Apakah ejaan sebenar bagi bulan puasa. Adakah Ramadan atau Ramdhan. Harap membantu saya | Ejaan yang baku ialah Ramadan. | Ejaan | 02.08.2008 |
Apakah ejaan yang sebetulnya bagi bulan puasa? 1 Ramdhan 2 Ramadhan 3 Ramdan 4 Ramadan | Ejaan yang betul ialah Ramadan | Ejaan | 18.05.2016 |
Saya ingin bertanya tentang maksud peribahasa “Bagai cendawan selepas hujan" | Bagai cendawan selepas hujan bermaksud sesuatu perkara yang wujud dengan banyaknya dalam waktu singkat. Contohnya :Dalam bulan puasa banyak gerai menjual makanan dibina seperti cendawan tumbuh. | Lain-lain | 06.10.2014 |
Assalamualaikum. Saya ada beberapa soalan seperti berikut: (1) Terjemahan “lailahailallah”, Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah. Adakah Allah dieja “Tuhan” atau “tuhan”? (2) Adakah lafaz niat puasa berikut betul mengikut tatabahasa, “Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala” (3) Mana satu yang betul, “Amalan sunat di bulan Ramadan” atau “Amalan sunat pada bulan Ramadan”. Terima kasih. | Penggunaan kata dan ayat yang betul: 1. Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah. 2. "Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala" - Ayat ini betul. 3. Amalan sunat pada bulan Ramadan. | Tatabahasa | 24.03.2025 |
Lebaran diertikan Kamus Dewan Perdana hanya untuk Hari Raya Puasa. Kamus Dewan Ke-4 menyertakan Lebaran untuk Hari Raya Haji juga. Adakah Lebaran hanya untuk 1 Syawal? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Dewan Perdana maksud lebaran ialah hari yang dimuliakan dan dirayakan oleh umat Islam pada 1 Syawal setiap tahun Hijrah, setelah selesai berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadan, dan diwajibkan mengeluarkan zakat fitrah. Kata lainnya Aidilfitri, Hari Raya Puasa atau Hari Raya Aidilfitri. Jika Hari Raya Haji atau Hari Raya Aidiladha disebut Lebaran Besar atau Lebaran Haji di Indonesia. | Makna | 05.04.2024 |