| SAYA SEDANG MENCARI BUKU SKRIP DRAMA ISLAM KANAK-KANAK UNTUK KERJA KURSUS ISTERI SAYA YANG SEDANG MENUNTUT DI USM | Saudara boleh merujuk bahan ini. : 1. Ke Pintu Kaliq / Mahizan Hussain :DBP : 2004 2. Mariam Annisa / Mahizan Hussein : DBP: 2004 | Lain-lain | 08.08.2008 |
| Bagaimana cara cara menulis skrip pendek dalam bahasa Inggeris yang bertemakan misteri dan legenda dan formatnya? | Saudara boleh mendapatkan buku-buku yang berkenaan atau menghubungi pusat bahasa di IPTA/IPTS. | Lain-lain | 11.03.2010 |
| Assalamu'alaikum Warahmatullah. Bagaimana sekiranya saya memiliki skrip buku terjemahan, dan berminat untuk dinilai oleh DBP. Jika diterima saya amat berbesar hati jika pihak DBP bersedia mencetak dan menerbitkannya. Bagaimanakah caranya. Terima kasih | Wkm salam wbkt. Fungsi penterjemahan dan penerbitan buku terjemahan sekarang ini dilaksanakan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM). Oleh itu, tuan bolehlah menghubungi pihak ITBM untuk tujuan tersebut. | Lain-lain | 25.03.2012 |
| Bagaimana nak hantar karya spt koleksi sajak..pantun..atau koleksi skrip pengacara berasaskan majlis.?kalau skrip boleh atau tidak diterbitkan? | Assalamualaikum Puan Norish. Berhubung pertanyaan puan seperti di atas, saya mencadangkan puan menghubungi Bahagian Buku Sastera atau Bahagian Majalah. Puan boleh berurusan dengan Hajah Zaiton Ismail, Ketua Editor Bhg. Buku Sastera (03-21479697) atau e-mel (zaiton3@dbp.gov.my) dan Encik Azmi Ibrahim, Ketua Editor Bhg. Majalah (03-21479449) atau melalui e-mel (azmi@dbp.gov.my). Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 27.04.2018 |
| Assalamaualaikum & salam 1 Malaysia, Saya ingin bertanyakan soalan tentang cara-cara untuk penerbitan buku kerana saya sudah mempunyai skrip penulisan cerita hasil karya saya sendiri. Untuk pengetahuan tuan/puan genre buku saya adalah berkaitan tentang kisah teladan kanak-kanak. Justeru itu, saya ingin menerbitkan himpunan cerita-cerita kanak ini dalam bentuk buku sebagai teladan kepada kanak-kanak sekarang. Persoalan saya disini, saya baru hendak mula menerbitkan buku, jadi saya tidak tahu cara sebetulnya kemana skrip ini harus dihantar untuk dinilai?? dan adakah saya perlu mengeluarkan sebarang kos dalam penerbitan buku saya ini? Mohon bantuan daripada tuan/puan atas masalah saya ini. | Anda perlu menghantar cadangan penulisan(contoh penulisan dan maklumat diri) atau manuskrip lengkap untuk penilaian pihak kami. Anda tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk penerbitan karya anda termasuk menyediakan lukisan. Sila hantar karya anda ke alamat berikut: Ketua Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja(PURNAMA), Tingkat 21, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur | Lain-lain | 12.06.2010 |
| Sudahkah DBP menerbitkan antologi cerpen yang dihasilkan melalui peraduan menulis cerpen sempena Hari Guru pada tahun 2007 hingga 2009? Saya adalah salah seorang penulis cerpen itu dan berharap dapat memperolehi sebuah buku antologi cerpen itu. Bolehkah saya ingin menyertai hanya peraduan menulis novel saja tapi tidak peraduan menulis skrip drama yang dianjurkan oleh DBP itu? | Saya mohon maaf sekiranya terpaksa bertanya kepada saudara penganjur sebenar peraduan menulis cerpen sempena Hari Guru 2007 - 2009, kerana Dewan Bahasa dan Pustaka rasanya tidak ada menganjurkan peraduan tersebut. Boleh saudara memberikan nama bahagian yang menganjurkan peraduan tersebut dan nama pegawai yang perlu dihubungi. Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan menyatakan mereka tidak pernah menganjurkan peraduan tersebut. Ya, saudara boleh menghantar novel sahaja dan tidak perlu menghantar skrip drama untuk peraduan menulis novel dan skrip drama anjuran Pusat Penyelidikan Pengembangan dan Penyelidikan Sastera Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 12.07.2010 |
| SAYA INGIN MENGETAHUI MENGENAI KONSEP DRAMA PENTAS DAN KAEDAH MENULIS SKRIP DRAMA PENTAS YANG MENGAMBIL MASA 30 MINIT PEMENTASAN. SAYA HARAP PIHAK TUAN DAPAT MEMBANTU SAYA DALAM MASALAH INI. | Konsep drama pentas adalah bergantung kepada pemilihan pengarang sama ada menghasilkannya dalam aliran realisme, absurd, surealis atau lain-lainnya. Jadi konsep tersebut berdasarkan pemilihan aliran ini kerana setiap aliran mempunyai ciri-ciri tertentu dalam bentuk penulisan dan pementasannya. Saudara boleh merujuk buku-buku drama seperti Drama-drama Pilihan Usman Awang untuk aliran realisme, Angin Kering (karya Johan Jaaffar) untuk aliran absurd, Yang Menjelma dan Menghilang (karya Anwar Ridhwan) untuk aliran surealis dan sebagainya. Untuk kaedah penulisan drama pentas, kami telah menyediakannya dalam laman DBP dan saudara bolehlah merujuk makalah dalam laman tersebut. | Lain-lain | 02.05.2007 |
