Saya ingin menanyakan ejaan yang betul untuk bulan-bulan kalendar islam contohnya bulan safar.adakah ada satu "safar" atau 2 "saffar"?kalau boleh, untuk semua bulan dalam kalendar islam. | Ejaan yang betul ialah Safar. Untuk menyemak ejaan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau layari http://prpm.dbp.gov.my. | Ejaan | 17.03.2010 |
Saya merujuk penggunaan perkataan dalam 'RUKUN NEGARA' PELITA BAHASA Mei 2011 m.s.54 (dan dalam keluaran bulan-bulan terdahulu) 1. bolehkah perkataan 'di kalangan' telah diubah menjadi 'dalam kalangan' (dot pertama) 2. 'di mana' (dot kedua) masih dikekalkan? 3. 'bersama' (dot ketiga) kenapa tidak 'bersama-sama' 4. perkataan 'bersama' - tertinggal dalam RUKUN NEGARA tulisan jawi (DOT 3) | Untuk makluman saudara, ketiga-tiga perkataan/frasa tersebut disalin dan dikekalkan ejaannya seperti teks asal Perisytiharan Rukun Negara. Walau bagaimanapun tidak semua perkataan/frasa tersebut betul dari aspek tatabahasa. Frasa 'dalam kalangan' adalah lebih penggunaannya daripada 'di kalangan' kerana kata di digunakan di hadapan kata nama yang merujuk tempat dan masa, sedangkan kalangan bermaksud lingkungan atau golongan (tiada kaitan dengan tempat atau masa). Frasa 'di mana' tidak digunakan dalam ayat penyata, sebaliknya digunakan dalam ayat tanya yang merujuk tempat. Perkataan 'bersama' sama maknanya dengan 'bersama-sama'. Terima kasih atas makluman tuan dalam soalan ke-4 dan hal ini akan saya kemukakan kepada pihak yang berkenaan. | Tatabahasa | 16.05.2011 |
Salam tuan, bulan membaca ke bulan bacaan atau bulan baca, sekolah memasak ke sekolah masak atau sekolah masakan? | Perkataan yang betul ialah bulan membaca dan sekolah memasak. | Tatabahasa | 10.02.2011 |
Bulan Bahasa dahulunya diadakan pada bulan September. Mengapa sekarang ii telah ditukarkan kebulan Oktober | Bulan Bahasa Kebangsaan adalah kesinambungan kepada Bulan Bahasa dan Sastera Negara(BBSN). Ia mula diperkenalkan pada tahun 1999 dengan tujuan untuk membina jati diri dan memperteguh perpaduan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera. Bahasa dan sastera perlu berperanan sebagai unsur yang dapat membentuk peribadi, menyuburkan nilai murni, memantapkan rasa kesamaan dan mengeratkan perpaduan dalam jiwa setiap warga merdeka. Bermula tahun 2009, program BBK diadakan pada bulan Oktober kerana bulan Ramadan jatuh pada bulan September. | Lain-lain | 27.10.2010 |
Hujan yang tidak turun ----------- bulan Januari ------------ akhir bulan Mac telah menyebabkan musim kemarau. A. daripada..... hingga B. sejak ..... kepada | Jawapan yang betul ialah Hujan yang tidak turun dari bulan Januari hingga akhir bulan Mac telah menyebabkan musim kemarau. | Lain-lain | 11.08.2010 |
peribahasa pungguk rindukan bulan atau pungguk merindukan bulan | Dalam kebanyakan pantun dalam buku 'Kurik Kundi, Merah Saga' (Koleksi Pantun) mengungkapkan seperti yang berikut: 1. Seperti pungguk rindukan bulan 2. Macam pungguk rindukan bulan 3. Laksana pungguk rindukan bulan Tetapi dalam contoh yang diberikan dalam KD4: 1.Seperti pungguk merindukan bulan. | Lain-lain | 20.02.2009 |
Assalamualaikum Dewan Bahasa, saya ingin bertanya bagaimanakah cara untuk menghantar makalah (esei), bercorak kebahasaan dan liinguistik untuk disiarkan ke dalam Dewan Bahasa? | Tuan Qhay, kirimkan makalah tersebut melalui e-mel kepada saya, zaidi_i@dbp.gov.my . Sekiranya bersesuaian, akan disiarkan dalam terbitan bulan-bulan berikutnya. | Lain-lain | 11.05.2012 |
Tuan, bulan hanya satu, kenapa dia bukan kata nama khas ? sekian, terima kasih! Lim | Bulan mempunyai banyak makna yang menyebabkan ia bukan dalam golongan kata nama khas. Bulan bukan sahaja satelit semula jadi bumi yg bergerak mengelilingi bumi sekali dlm 28 hari, dan bersinar pada waktu malam oleh cahaya yang dibalikkan dari matahari tetapi mempunyai banyak makna yang lain. Sila rujuk bulan">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bulan untuk makna bulan yang lain. | Tatabahasa | 13.01.2013 |
1) Bulan Ramadan atau bulan Ramadhan? 2) Redha atau reda? | Ejaan yang betul ialah Ramadan dan reda. | Ejaan | 20.02.2012 |
bilakah sambutan bulan bahasa kebangsaan pertama kali diadakan? | Bulan Bahasa Kebangsaan adalah kesinambungan kepada Bulan Bahasa dan Sastera Negara(BBSN). Ia mula diperkenalkan pada tahun 1999 dengan tujuan untuk membina jati diri dan memperteguh perpaduan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera. Bahasa dan sastera perlu berperanan sebagai unsur yang dapat membentuk peribadi, menyuburkan nilai murni, memantapkan rasa kesamaan dan mengeratkan perpaduan dalam jiwa setiap warga merdeka. Bermula tahun 2009, pelancaran BBK diadakan pada bulan Oktober. Untuk keterangan lanjut tentang Bulan Bahasa Kebangsaan sila layari laman Facebook Bulan Bahasa Kebangsaan dan laman sesawang rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 12.10.2010 |