Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : helaian kertas berjilid yg berisi tulisan dsb utk dibaca atau yg mengandungi ruangan kosong utk ditulis; ~ akaun set rekod (termasuk lejar, invois, perjanjian, surat-menyurat, dll) dlm perakaunan utk mencatatkan semua urus niaga sesebuah organisasi; ~ catatan buku tempat ditulis catatan; ~ harian a) buku catatan kirakira jual beli hari-hari; b) buku catatan harian (pd kapal dll); ~ hitam buku yg mencatatkan nama-nama orang yg dianggap berbahaya dll; ~ jualan harian rekod khas setiap jualan barang niaga yg dicatat buat pertama kalinya; ~ kecil buku yg kecil saiznya (biasanya berkulit nipis) dan mengandungi keterangan ringkas tentang sesuatu; ~ kedatangan buku yg menandakan kehadiran murid ke sekolah setiap hari; ~ kerja buku yg mengandungi keterangan ringkas tentang sesuatu hal yg diajarkan serta soalan-soalan yg perlu dijawab oleh pelajar; ~ kosong buku yg belum bertulis (bercetak) apa-apa di dlmnya; ~ laporan buku yg mengandungi laporan (tentang kerja dsb); ~ latihan = ~ rampaian buku utk murid sekolah membuat latihan berhubung dgn sesuatu pelajaran); ~ panduan buku yg menjadi panduan dlm mengerjakan sesuatu pekerjaan; ~ pelawat buku yg mengandungi tandatangan pelawat ke sesuatu tempat; ~ putih buku yg mengandungi keterangan kerajaan tentang sesuatu; ~ rujukan buku tempat mencari keterangan yg lebih lanjut; ~ sekolah buku yg dipakai oleh murid (pelajar) sekolah; ~ simpanan bank buku yg dikeluarkan oleh bank kpd pelanggannya, yg mengandungi rekod kira-kira simpanan pelanggan di dlm bank; ~ teks buku yg digunakan oleh pelajar sbg buku rujukan yg standard utk sesuatu mata pelajaran tertentu; ~ terpakai buku yg sudah digunakan oleh seseorang dan dijual kembali; ~ tulis buku kosong utk menulis; ~ tunai buku yg mencatatkan wang tunai yg diterima dan dikeluarkan; tidak masuk ~ bp tidak masuk kira;membukukan 1. mencatat(kan) dlm buku: segala penjualan mesti dibukukan; 2. menerbitkan sbg buku atau dlm bentuk buku, menjadikan buku atau berupa buku: kerja mereka ialah merakamkan cerita pelipur lara yg kemudian akan dibukukan; kertas kerja dan hasil seminar tersebut cukup baik jikalau dibukukan dan didokumentasikan;kebukuan spt bahasa tulisan (formal): perkataan itu agak ~ bunyinya;pembukuan 1. perihal mencatat dlm buku: ~ hasil urus niaga mestilah dilakukan setiap hari; 2. penerbitan (pengeluaran dsb) dlm bentuk buku: ~ puisi juga diberi perhatian oleh para penerbit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berhelai-helai kertas berjilid yg berisi tulisan utk dibaca atau berisi ruangan-ruangan kosong utk ditulisi; kitab: Di atas mejanya, tersusun ~ rujukan yg tebal-tebal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buku II


