Salam, Mengapakah perkataan bendahari tidak tergolong dalam kata majmuk? | Bendahari bukanlah gabungan daripada perkataan benda dan hari. Bendahari terbit sendiri dan bukan bukan kata majmuk. | Istilah | 31.01.2013 |
Yang manakah betul? A1. Bukan semua kata ganda mempunyai sempang. A2. Tidak semua kata ganda mempunyai sempang. B1. Satu per satu. B2. Satu persatu. C1. Dua per tiga. C2. Dua pertiga. | 1. Kata nafi yang betul ialah bukan. Bukan semua ganda mempunyai sempang. 2. Ejaan yang betul ialah satu per satu (bermaksud satu demi satu), satu perdua, satu pertiga, satu perempat dan satu perlima bermaksud satu bahagian daripada jumlah dua bahagian, tiga bahagian, empat bahagian dan lima bahagian. | Tatabahasa | 26.09.2013 |
Yang mana satu antara 4 ayat ini yang betul? 1. murid penutur bukan natif 2. penutur murid bukan natif 3. murid bukan penutur natif 4. bukan murid penutur natif Terima kasih. | Ayat yang betul ialah 3. murid bukan penutur natif | Tatabahasa | 19.05.2015 |
Salam 1Malaysia. Tuan/Puan, Saya mempunyai soalan berkaitan 'bukan' dan 'kan'. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 'bukan' mempunyai maksud 'untuk menyatakan pertanyaan yg mengeraskan dugaan (pd akhir hayat)' dengan contoh diberi 'ini bukumu, bukan?'. Adakah penggunaan bukan di sini dikategorikan dalam 'tag question' atau 'yes-no question'? Bagaimana pula dengan penggunaan 'kan'? 'kan' ditakrifkan sebagai singkatan kepada perkataan bukan / bukankah, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. Adakah ini bermaksud 'kan' juga merupakan pertanyaan yang mengeraskan dugaan? Sekiranya perbezaan 'bukan' dan 'kan' hanyalah pada penggunaan ('bukan' lebih formal, 'kan' kurang formal'), adakah 'kan' juga boleh membawa maksud 'tag question' atau 'yes-no question'? Mohon pencerahan daripada pihak tuan/puan. Terima kasih. | Salam Sejahtera.
Penggunaan "bukan" dikategorikan sebagai taq question. "Kan" merupakan kependekkan "bukan" yang selalu didapati dalam teks sastera dan "kan" juga tergolong dalam taq question. | Istilah | 21.02.2014 |
Yang manakah yg betul : Bukan itu sahaja atau bukan sahaja itu Terima kasih | Frasa yang baku ialah ...bukan itu sahaja, iaitu kata nafi (bukan)+kata ganti nama tunjuk(itu)+kata tugas (sahaja). | Tatabahasa | 30.01.2015 |
Apakah perbezaan antara TIDAK dan BUKAN? | Kata nafi "bukan" menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama, Contohnya, Makanan itu bukan untuk Ratna. Kata nafi "tidak" pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Contohnya, Bapanya tidak turun ke sawah hari ini. Walau bagaimanapun, kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif, jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat, seperti Dia bukan hendak belajar, tetapi hendak bermain sahaja. | Tatabahasa | 07.12.2015 |
Tuan/Puan, Saya maklum tentang kata nafi iaitu 'tidak' & 'bukan' dan cara penggunaan mereka yg betul dalam ayat. Soalan saya, bolehkah kehadiran 'bukan' dalam ayat, 'Bukan harganya begitu' memberi penekanan kepada predikat? (Sepatutnya ayat ini ditulis, "Harganya bukan begitu"). Saya juga maklum tentang kata penegas (cth : akhiran -lah, pun, juga, hanya), iaitu kewujudan kata penegas memberi penegasan kepada predikat dalam ayat. Namun, sesetengah ayat dalam penulisan sengaja ditulis dalam susunan yang luar biasa dan ia memberi lebih impak kepada pembaca. Adakah susunan 'Bukan harganya begitu' juga ditulis bertujuan untuk memberi penekanan terhadap 'harga'? Terima kasih. | Frasa yang gramatis ialah "Harganya bukan begitu..." lebih tepat digunakan dan menunjukkan penegasan kepada harga. | Tatabahasa | 07.06.2014 |
Aslm, perkataan inggeris 'non' spt 'non-surgical treatment' ; adakah alih bahasanya - rawatan bukan surgikal atau rawatan tanpa surgikal? kerana maksud non bukan bererti bukan. Mohon penjelasan. | Padanan istilah bahasa Melayu untuk "non-surgical treatment" ialah rawatan tanpa bedah (bidang Perubatan). | Istilah | 21.01.2014 |
Pilih ayat yang betul. A) Saya bukan tidak lalu makan, cuma sudah kenyang. B)Bukan semestinya kamu boleh pulang awal pada hari ini. C) Hasil lukisan itu bukan seperti yang saya harapkan. D)Jawapan yang diberikan oleh penceramah itu bukan menyakinkan. | Kata nafi "bukan" menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi "tidak" pula unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Walau bagaimanapun kata nafi "bukan" boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat. a) Saya bukan tidak lalu makan, tetapi kenyang. b) Tidak semestinya kamu boleh pulang awal pada hari ini. c) Jawapan yang diberikan oleh penceramah itu tidak meyakinkan. | Tatabahasa | 15.04.2013 |
Tuan, pada kebiasannya makna sesuatu kata majmuk ialah makna baharu hasil daripada gabungan/ rangkaian dua atau lebih kata dan bukanlah membawa makna asalnya. Contohnya "guru besar' bukan 'guru', bukan 'besar'. Contoh ke-2 : 'kapal terbang' bukan lagi bermaksud 'kapal' mahupun 'terbang' tetapi wujud makna baharu. Jika " hal ehwal', kata majmuk ini masih bermaksud 'hal', cuma ditambah sebagai 'bermaksud berbagai-bagai'. keadaan ini sama seperti fungsi penggandaan' tetapi tiada tanda sempang. Bagaimanakah kita hendak menjelaskan perkara ini kepada murid yang bertanya ini? terima kasih. | Pendapat tuan betul, kata majmuk ialah perkataan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna. Hal ehwal bukan kata majmuk, sebaliknya hal ehwal ialah frasa nama. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 06.09.2012 |