Salam Tuan. Saya ada soalan mengenai ayat seperti ini. -Saya bawa buku-buku ini pergi ke sekolah.- Adakah apa-apa kesalahan tatabahasa dalam ayat ini? Saya ingin mendapat kepastian sebab ada rakan-rakan berkata perkataan buku-buku tidak boleh digunakan. Alasan mereka kata ganda tidak lagi diguna pakai dalam Bahasa Melayu. | Perkataan "buku-buku" pada ayat tersebut adalah betul jika membawa maksud banyak buku. Sekiranya telah ada perkataan yang membawa maksud banyak, baharulah tidak perlu menggandakan perkataan buku itu. Contohnya: Saya membawa banyak buku ke sekolah Saya membawa semua buku itu ke sekolah Saya membawa beberapa buah buku ke sekolah. Sebagai makluman, kata ganda masih digunakan dalan bahasa Melayu | Lain-lain | 08.03.2017 |
Naim Al-Kalantani Oct 8th, 6:53pm Selamat petang. Setahu saya DBP sudah mula mencetak kembali buku-buku yang dulunya tidak dicetak kerana ada 'konflik' dengan DAWAMA. Saya ingin tanya, di mana boleh saya lihat katalog buku-buku terbitan yang baru ini seperti Hikayat Iskandar Zulkarnain? | Terima kasih tuan. Tuan boleh membaca maklumat berikut dan pastinya tuan akan mendapat maklumat berguna kepada persoalan yang diajukan. Moga maklumat ini membantu pihak tuan. Buku terbitan DBP boleh dibeli di Kedai Buku DBP atau mana-mana kedai buku di seluruh Negara. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. selain itu, semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com , dan buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my Terima kasih | Lain-lain | 08.10.2015 |
Selamat Sejahtera. Untuk pengetahuan Tuan/Puan, saya memiliki beberapa jenis buku encyclopedia dan sebagainya milik bapa saya. Saya inging menyumbangkan buku buku tersebut kepada dewan bahasa dan pustaka. Apakah cara atau bagaimana saya boleh sumbangkan buku buku tersebut. Sekian Terima kasih Sekian Rizuan Bin Abdullah 012-6526079 | Salam Encik Rizuan budiman, Dengan hormatnya perbualan telefon pada 4 November 2019 (isnin) pukul 8.15 pagi dirujuk. Pihak DBP mengucapkan ribuan terima kasih dan sangat mengalu-alukan sumbangan buku ensiklopedia tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak tuan bolehlah menghantar buku-buku tersebut kepada: Ketua Bahagian, Bahagian Komunikasi Korporat, Aras 7, Menara DBP. Dewan Bahasa dan Pustaka. 50460 Kuala Lumpur. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi, Puan Siti Irni Yuslinda binti Mosman, melalui talian telefon, 03-2147 9483 atau e-mel sitiirni@dbp.gov.my, Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 29.10.2019 |
Ahmad Gaddafie Sep 28th, 4:22pm Salam. Saya nak tanya. Berapa harga buku tatabahasa dewan edisi sekolah rendah satu set? | Semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com Selain itu, buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Di sana ada dinyatakan harganya sekali. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my | Lain-lain | 28.09.2015 |
Mohd Zulkifli ToneExcel Aug 19th, 8:55am Assalamualaikum dan selamat pagi, saya mencari buku asas pengauditan oleh takiah iskandar. Bagaimana nya? | Semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com Selain itu, buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my Terima kasih | Lain-lain | 19.08.2015 |
