Majlis Penghargaan Pengguna Terbaik Bulanan Perpustakaan KBS @ Pengguna Bulanan terbaik | Pengguna Terbaik Bulanan | Tatabahasa | 14.01.2011 |
definisi perhimpunan bulanan | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, perhimpunan bermakna perihal berhimpun beramai-ramai utk sesuatu tujuan tertentu. Bulanan pula merujuk kepada setiap bulan. Dengan ini perhimpunan bulanan ialah perihal berhimpun untuk tujuan tertentu dan diadakan pada setiap bulan. | Makna | 10.04.2009 |
Salam DBP, Mohon nasihat bagi pilihan ayat yang lebih tepat: - Gabungkan semua pinjaman anda dan ringankan komitmen bulanan. atau - Satukan semua pinjaman anda dan ringankan komitmen bulanan. - Servis perbankan ke muka pintu atau - Servis perbankan di muka pintu Terima kasih | Ayat yang sesuai ialah gabungkan semua pinjaman anda dan ringankan komitmen bulanan. Frasa "servis perbankan ke muka pintu atau servis perbankan di muka pintu" betul dan penggunaan frasa tersebut bergantung pada maksud sesuatu itu begerak atau tidak. Sebagai contoh, kata sendi nama ke digunakan untuk sesuatu yang masih bergerak iaitu "Untuk pergi ke Kundasang, pengunjung perlu melalui perjalanan yang agak mencabar dari Kota Kinabalu". Kata sendi nama di pula digunakan untuk maksud sesuatu itu telah tidak bergerak lagi iaitu "Untuk tiba di Kundasang, pengunjung perlu melalui perjalanan yang agak mencabar dari Kota Kinabalu".
| Lain-lain | 31.12.2015 |
Salam..saya ingin bertanya tentang kata bilangan. Adakah 'harian, mingguan, bulanan, tahunan, jutaan, ribuan dikira sebagai kata bilangan? Sekian, terima kasih. | Perkataan harian, mingguan, bulanan , tahunan tergolong dalam kata bilangan. | Tatabahasa | 23.08.2013 |
adakah ini ayat yang betul? Berdasarkan laporan kerja-kerja pemasangan pewangi, didapati pihak tuan telah terlebih membuat tuntutan bayaran bulanan dari bulan Mei 2015 hingga September 2017. | Ayat yang betul ialah berdasarkan laporan kerja pemasangan pewangi, didapati pihak tuan telah terlebih membuat tuntutan bayaran bulanan dari bulan Mei 2015 hingga September 2017. | Tatabahasa | 01.11.2017 |
Salam. Saya mengambil soalan ini dari ujian bulanan (Mac) anak saya yang berada di tahun 2. Lengkapkan perenggan di bawah ini dengan nilai murni yang sesuai. gotong-royong membantu bersungguh-sungguh bekerjasama membersihkan Sempena Minggu Alam Sekitar, Sekolah Kebangsaan Bandar Utama telah mengadakan aktiviti 1.__ membersihkan kawasan sekolah. Mereka 2.__ kantin, dewan, koridor......Semua murid 3.__ membersihkan kawasan sekolah. Mereka saling 4.__ dan bekerja dengan 5.__. Menjelang tengah hari aktiviti gotong-royong ini tamat. Jawapan yang diberi: 1) gotong-royong 2) membersihkan 3) bekerjasama 4) membantu 5) bersungguh-sungguh Pertanyaan saya: Sekiranya ramai murid yang menjawab 3) membantu 4) bekerjasama..... bolehkah dikira betul? | Jawapan 3) membantu 4) bekerjasama adalah betul penggunaanya tetapi jawapan yang lebih tepat ialah jawapan yang diberikan oleh pihak sekolah. | Tatabahasa | 13.04.2010 |
Adakah Tunas Cipta dan Dewan Pelita majalah yang sama ? Dan dimanakah saya boleh belinya ? Adakah majalah atau buku ini terbitan bulanan ? Akhir sekali bolehkah saya membeli dengan harga promosi, jika buat pesanan untuk setahun ? | Untuk makluman, Tunas Cipta dan Dewan Pelita merupakan dua majalah yang berbeza. Saudara boleh mendapatkan kedua-dua majalah tersebut di Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, mohon hubungi Kedai Buku DBP melalui nombor 03-2147 9636 untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Lain-lain | 16.01.2017 |
Assalamualaikum, Saya ingin memohon bantuan DBP untuk membina frasa yang sesuai dan tepat bagi tugas PENYELARAS MARK SHEET.Penyelaras "Mark Sheet" berperanan menyalaraskan markah peperiksaan pelajar sama ada ujian bulanan mahupun peperiksaan.Saya berpendapat PENYALARAS MARK SHEET boleh ditukar ke bahasa Melayu terutama maksud "mark sheet" itu sendiri.Sesuai tak kalau disebut Penyelaras Helaian Pemarkahan atau Penyalaras Pemarkahan? Terima kasih. | Frasa yang tepat ialah Penyelaras Pemarkahan. | Istilah | 28.07.2009 |
Catatan dalam minit mesyuarat. Betulkah penggunaan ayat. "Mengambil Maklum'. Contoh 1: Mesyuarat mengambil maklum laporan oleh Akauntan Jabatan mengenai status keseluruhan perbelanjaan mengurus untuk setengah tahun 2018. |Contoh 2: Pengerusi mengambil maklum aduan Pegawai Tadbir mengenai kelewatan pegawai mengemukakan tuntutan perbelanjaan bulanan. | Penggunaan kata "mengambil maklum" dalam kedua-dua ayat tersebut betul. Lazimnya minit mesyurat mencatatkan mengambil maklum atau memutuskan.
| Tatabahasa | 25.07.2018 |
salam.saya sedang membuat tesis isu sosial dalam cerpen-cerpen dewan masyaraklat sept 2005 hingga ogos 2006.saya dapati mulai sept 2006,tiada lagi cerpen dalam DM.Apakah sebab cerpen tidak lagi disisipkan dalam DM?TQ | Untuk makluman tuan, kami tidak lagi menerbitkan cerpen dalam majalah Dewan Masyarakat berdasarkan keputusan oleh Ahli Lembaga Pengelola DBP ketika itu kerana majalah Dewan Masyarakat berkonsepkan berita bulanan. | Lain-lain | 01.04.2012 |