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Yang manakah satu yang betul bagi ayat pasif yang berikut? i) Buku itu dibeli oleh cikgu/encik/gadis itu, ATAU ii) Buku itu cikgu/encik/gadis itu beli. Pendapat saya ialah seharusnya ayat i) yang betul kerana cikgu/encik/gadis itu sudah masuk dalam golongan kata nama am.Jawapan yang betul ialah Buku itu dibeli oleh cikgu/encik/gadis itu, tetapi kata sapaan yang digunakan tidak sesuai. Ayat yang tepat ialah 1. Buku itu dibeli oleh Cikgu Ahmad, 2. Buku itu dibeli oleh Encik Abu, 3. Buku itu dibeli oleh gadis itu.Lain-lain10.06.2010
Aspek-aspek kesalahan morfologi.saya perlukan buku yang berkaitan dengan subjek ini.terima kasihSila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bahagian II -  Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, dan Bab 10; atau buku-buku lain berkaitan dengan aspek morfologi yang ada di pasaran.Tatabahasa25.09.2009
1. ________________ pendatang asing di negara ini menimbulkan persaingan dalam kalangan penduduk tempatan dalam sekitar pekerjaan. A. kesesakan B.keramaian C. kepadatan C. kebanjiran 2. 1. Muka adik hitam terkena dakwat pencetak komputer. ii. "Buku rujukan itu tidak ada muka surat dua puluh lima ,"kata Azli. iii. kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh pada hari muka. iv. Leman bercermin di muka tingkap biliknya sebelum pergi sekolah. Mana ayat yang betul. Cerpen yang memenangi anugerah Cerpen Terbaik Peringkat Kebangsaan itu adalah hasil __________ A. buah fikiran B. buah kalam. Perkataan seerti bagi dangkal A. cetek B. dalam C. susut D. surut 1. Tiupan angin yang kencang telah menyebabkan bumbung rumah itu, A. terlucut B. tercabut c. terbuka D. terputus1. Kebanjiran pendatang asing di negara ini menimbulkan persaingan dalam kalangan penduduk tempatan dalam sektor pekerjaan. 
2. Ayat IV betul. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk maklumat lanjut
3. Cerpen yang memenangi anugerah Cerpen Terbaik Peringkat Kebangsaan itu adalah hasil buah fikiran ....
4. Dangkal sama maksudnya dengan cetek. 
5. Tiupan angin yang kencang telah menyebabkan bumbung rumah itu tercabut.
Tatabahasa01.05.2012
Adakah ayat dibawah ayat yang gramatis i) Pengawai itu memperbetulkan borang permohonan saya ii) Jamal membacakan sebuah buku cerita untuk anak-anaknya iii) Samad mencarikan ibunya sebuah rumah sewa baharu iv) Nenek membelikan adik sepasang baju kurung

Ayat yang betul ialah:

i) Pegawai itu memperbetul borang permohonan saya.

ii) Jamal membacakan sebuah buku cerita untuk anak-anaknya

iii) Samad mencarikan sebuah rumah sewa baharu untuk ibunya

iv) Nenek membelikan sepasang baju kurung untuk adik

Tatabahasa01.07.2011
Saya Komariyah Satapo sedang belajar bahasa Melayu dasar di Pusat Bahasa Antarabangsa YIU.Ingin bertanya buku bertutur bahasa melayu .Terimakasih.Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk buku i. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, ii. Daftar Umum Sebutan Bahasa Baku Bahasa Melayu, iii. Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu. iv. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Buku-buku ini ialah terbitan DBP.Tatabahasa24.10.2013
I Pasukan Rumah Merah bertegang urat untuk mengalahkan pasukan Rumah Hijau dalam perlawanan itu. II Putus asa hatinya apabila permohonannya untuk berpindah ditolak oleh majikannya. III Baju-baju yang dijual di kedai itu cantik-cantik belaka. IV Ibu risau kerana abang belum balik-balik dari sekolah. JAWAPAN yang diberikan dalam BUKU ialah B iaitu IV sahaja. A I sahaja B IV sahaja C I, II, dan III D II, III, dan IV Mengapakah IV salah, bukankah maksud ayat ialah abang masih belum pulang dengan menggandakan balik-balik? Ada guru yang menjelaskan bahawa I dan II salah kerana penggunaan untuk sepatutnya guna "bagi". Sebenarnya saya tidak dapat terima penjelasan tersebut.Ayat I betul kerana kata sendi nama untuk dan bagi dapat bervariasi (bertukar ganti) kecuali dalam keadaan menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan, seperti dalam ayat Hadiah ini untukmu (bukan Hadiah ini bagimu). Ayat IV salah kerana balik-balik ialah bahasa percakapan yang bermaksud kerap melakukan perkara yang sama dan bahasa percakapan tidak digunakan dalam situasi rasmi.Tatabahasa11.08.2011
Saya Muslimah Deng sedang belajar bahasa Melayu dasar di Pusat Bahasa Antarabangsa,UIY. ingin bertanya:Cara tiknik dalam membaca itu ada berapa cara.Terima kasih.Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk buku i. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, ii. Daftar Umum Sebutan Bahasa Baku Bahasa Melayu, iii. Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu. iv. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Buku-buku ini ialah terbitan DBP.Lain-lain24.10.2013
konsep pembelajaran

Assalamualaikum

Secara amnya pembelajaran adalah proses memahami sesuatu yang sebelumnya kita tidak tahu atau faham. Contohnya

(i)   Sebelum belajar kita tidak tahu (faham), tetapi bila telah belajar kita tahu (faham).

