Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buli 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Apakah definisi 'pembulian siber' atau cyberbullying dari sudut DBP? 2. Bagaimanakah istilah pembulian siber dibuat? 3. Adakah siber buli, buli siber dan buli secara maya boleh diguna pakai dalam penulisan? Terima kasih.Buli siber merupakan perbuatan menghantar mesej dan imej menerusi telefon pintar atau komputer melalui aplikasi media sosial dengan tujuan untuk bermusuh dan ugutan.Pembentukan istilah bagi buli siber adalah berdasarkan kaedah penyerapan dengan penyesuaian ejaan.Penggunaan perkataan 'maya' lazimnya dipadankan dengan istilah 'virtual'.Istilah04.08.2022
Tuan, A. Ayat manakah di bawah adalah betul? 1. Isu buli hangat diperdebatkan di media massa. 2. Isu buli hangat diperdebatkan dalam media massa. B. Apakah penjodoh bilangan untuk 'jam tangan'? seutas jam tangan atau sebuah jam tangan. Terima kasih. Cik Ong1. Isu buli hangat diperdebatkan dalam media massa.

2. Seutas jam tangan. 
Tatabahasa10.04.2017
Selamat pagi, bolehkan tolong menyelesaikan soalan di bawah ini sebab tidak dapat cari jawapan. 1 kejadian buli pelajar atau kejadian membuli pelajar ? 2 latihan bergayut pada tali atau latihan bergayutan pada tali ? 3 Segak-segak belaka peragawan-peragawan itu. peragawan boleh dikata gandakah? 4 Sungguh indah nian pemandangan. 5 Apakah maksud kata montel ? 6 Pemuda yang ditemui hanyut di laut itu dibawa ke hospital, hanyut boleh digunakan dalan ayat ini ? 7 Apakah maksud kata ramah-tamah ? Terima kasih1. Buli sama maksudnya dengan membuli, kedua-dua ayat tersebut boleh digunakan.
2. Latihan bergayut pada tali.
3. Segak-segak belaka peragawan itu. Tidak perlu digandakan. 
4. Sungguh indah nian pemandangan.
5. Montel bermaksud berisi lagi sihat atau berisi lagi cantik.  
6. Pemuda yang ditemui hanyut di laut itu dibawa ke hospital, hanyut boleh digunakan dalan ayat ini.
7. Ramah-tamah bermaksud sangat ramah.
Tatabahasa10.09.2012
tuan, apakah terjemahan perkataan berikut: 1. verbal bully 2. cyberbullying 3. analytical thinkingUntuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "verbal bullying" dan "cyberbullying" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah buli lisan dan buli siber. Istilah bahasa Melayu untuk "analytical thinking" ialah pemikiran analitis.Istilah01.05.2014
Assalamualaikum, Saya sedang membuat penyelidikan berkenaan 'Cyberbullying in Malaysia'. Persoalan saya: 1) Apakah istilah yang digunapakai oleh DBP dalam mendefinisikan 'cyberbullying' di negara kita? 2) Berdasarkan faktor apakah, definisi atau istilah tersebut dibuat oleh DBP dalam menterjemahkan 'cyberbullying'? 3) Selain daripada siber buli dan buli lisan, adakah DBP mempunyai istilah -istilah yang lain bagi mendefinisikan/menterjermahkan 'cyberbullying'? Terima kasih.

1)    Istilah yang digunakan ialah “pembulian siber”

2)    Istilah tersebut digubal oleh Jawatankuasa Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

3)    Sehingga kini ini, tiada istilah baharu yang merujuk kepada “cyberbullying”. Namun terdapat istilah dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang berkaitan iaitu “hasut maya” atau troll.

Lain-lain27.02.2022
"Dinamik Melonjakkan Keunggulan Kompetitif" Gramatis dan sesuai atau tidak slogan ini. Terima kasih.Ayat yang lebih sesuai ialah "Kedinamikan Memacu Keunggulan" atau "Kedinamikan dan Kompetitif Memacu Keunggulan"

Perkataan melonjakkan adalah kurang sesuai kerana membawa maksud seperti yang berikut:

melonjak:  1. melompat ke atas (dgn kedua­dua belah kaki) utk mencapai sesuatu: ia ~ hendak memetik buah itu; 2. melambung (bola dll): raksa dlm buli-buli itu akan mengembang dan ~ keluar ke dlm batang jangka suhu; 3. ki bercakap sombong, menyombong; cakap ~ cakap besar (meninggi); 4. ki bertambah (tinggi dll): pd masa ke­kasihnya tiba itu perasaan gembiranya ~; melompat naik, meningkat naik dgn tiba-­tiba (harga dll): harga getah ~ naik kerana bekalan getah sangat kurang; dr kerani dia ~ jadi pegawai daerah; harap hendak ~, kopiah pesuk prb kerana hendak hidup mewah habis terjual harta benda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tatabahasa12.10.2019
Tuan, 1. Apakah jawapan untuk ayat di bawah. Masalah buli sering hangat diperdebatkan ____________ media massa. a) di b) dalam 2. Apakah kesalahan istilah bagi ayat-ayat di bawah ini? a) Seseorang itu tidak harus ditegur dengan gelaran yang tidak menyenangkan mereka, lagipun gelaran itu bercanggah dengan keperibadian dan latar belakang individu berkenaan. b) Sesetengah orang akan mengalami histeria apabila menaiki kenderaan lebih-lebih lagi yang pernah terlibat dalam kemalangan. c) Perancangan awal penting untuk menghitung perbelanjaan keluarga agar dapay mewujudkan perbelanjaan secara berhemat. Terima kasih.Soalan 1, jawapannya (b) dalam
Soalan 2, jawapan untuk (a) dan (b) - Istilah yang digunakan adalah betul daripada segi pengunaannya.
 Jawapan untuk (c) lebih tepat disebut sebagai "merancang perbelanjaan"
Tatabahasa17.05.2018
Saya nak tanya, adakah perkataan "antara" dan"antaranya" boleh digunakan pada permulaan ayat? Contoh ayat: "Antara faktor yang menyebabkan gejala buli berlaku di sekolah adalah disebabkan oleh peraturan sekolah yang kurang ketat" .Menurut kata cikgu bm saya, perkataan tersebut tidak boleh diletakkan pada permulaan ayat kerana perkataan itu merupakan kata sendi nama. Namun, kebanyakan bahan bacaan menggunakan perkataan tersebut pada permulaan ayat. Mohon penjelasan pihak DBP. Terima kasih.

Kata “antara” yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan. Kata antara boleh hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Contohnya: 1Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya. 2. Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya. (Rujuk Tatabahasa Dewan halaman 284-285)

Lain-lain13.01.2022

Kembali ke atas