu.......1400tun sri lanang.......1800 munshi abdullah......1950 zaaba....... kronologi ini penting untuk rujukan anak cucu kita.saya berharap sejarah perkembangan bahasa melayu dapat meningkat nilai ketamadunan kita pada masa ini juga ujud perang maya yg mengatakan bahasa melayu hari ini berasal dari indo,padahal kita tahu bahasa melayu moden berasal dari kesultanan johor di riau,harap dlm waktu terdekat segera dipatenkan bahawa bahasa melayu moden berasal dari m'sia,jadi jgn terlambat sebelum indo memetenkan dulu...sekian | Encik Arsad terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Terima kasih atas pandangan Sdr. sejerah mengenai perkembangan bahasa Melayu memang telah banyak dibukukan dan telah banyak juga diperkatakan/dibincangkan serta dijadikan bahan pameran setiap kali kita mengadakan simposium. seminar. konvensyen dan sebagainya. Tetapi tidaklah sampai kita perlu mempatenkannya. Namun pandangan Sdr. itu ada benarnya dan rasanya telah sampai masanya untuk kita, terutama ahli dan pakar bahasa memikirkan persoalan seperti ini. Untuk pengetahuan Sdr. juga sebenarnya kita adalah pemegang hak cipta bagi setiap buku yang kita terbitkan. | Lain-lain | 03.09.2009 |
saya perlu wat laman web diri sendiri. ape yang perlu saya letakkan dlm untuk menu "saya anak yang ke berapa?" maksud saya mcm "status", bg org yang sudah b'kahwin @ bujang. | Bagi membantu, saudara boleh meletakkan "Kedudukan dalam keluarga" atau "Anak ke berapa". | Lain-lain | 07.03.2007 |