(ii)  Sebelum belajar kita tidak boleh buat sesuatu tetapi setelah belajar kita boleh buat.

Jika perkara (i) dan (ii)  di atas berlaku maka proses pembelajaran telah berlaku. Jika sebaliknya iaitu,

(iii) Sebelum belajar kita tak tahu (faham), tetapi selepas belajar kita tmasih ak tahu (faham).

(iV) Sebelum belajar kita tak boleh buat sesuatu tetapi setelah belajar kita tetap tidak boleh buat

Jika perkara (iii) dan (iv) terjadi maka proses pembelajaran tidak berlaku.

Yang saya huraikan di atas adalah konsep asas pembelajaran. Proses pembelajaran terjadi kepada setiap individu lebih kompleks lagi. Ia melibatkan proses kognitif, proses berfikir.

Saudara bolehlah merujuk buku-buku pendidikan yang ada membincangkan konsep pembelajaran. Empat teori Pembelajaran seperti

(i) Behaviourist

(ii) Humanist

(iii) Kognitivist

(iii) Konstructivist

Harap cari artikel ini dan baca dengan faham daripada tidak faham sebelum ini menjadi faham selepas membacanya supaya proses pembelajaran berlaku. Jika setelah membaca perkara tersebut masih lagi tidak faham maka proses pembelajaran belum lagi berlaku. Pastikan proses pembelajaran berlaku iaitu dengan membaca beberapa artikel atau buku sehingga faham.

Lain-lain28.03.2010
Salam... Bagaimanakan proses/tatacara dalam menerbitkan buku ilmiahmelalaui DBP..Apakah syarat-syarat yang dikhendaki?

Proses penerbitan buku ilmiah sama seperti proses penerbitan buku judul am. Tuan boleh menghantar manuskrip yang lengkap kepada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk diusahakan oleh Bahagian Penerbitan yang sesuai. Syarat manuskrip lengkap ialah ia mengandungi:

(i)   bahan awalan

(ii)  bahan teks

(iii) bahan akhiran 

Untuk mengetahui lebih lanjut akan maklumat yang perlu ada dalam setiap bahan itu, tuan boleh merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan DBP. Setiap halaman manuskrip perlu diberikan nombor secara berturutan.

Setiap manuskrip yang dihantar ke DBP akan melalui beberapa peringkat penilaian dan hanya jika didapati sesuai baru boleh diterbitkan oleh DBP. 

Lain-lain26.05.2009
TERANGKAN PERBEZAAN PENGGUNAAN 'UNTUK' DAN 'BAGI' CONTOH i) Untuk menjawab soalan itu sila ke kaunter hadapan. ii) Bagi menjawab soalan itu sila ke kaunter hadapan. Ayat i atau ayat ii yang betul? atau kedua-duanya betul?Penggunaan untuk dan bagi hampir sama sahaja, untuk melihat perbezaannya lihat makna kedua-dua perkataan tersebut; UNTUK bermaksud: 1. ditentukan (disediakan) bagi, merupakan bahagian (seseorang dll) 2.guna, bagi, buat: . (digunakan, dipakai) sebagai, dijadikan, supaya menjadi atau dijadikan: 4. (bermaksud) hendak 5. diberikan, dihantar) kepada 6. (melakukan, mengerjakan sesuatu) ; BAGI bermaksud untuk, buat, guna: buku ini sebenarnya ~ adikmu; b) untuk (drpd pihak): ~ kami, itu yg sesenang-senangnya; c) untuk, sebagai. Untuk/bagi menjawab soalan itu sila ke kaunter hadapan. untuk/bagi dlm ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa10.08.2007
12345678910...

Kembali ke atas