| SAYA HENDAK MENCARI BIODATA PENULIS CERPEN "ISRAK"IAITU PENGARANG ERDA ROSLAN KHAIRI DAN JUGA CERPEN " BIARKAN SAMUDARA" PENGARANG RAIHANAH SALLEH. KEDUA-DUA CERPEN INI MERUPAKAN CERPEN YANG TERDAPAT DALAM BUKU KOMSAS TINGKATAN EMPAT IAITU ANTOLOGI HARGA REMAJA. UNTUK MAKLUMAN, BUKU INI MERUPAKAN KELUARAN DBP.PERTOLONGAN DARIPADA PIHAK DBP SAYA UCAPKAN TERIMA KASIH. | Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Biodata Raihanah Saleh adalah seperti yang berikut: Raihanah Salleh dilahirkan pada 29 januari 1965 di Dungun, Terengganu. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Mida Pendidikan Bahasa Malaysia dari Universiti Putra Malaysia dan kini mengajar di Sekolah Menengah Agama Khairiah Kuala Terengganu. Beliau amat meminati bidang penulisan dan banyak menghasilkan karya seperti cerpen, novel dan skrip drama radio. Cerpen beliau juga tersiar dalam antologi cerpen Riak Kabus Danau Maninjau, Talian Kasih, Wacana Hitam Putih, Sayang Sufi, Kasut Hitler dan Sesudah Senja. Beliau juga pernah menghasilkan novel remaja, Kotak Rahsia Ismah. Beliau turut aktif menyertai peraduan dan sayembara penulisan. Antara penghargaan yang diperolehnya ialah Hadiah Utama Peraduan Novel Kanak-Kanak anjuran Jabatan Alam Sekitar 1995, Hadiah Utama Cerpen Dewasa anjuran Utusan-Public Bank 1995, Hadiah Penghargaan Cerpen Esso-Gapena 1995, Hadiah Utama Cerpen Remaja anjuran Utusan-Public Bank 1996, Hadiah Penghargaan Cerpen dewasa anjuran Public Bank 1997, Hadiah Pertama Cerpen Hari Guru anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu 1996 dan 1997, Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja Utusan 2000, Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja Utusan 2001, Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja Utusan 2002, Hadiah Penghargaan Skrip Drama Radio anjuran IKIM 2005 dan Hadiah Pertama Skrip Drama Radio anjuran RTM Perlis dan Jabatan Kesihatan Perlis 2008. Biodata Erda Roslan Khairi pula tiada dalam simpanan kami, harap maaf. | Lain-lain | 31.07.2010 |
| Tuan, adakah ayat-ayat di bawah ini gramatis? Mulut pelakon itu kumat-kamit menghafal skrip sebelum penggambaran dijalankan. Dompet itu diperbuat daripada kulit ikan pari. Encik Mahendran berbual-baul dengan rakan sekerja sementara menanti kedatangan ketuanya untuk bermesyuarat. Kakinya bengkak kerana disengat oleh seekor lebah. Guru besar dan guru-guru sedang berbincang tentang masalah disiplin para pelajar. Buku nota yang dibeli tadi ada pada Leong Man. Ibu sedang menjerang air menggunakan cerek yang baru dibelinya di pasar raya. Nelayan tua itu tidur bertilamkan tikar mengkuang lusuh untuk menghilangkan penat selepas seharian di laut. Mak Tijah tidak menduga anaknya yang lemah dalam pelajaran dahulu kini bergelar siswazah. Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah belakang parang sekali pun kalau diasah akan tajam juga | 1. Bibir pelakon itu kumat-kamit menghafal skrip sebelum penggambaran dijalankan. 2. Dompet itu diperbuat daripada kulit ikan pari. 3. Encik Mahendran berbual-baul dengan rakan sekerja sementara menanti kedatangan ketuanya untuk bermesyuarat. 4. Kakinya bengkak kerana disengat oleh seekor lebah. 5. Guru besar dan guru-guru sedang berbincang tentang masalah disiplin pelajar. 6. Buku nota yang dibeli tadi ada pada Leong Man. 7. Ibu sedang menjerang air menggunakan cerek yang baru dibelinya di pasar raya. 8. Nelayan tua itu tidur bertilamkan tikar mengkuang lusuh untuk menghilangkan penat selepas seharian di laut. 9. Mak Tijah tidak menduga anaknya yang dahulunya lemah dalam pelajaran, kini bergelar siswazah. 10. Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah belakang parang sekalipun, kalau diasah akan tajam juga. | Tatabahasa | 13.05.2020 |
| Adakah DBP mempunyai garis panduan atau format bagi menyediakan novel, cerpen, puisi atau skrip drama? Sekiranya ada, bagaimana dapat saya mengakses maklumat tersebut? | Penulisan kreatif seperti cerpen, novel dan drama adalah satu bentuk penulisan yang subjektif. Justeru itu tidak ada suatu format atau garis panduan yang tegar. Namun, sebagai asas penulisan, konsep berikut biasa menjadi panduan umum, iaitu 1) tema/persoalan, 2) watak/perwatakan, 3) plot, 4) sudut pandangan, 5) latar waktu, tempat dan budaya, dan 6) gaya bahasa. Untuk makluman saudari, DBP tidak ada mengeluarkan garis panduan atau format dalam menulis karya kreatif cerpen, novel dan drama tetapi DBP telah banyak menerbitkan buku panduan penulisan kreatif seperti Persedian Menulis Cerpen oleh Othman Puteh, Penulisan Cereka Cerpen oleh Jais Sahok, Panduan Menulis Novel Remaja oleh Othman Puteh dan lain-lain. Insya-Allah, buku-buku tersebut boleh menjadi panduan dalam penulisan yang saudari maksudkan. | Lain-lain | 25.05.2010 |