Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.li.bu.li] | بولي٢

Definisi : 1. botol (guci) kecil: ~ dakwat; 2. bahagian (alat) yg menyerupai bal lampu, bebuli: ~ jangka suhu; 3. pundi (gelembung) dlm tubuh manusia (binatang dll) tempat udara (air, saraf, dll); ~ kencing gelembung kencing dlm tubuh; ~ madu pundi yg mengandungi madu pd bunga; ~ udara gelembung tenggorok (pundi yg berisi udara dlm paru-paru). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.li.bu.li] | بولي٢

Definisi : 1 botol kecil. 2 bahagian tubuh manusia dsb yg menggelembung dan berisi sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[bu.li.bu.li] | بولي٢

Definisi : 1 botol kecil. 2 bahagian drpd sesuatu yg menggelembung (dan biasanya berisi sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buli-buli


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi, bolehkan tolong menyelesaikan soalan di bawah ini sebab tidak dapat cari jawapan. 1 kejadian buli pelajar atau kejadian membuli pelajar ? 2 latihan bergayut pada tali atau latihan bergayutan pada tali ? 3 Segak-segak belaka peragawan-peragawan itu. peragawan boleh dikata gandakah? 4 Sungguh indah nian pemandangan. 5 Apakah maksud kata montel ? 6 Pemuda yang ditemui hanyut di laut itu dibawa ke hospital, hanyut boleh digunakan dalan ayat ini ? 7 Apakah maksud kata ramah-tamah ? Terima kasih1. Buli sama maksudnya dengan membuli, kedua-dua ayat tersebut boleh digunakan.
2. Latihan bergayut pada tali.
3. Segak-segak belaka peragawan itu. Tidak perlu digandakan. 
4. Sungguh indah nian pemandangan.
5. Montel bermaksud berisi lagi sihat atau berisi lagi cantik.  
6. Pemuda yang ditemui hanyut di laut itu dibawa ke hospital, hanyut boleh digunakan dalan ayat ini.
7. Ramah-tamah bermaksud sangat ramah.
Tatabahasa10.09.2012

Kembali ke atas