Berkenaan kata ganda,adakah pengandaan kata itu bermaksud menyatakan penambahan kuantiti benda yang dimaksudkan, seperti 1buku-> buku-buku (maksud ada banyak buku) 2 rama-> rama-rama (maksud ??) Minta penjelasan ...terima kasih | Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar jenis kata nama tanpa sebarang perubahan bentuk, contoh : buku-buku dan sekolah-sekolah. Kata ganda separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar, contoh : gegelang, sesiku dan sesumbu. Kata ganda semu termasuk dalam kategori penggandaan penuh dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kata ganda semu ialah perkataan yang asalnya wujud dalam bentuk ganda seperti kanak-kanak, kura-kura, rama-rama dan layang-layang. | Tatabahasa | 09.09.2017 |
Apakah buku-buku yang sesuai sebagai rujukan untuk menulis puisi dan sajak, terutama sekali untuk pengkarya baharu? | Antara buku yang boleh dijadikan rujukan untuk penulisan puisi dan sajak ialah karangan Othman Puteh berjudul Penulisan Cerpen dan Puisi. | Sastera | 05.01.2017 |
Salam, Saya telah membeli Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Buku Aktiviti Tahun 3, Jilid 1 & Jilid 2 dan ingin mendapatkan list jawapan untuk buku-buku berkenaan. Sekian terima kasih. DEC 4TH, 5:26PM Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Sila hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Terima kasih 1:56PM Vicky Salam. Pegawai yang menjawab talian tidak mengetahui patut sambung saya kepada siapa yang in-charged. Email yang saya hantar pula tidak balasan langsung. | Kami telah menghubungi Kedai Buku DBP melalui talian yang diberi. Untuk makluman tuan, Kedai Buku hanya menjual buku teks dan buku aktiviti Bahasa Melayu, manakala senarai jawapan (jika ada) boleh diperoleh melalui Bahagian Buku Teks, kementerian Pendidikan Malaysia. | Lain-lain | 22.12.2015 |
bagaimana mahu mencari buku buku keluaran atau terbitan DBP terutama karya karya lama yang sukar didapati di umum carian masyarakat,maaf kalau sudah ada bahagian khas bagi soalan ini kerana saya tidak menjumpai sebarang petunjuk bagi carian saya.Maaf kerana meyusahkan. Saya dengan merendah hati memohon tunjuk ajar daripada tuan.Terima kasih. | Salam sejahtera, Untuk makluman, buku terbitan DBP boleh di beli di kedai buku, wakil penjual ujana DBP dan melalui portal DBP. Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut: •Anjung DBP – 03 2147 9597 / 03 2147 9598 •Kompleks DBP Hulu Kelang – 03 41010028 / 019 2141956 WhatsApp •DBP Cawangan Sarawak – 082 227000 / 019 8768358 •DBP Cawangan Sabah – 088 439317 / 010 9425569 •DBP Wilayah Timur – 09 7414918 / 014 9180092 atau klik pautan ini: https://dbpniaga.my// Atau melalui Katalog awam dalam talian (KAWAT) DBP atau melalui laman web pustakav2.dbp.gov.my Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 17.03.2020 |
Tuan/Puan, Saya ingin menerbit 15 siri buku-buku dalam Bahasa Malaysia untuk bacaan umum berkenaan dengan barah payudara. Setiap buku sebesar separuh kertas A4 yang berlainan tajuk mengandungi 20-40 mukasurat dengan gambar yang berwarna-warni. Saya berharap ini dapat siap sebelum acara kami pada 29 Oktober 2016. Mohon maklumbalas tuan/puan. Terima kasih. | Tuan boleh menghantar manuskrip yang lengkap kepada Pengarah Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk diusahakan oleh Bahagian Penerbitan yang sesuai. Beliau juga boleh dihubungi melalui talian 03-21479000/01/02 atau e-mel khalik@dbp.gov.my (Tuan Haji Khalik bin Sulaiam). Manuskrip lengkap mestilah mengandungi: (i) bahan awalan (ii) bahan teks (iii) bahan akhiran Untuk mengetahui lebih lanjut akan maklumat yang perlu ada dalam setiap bahan itu, tuan boleh merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan DBP. Setiap halaman manuskrip perlu diberikan nombor secara berturutan. Setiap manuskrip yang dihantar ke DBP akan melalui beberapa peringkat penilaian dan hanya jika didapati sesuai baru boleh diterbitkan oleh DBP. | Lain-lain | 01.09.2016 |