Bulan Bahasa dahulunya diadakan pada bulan September. Mengapa sekarang ii telah ditukarkan kebulan Oktober | Bulan Bahasa Kebangsaan adalah kesinambungan kepada Bulan Bahasa dan Sastera Negara(BBSN). Ia mula diperkenalkan pada tahun 1999 dengan tujuan untuk membina jati diri dan memperteguh perpaduan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera. Bahasa dan sastera perlu berperanan sebagai unsur yang dapat membentuk peribadi, menyuburkan nilai murni, memantapkan rasa kesamaan dan mengeratkan perpaduan dalam jiwa setiap warga merdeka. Bermula tahun 2009, program BBK diadakan pada bulan Oktober kerana bulan Ramadan jatuh pada bulan September. | Lain-lain | 27.10.2010 |
Jawapan yang manakah betul ? 2 I Sambal nasi lemaknya itu panas kerana terlebih cili. II Cuaca sepanjang bulan April diramalkan panas. III Mak Limah panas dengan kerenah anak cucunya yang ramai itu. IV Berita panas itu menjadi tajuk utama akhbar tempatan dan luar Negara. A I dan II B I dan III C II dan III D I I dan IV | Sdr. jawapan yang betul ialah D- ii dan iv. | Tatabahasa | 11.09.2007 |
1. Encik Zulkifli menanam pokok jagung di belakang rumahnya ________ menanti kolam ikan yang akan diusahakannya siap beberapa bulan lagi. A. lalu B. Sambil C. kerana D. sementara 2. Pilih ayat yang betul. A. Abang telah menyuapkan sejemput nasi di mulut adik. B. Kakak telah menerima sepucuk dari Universiti Malaya. C. Tok Seman telah memberi makanan ke kambing-kambingnya. D. Pelukis itu telah mempamerkan lukisannya pada dinding galeri itu. 3. Pilih ayat yang betul. I. Kamu tidak menghadir mengapakah? II. Yang berambut panjang itu abang kamu? III. Di manakah kamu simpan pakaian kamu? IV. Apakah semua cerita yang saya dengar itu benar? A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV 4. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "mengikut" dengan betul. I. Kenderaan berat tidak dibenarkan mengikut laluan itu. II. Asri memetik jari mengikut alunan muzik. III. Zahari mengikut sahaja apa-apa arahan majikannya. IV. Syahirah mengikut jawapan rakannya semasa ujian itu. A. I, II dan III sahaja B. I, III dan IV sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II dan IV sahaja Terima kasih. | Jawapannya ialah 1. sementara. 2. D. 3. II.III, IV. | Tatabahasa | 08.04.2010 |
1. Encik Zulkifli menanam pokok jagung di belakang rumahnya ________ menanti kolam ikan yang akan diusahakannya siap beberapa bulan lagi. A. lalu B. Sambil C. kerana D. sementara 2. Pilih ayat yang betul. A. Abang telah menyuapkan sejemput nasi di mulut adik. B. Kakak telah menerima sepucuk dari Universiti Malaya. C. Tok Seman telah memberi makanan ke kambing-kambingnya. D. Pelukis itu telah mempamerkan lukisannya pada dinding galeri itu. 3. Pilih ayat yang betul. I. Kamu tidak menghadir mengapakah? II. Yang berambut panjang itu abang kamu? III. Di manakah kamu simpan pakaian kamu? IV. Apakah semua cerita yang saya dengar itu benar? A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah 1. D-sementara, 2. D-Pelukis itu telah mempamerkan lukisannya pada dinding galeri itu., 3. C-II Yang berambut panjang itu abang kamu? dan III Di manakah kamu simpan pakaian kamu? | Lain-lain | 12.04.2010 |
Salam, benarkah penggunaan "justeru" dalam ayat ini "Saim akan menduduki UPSR, justeru dia membuat persiapan yang rapi." Sekian, terima kasih. | Justeru membawa dua makna, iaitu i: Justeru bernakna kebetulan, tepat, kena benar; dan ii: malahan, bahkan. Penggunaan yang tepat dalam konteks ayat tersebut ialah "oleh Itu". Saim akan menduduki UPSR pada bulan September ini. Oleh itu, dia perlu membuat persiapan yang rapi. | Tatabahasa | 17.05.2013 |
salam.... saya berminat untuk menghantar manuskrip pertama saya ... sebelum itu terlebih dahulu saya ingin mengetahui berapa lama kah proses masa yang diambil dari tarikh penerimaan manuskrip sehingga ke penerbitan ... saya ada layari laman web dbp dan melihat ada manuskrip yang sudah lebih setahun dihantar tapi masih lagi didalam status pembinaan . .... soalan kedua ... berapakah purata bayaran royalti yang dikeluarkan olh pihak dbp kepada penulis dan bagaimana dan bila kah bayaran tersebut dikeluarkan ... terimakasih dan saya berharap soalan soalan ini tidak menyinggung pihak dbp .. | Saudara, (i) Tempoh penerbitan sesebuah manuskrip mengikut Piagam Pelanggan DBP ialah dalam tempoh kurang sembilan (9) bulan selepas manuskrip lengkap diterima. (ii) Bayaran royalti kepada penulis akan diberi sebanyak 12% untuk buku umum. Bayaran 50% akan dibuat sebaik sahaja buku terbit dan dicetak sepenuhnya mengikut jumlah cetakan yang diluluskan. Selebihnya 50% lagi akan dibayar berdasarkan jualan. Diharap saya menjawab pertanyaan saudara. Terima kasih. | Lain-lain | 27.08.2010 |