Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukanya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Setelah kedua-dua ibu bapanya berpisah, kehidupan Ali __________ . kenapa jawapanya ialah bongkar-bangkir? dan bukanya kelam-kabut?Setelah kedua-dua ibu bapanya berpisah, kehidupan Ali bongkar-bangkir/kelam-kabut. Merujuk Kamus Dewan kedua-duanya betul kerana bongkar-bangkir dan kelam-kabut bermaksud kacau-bilau.Tatabahasa15.08.2008
Mohon peribahasa atau kata-kata lengkap, jika saya tidak silap peribahasa China menyatakan bahawa peniaga/pedadagang atau pelabur adalah yang berkuasa kepada sesebuah negara "bukanya pemerintahan politik' minta penjelasan.Pangkalan data kami menyenaraikan peribahasa yang dipetik daripada buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Oleh itu, ungkapan yang saudara nyatakan tidak ada dalam pangkalan data kami dan melalui carian kami tidak ada maklumat tentang ungkapan berkenaan.Lain-lain15.08.2011
Adakah perkattan "air" diftong atau vokal berganda? Terdapat percanggahan pada laman kidmat nasihat. Soalan tatabahasa bertarikh 13/1/2013 yang menggunakan pemenggalan air-air dan bukanya a-ir. Jawaban khidmat nasihat adalah diftong Tetapi pada soalan yang bertarikh 7/1/2013 untuk perkataan air. Jawaban khidmat nasihat adalah vokal berganding kerana dilafazkan sebagai a-ir. Mana yang betul?Jawapan terbaharu dalam Khidmat Nasihat Bahasa betul. Maklumat yang kami peroleh adalah darpada penyusun buku Tatabahasa Dewan. Berlaku kesilapan fakta pada halaman 301 buku Tatabahasa Dewan dan hal ini akan diperbetulkan pada terbitan yang akan datang.Tatabahasa25.01.2013
Ada dua tiga perkara, yang pertama tidak mudah masuk air, yang kedua sukar diganggu oleh teritip, yang ketiga, tahan lama.Oleh kerana ia menggunakan bahan daripada kulit kayu gelam, bot akan bertahan sangat lama. Saya tidak tahu berapa puluh tahun ianya mampu bertahan, tetapi ia sangat lama. Bot-bot yang dibuat semasa saya kecil sehingga sekarang masih boleh digunakan lagi. Begitulah istimewanya pengunaan kulit kayu gelam. Tetapi pokok gelam yang digunakan bukanya yang ada pada waktu sekarang, tetapi adalah kayu gelam asal yang lama, benihnya berasal dari sini. Kayu gelam ini kulitnya berbeza serta tahan lama. Kita mengharapkan generasi muda berminat untuk menyambung warisan dan tradisi nenek moyang kita sejak dahulu. Melatih anak-anak muda kita supaya minat dalam usaha membuat bot secara tradisional ini. Diharap ada pihak yang berani meneroka bidang ini dan menarik minat anak-anak muda kita dalam bidang ini.Kami menghargai perkongsian maklumat tersebut dan terima kasih kerana memggunakan laman web kndbp.gov.my.  Lain-lain24.11.2021
saya menghadapi beberapa kemusykilan tentang penggunaan kata pemeri. Merujuk tatabahasa dewan edisi ke-3 2008, subtopik 9.2.3.5 , berkenaan kata pemeri hanya ada dua iaitu adalah dan ialah. Bagaimana dengan kata 'merupakan' yang digunakan termasuk dalam teks rujukan buku ini dalam halaman 262 perenggan ke 2 dr bwh dan hlmn 444 perenggan atas. Bukankah perkataan 'merupakan' ialah bentuk kata keja transitif bukanya kata pemeri. sila bantu saya untuk memastikan perkara ini.

Puan Aina,

Menurut tatabahasa bahasa Melayu kata pemeri ialah adalah dan ialah. kata merupakan ialah kata kerja. dan bukan kata pemeri. Dalam penggunaannya kata pemeri tidak boleh diikuti dengan kata kerja. Oleh itu frasa adalah merupakan tidak boleh digunakan. Dalam halaman yang saudara nyatakan perkataan merupakan itu memang bukan kata pemeri.  

Makna perkataan merupakan adalah seperti yang berikut :  1. membentuk (membuat, men­­jadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa: peti rahsia itu dirupakan buku; 2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan: malaikat Jibrail dirupakan seorang yg cantik dan diberi bersayap; 3. menjadi, membentuk: rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yg terpenting; getah ~ 40% drpd pendapatan negara Malaysia; 4. ki me­lambangkan, melukiskan, meng­gambar­kan: Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yg dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir; ulasan itu ialah perkataan yg ~ fikiran yg dibuat drpd satu-satu alasan; ~ diri a) menampakkan dirinya spt (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma: Puteri Gunung Ledang ~ dirinya spt perempuan tua; ia dapat ~ dirinya spt harimau; b) ber­lagak (berlaku dll) sbg: dgn ~ dirinya sbg se­orang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu;

Tatabahasa06.10.2010

Kembali ke atas