Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Syawal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
raya (adjektif)
1. Bersinonim dengan besar: gedang

2. Bersinonim dengan umum: awam

Kata Terbitan : merayakan, perayaan,

Puisi
 

Ada kolah pada masjid,
     Tempat budak sembahyang raya;
Tengah malam bintang terbit,
     Bulan juga membawa cahaya.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jika saya ingin menggunakan perkataan ramadan atau raya sahaja dan bukannya bulan ramadan atau hari raya, adakah ianya dalam huruf besar atau kecil. contoh: sambutan raya atau sambutan Raya. juadah ramadan atau juadah Ramadan?"Ramadan" ialah kata nama khas dan dieja dengan huruf besar, manakala "raya" ialah kata nama am dan dieja dengan huruf kecil. Perkataan "raya" merujuk hari raya banyak digunakan dalam bahasa percakapan. Dalam konteks rasmi hendaklah ditulis dalam frasa dan ejaan yang betul, seperti sambutan hari raya. Walau bagaimanapun, duit raya dan kad raya diterima sebagai perkataan yang standard.Ejaan28.02.2024
Maklum balas Khidmat Nasihat - tiada istilah khusus untuk "Supermoon". Bulan purnama bermaksud bulan bulat penuh pada 15hb. Purnama raya bermaksud purnama yang sebulat-bulatnya. Kamabng/ambang bermaksud terapung. Fenomena Supermoon "moon is full at its closest point to the Earth" bermaksud bulan mengambang kelihata terdekat dengan bumi. Jika purnama bermaksud bulan yang bulat benar, dan kambang berkmasud terapung seoalah-olah mengapung di udara (bukan angkasa). Bolehkah supermoon itu disesuaikan istilahnya dengan purnama ambang? Setitdak-tidaknya bahsa Melayu mempunyai istilah tertentu untuk supermonn.Berdsarkan semakan kami "supermoon" ialah fenomena bulan penuh sama seperti full moon, hanya yang berbeza fenomena "supermoon" bulan kelihatan lebih besar kerana faktor jarak bulan dengan bumi. Pada ketika ini terjemahan "supermoon" dikekalkan kepada bulan penuh (supermoon) dan diletak dalam kurungan perkataan bahasa sumbernya bagi mengelakkan kekeliruan dengan terjemahan full moon. Perkara ini telah dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP untuk mendapatkan istilah yang tepat bagi fenomena tersebut.Istilah14.07.2022
Salam, Saya bertanya bagi pihak Hakuhodo Advertising mengenai sebuah iklan radio yang sedang kami usahakan untuk sambutan Hari Merdeka dan Hari Raya yang akan datang pada bulan Ogos. Soalan saya adalah: 1. Bolehkah kita menyebut 'Selamat Hari Merdeka-Raya!' untuk iklan radio tersebut (sebagaimana pernah suatu ketika dahulu, perayaan Deepavali dan Raya disebut 'Deepa-Raya'). Bantuan dan nasihat segera pihak DBP amat dihargai. Terima kasih.

Kata merdeka dan raya tidak boleh digabungkan kerana kedua-duanya adalah sambutan yang berbeza, walaupun kita menyambutnya pada tarikh yang hampir sama. Ungkapan yang betul ialah "Selamat Menyambut Hari Merdeka dan Hari Raya".

Istilah07.07.2011
Tuan, adakah peribahasa boleh digunakan pada permulaan ayat ?(cth. Dengan kartu terbuka, keadaan jalan raya yang licin akan menyebabkan kemalangan jalan raya./ Bukannya bersuluhkan batang pisang, bersuluhkan bulan matahari bahawa bolos sekolah merupakan masalah disiplin sekolah.) Sekian . Goik Khai Yong.Tuan, adakah peribahasa boleh digunakan pada permulaan ayat ?(cth. Dengan kartu terbuka, keadaan jalan raya yang licin akan menyebabkan kemalangan jalan raya./ Bukannya bersuluhkan batang pisang, bersuluhkan bulan matahari bahawa bolos sekolah merupakan masalah disiplin sekolah.) Sekian . Goik Khai Yong.
Tidak menjadi kesalahan dalam tatabahasa Melayu untuk memulakan ayat dengan peribahasa, yang penting pastikan peribahasa yang digunakan membawa maksud yang ingin disampaikan.
Tatabahasa22.01.2014
Lebaran diertikan Kamus Dewan Perdana hanya untuk Hari Raya Puasa. Kamus Dewan Ke-4 menyertakan Lebaran untuk Hari Raya Haji juga. Adakah Lebaran hanya untuk 1 Syawal?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Dewan Perdana maksud lebaran ialah hari yang dimuliakan dan dirayakan oleh umat Islam pada 1 Syawal setiap tahun Hijrah, setelah selesai berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadan, dan diwajibkan mengeluarkan zakat fitrah. Kata lainnya Aidilfitri, Hari Raya Puasa atau Hari Raya Aidilfitri.

Jika Hari Raya Haji atau Hari Raya Aidiladha disebut Lebaran Besar atau Lebaran Haji di Indonesia.
Makna05.04.2024
PERMOHONAN LESEN MEMPAMERKAN BANNER HARI RAYA SELAMA 3 BULANUntuk pengesahan iklan, sila layari laman web http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/Lain-lain07.06.2016
1)Setelah enam bulan (melanjut/melanjutkan) pelajaran di luar negara,Mashita merindui keluarganya yang berada di Malaysia. 2)(Sempena/Bersempena dengan) hari raya Aidilfitri pada tahun ini,ayah membeli pakaian baharu untuk kami semua. 3)Pemain badminton perseorangan utama negara telah tewas (di/pada) peringkat separuh akhir dalam kejohanan itu kepada pemain China. Tolong betulkan.Terima kasih.1. Setelah enam bulan melanjutkan pelajaran di luar negara, Mashita merindui keluarganya yang berada di Malaysia.
2. Bersempena dengan hari raya Aidilfitri pada tahun ini,ayah membeli pakaian baharu untuk kami semua.
3. Pemain badminton perseorangan utama negara telah tewas pada peringkat separuh akhir dalam kejohanan itu kepada pemain China.
Tatabahasa15.07.2012
"Perkataan hari bila perlu ditulis dengan huruf besar?"Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama nama tahun, bulan, hari, hari perayaan dan kebesaran, serta peristiwa bersejarah. Contohnya, Hari Raya Aidilfitri, Hari Kebangsaan, Hari Pekerja dan Hari Wesak.Tatabahasa28.08.2013
Betulkah perkataan "melaksanakan" lebih sesuai digunakan untuk perbuatan yang melibatkan kerja-kerja mega seperti projek lebuh raya; manakala lebih sesuai digunakan perkataan "menjalankan" bagi kerja-kerja biasa. Mohon penjelasan pihak KNB.Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, melaksanakan bermaksud sl membandingkan dgn, mengumpamakan sbg, menyamakan: tidak dapat dilaksanakan bulan dan matahari; 2. menjalankan (tugas, rancangan, dll), mengerjakan, menyelesaikan (sesuatu tugas dll):, menjalankan pula bermaksud

mengusahakan sesuatu supaya berjalan atau bergerak: Ia sudah pandai ~ kereta ayahnya. 2 mengerjakan sesuatu tugas; melaksanakan: Tiap-tiap hari ia ~ kerjanya sbg anggota polis. 

Berdasarkan maksud kedua-dua perkataan tersebut, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dan tidak dibezakan oleh kerja-kerja mega dan sebagainya.

Makna12.12.2018

Kembali ke atas