| Assalamualaikum& salam sejahtera, saya ingin bertanya bagaimana untuk membezakan kata majmuk dan frasa? | Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaiakan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Contohnya, jalan raya, daya serap, campur aduk, tunjuk ajar dan ambil alih. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang unsur antara unit-unitnya. Frasa pula merupakan satu kata atau lebih yang dapat bertugas sebagai subjek, predikat atau objek dalam pembinaan sesuatu ayat seperti buku dalam ayat. Contohnya, Saya membaca buku. 1. Daun kering - Frasa nama 2. Bilik muzik - Kata nama 3. Buah pinang - Kata nama 4. Bertempuk tangan - Kata kerja 5. Sedang bernyanyi - Kata kerja 6. Sangat Suka - Kata adjektif 7. Di taman - Frasa sendi nama 8. Seekor rama-rama - Kata nama | Tatabahasa | 26.07.2018 |
| Makna Kata Majmuk. | Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk lazimnya dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, tidak boleh disisipkan dengan sebarang unsur antara unitnya. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kecualian kata majmuk yang ditulis bercantum berdasarkan penggunaannya yang sudah mantap. Contoh bentuk lazim: jalan raya, daya serap. Contoh bentuk kecualian: warganegara, Bumiputera, Kakitangan. (untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman:54-55). | Tatabahasa | 14.09.2020 |
| Bagaimana hendak membezakan antara kata majmuk dengan frasa?1) daun kering ,bilik muzik, buah pisang digolong dalam frasa atau kata majmuk? 2) bertepuk tangan, sedang bernyanyi,sangat suka,di taman, seekor rama-rama digolong dalam frasa atau kata majmuk? Minta buat penjelasan...terima kasih | Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaiakan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Contohnya, jalan raya, daya serap, campur aduk, tunjuk ajar dan ambil alih. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang unsur antara unit-unitnya. Frasa pula merupakan satu kata atau lebih yang dapat bertugas sebagai subjek, predikat atau objek dalam pembinaan sesuatu ayat seperti buku dalam ayat. Contohnya, Saya membaca buku. 1. Daun kering - Frasa nama 2. Bilik muzik - Kata nama 3. Buah pinang - Kata nama 4. Bertempuk tangan - Kata kerja 5. Sedang bernyanyi - Kata kerja 6. Sangat Suka - Kata adjektif 7. Di taman - Frasa sendi nama 8. Seekor rama-rama - Kata nama | Tatabahasa | 09.09.2017 |