Dasar bukit Kaki bukit Yang mana satu betul | Mengikut buku Kamus Dewan, perkataan ‘dasar’ ialah bahagian yg di bawah sekali; contohnya dasar laut, dasar sungai, dasar tasik. Frasa ‘kaki bukit’ dalam buku Kamus Pelajar diberikan maksud bahagian bukit yg di sebelah bawah. | Istilah | 21.05.2014 |
Adakah terjemahan bagi 'hill park' adalah 'taman bukit' atau 'bukit rekreasi'? | Terjemahan yang dicadangkan untuk "hill park" ialah taman bukit. | Istilah | 07.09.2016 |
Di daerah kelahiran saya terdapat banyak __. 'bukit' atau 'bukau' , yg manakah lebih sesuai? Mengapa? | Jawapan yang betul ialah bukit. Perkataan bukit sesuai digunakan kerana lazim digunakan oleh masyarakat umum. | Tatabahasa | 29.07.2013 |
WIRA BUKIT? ADAKAH IANYA NOVEL ATAU TAK? BAGAIMANA PULA DENGAN KARYA ADIK DATANG? SEBENARNYA SAYA DIBERI TUGASAN YANG BERTAJUK RUMUSAN WIRA BUKIT. JADI SAYA INGIN TAHU ADAKAH WIRA BUKIT ITU TAJUK SEBUAH NOVEL? | Selamat pagi. Wira Bukit karya Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said ialah judul buku drama yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986. Sedutan drama ini pernah dipentaskan dalam majlis penganugerahan Sasterawan Negara tersebut. Adik Datang pula merupakan judul novel yang diterbitkan oleh Penerbitan Adabi Sdn. Bhd pada tahun 1980. Terima kasih. | Lain-lain | 09.03.2010 |
Salam Satu Malaysia, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit (soalan, perlu ada koma selepas sedikit? lama-lama jadi/ menjadi bukit atau kedua-dua diterima?) Terima kasih | Tanda baca yang betul ialah: Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. Namun, dalam Kamus Istimewa Bahasa Melayu, peribahasa ini disebut sebagai: Berdikit-dikit, lama-lama menjadi bukit. Ia membawa maksud yang sama dengan peribahasa yang pertama. Perkataan 'jadi' atau 'menjadi' kedua-duanya boleh diterima. Terima kasih. | Lain-lain | 31.10.2017 |
Manakah oeribahasa yng betul Sedikit-sedikit lama-lama menjdi bukit arau dikit-dikit lama-lama menjadi bukit | Dalam buku Peribahasa yang terakam ialah "berdikit-dikit lama-lama menjadi bukit". | Tatabahasa | 30.10.2017 |
Salam tuan/puan, Yang manakah adalah betul? 'Melawat Bukit Bendera atau melawat ke Bukit Bendera'? Adakah 'melawat' dikira sebagai kata kerja transitif? Jika begitu, perkataan ini tidak boleh diselitkan dengan penggunaan kata sendi nama atau perkataan lain di antara kata kerja transitif dengan objek selepasnya. Betulkah begitu? Terima kasih. | Kata "melawat" ada masanya perlu diikuti dengan kata ke kerana kata nama yang hadir selepas kata sendi nama tersebut, seperti "melawat ke Jepun", dan ada masanya tidak diikuti dengan kata ke, seperti "melawat saudaranya", bergantung pada konteks ayat tersebut. Oleh itu, ayat yang betul ialah "melawat ke Bukit Bendera". | Tatabahasa | 27.10.2014 |
Apakah maksud "Table mountain"? Adakah ia "gunung meja" atau "gunung datar"? Sebab ia mempunyai maksud yang sama dengan "mesa" dalam http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=mesa. Bagaimana pula dengan "Table (landform)"? | Mesa ialah istilah Sepanyol bagi bukit meja atau bukit datar terasing yang dikelilingi oleh cenuram. Mesa ialah bukit atau gunung yang terpencil kedudukannya dan mempunyai puncak rata dengan lereng yang curam seperti meja. Mesa terdapat di kawasan beriklim kering. Dalam data kami, Landform bermaksud bentuk bumi.
| Penyemakan dan penterjemahan | 29.05.2014 |
maksud sikit-sikit lama-lama jadi bukit | Peribahasa yang betul ialah berdikit-dikit lama-lama jadi bukit, maksudnya berjimat cermat. | Lain-lain | 17.05.2009 |
Apakah maksud peribahasa "ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni"? | Peribahasa yang betul ialah "Ke bukit sama didaki, ke laut sama direnangi" bermaksud "Perhubungan yang sangat karib, tidak dapat diceraikan". | Lain-lain | 01.11.2009 |