Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.ka.an] | بوکاءن

Definisi : (Fiz) lubang (biasanya bulat) pd kamera (teropong kembar dsb) yg mengawal banyaknya cahaya yg masuk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.ka.an] | بوکاءن

Definisi : ist 1 bahagian terbuka pd sesuatu jasad berbentuk tetap yg membenarkan cahaya, air dll melaluinya. 2 bahagian kanta pd kamera, teleskop dsb yg membenarkan cahaya melaluinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Fungsi tingkap bergantung pada keadaan. Tidak semestinya hanya orang dari dalam rumah yang boleh melihat ke luar, orang dari luar juga boleh melihat ke dalam rumah contohnya reka bentuk tingkap pada rumah kampung yang lebih terbuka membolehkan orang dari luar juga melihat ke dalam rumah. Perenggan di atas merupakan jawapan DBP berkaitan soalan saya. Saya bertanya soal fungsi, bukan soal boleh atau tidak boleh..... seperti fungsi baju untuk menutup aurat, tapi boleh juga baju untuk kesat tahi kucing..... mengapa rendah sangat standar DBP berfikir???

Menurut Kamus Dewan Perdana (KDP)(DBP, 2020: 2376) tingkap bermakna 1. bukaan, biasanya berbentuk segi empat, pada dinding rumah, bangunan, kapal dan lain-lain yang boleh dibuka dan ditutup supaya cahaya matahari dan udara dapat masuk; sinonimnya ialah jendela; dan makna ke-2 ialah tetingkap. 

Terdapat pelbagai jenis tingkap, misalnya tingkap berpangsi, tingkap bulan, tingkap gelangsar dan tingkap kipas. Sila rujuk KDP dan PRPM.

Sudah pastilah fungsi bagi tingkap bergantung kepada jenisnya. Namun, secara umumnya, fungsi tingkap adalah untuk:

1) Membolehkan kemasukan cahaya semula jadi,

2) Mengadakan peredaran udara semula jadi,

3) Menebat haba dan bunyi, dan

4) Menghalang angin dan hujan.

Penjenisan tingkap adalah bergantung kepada kaedah bagaimana daun-daun tingkap dipasang.

Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk pakar bidang seni bina, kesenian hiasan dalaman atau kejuruteraan bangunan. Salah satu cara mudah untuk mendapat maklumat, tuan juga boleh membuat carian di Internet dengan menaip "fungsi tingkap".

Harap dapat membantu.

Lain-lain14.10.2022

Kembali ke atas