Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. rambut halus pd tubuh manusia dan binatang: ~ betis; ~ kucing; 2. rambut yg berkarang-karang (melekat-lekat) pd burung dll: ~ burung; 3. miang pd tumbuhan-tumbuhan (daun dll); ~ ayam a) bulu pd tubuh ayam; b) penyapu drpd bulu ayam (utk menyapu habuk); c) sj layar; d) sj jahitan; ~ babi a) bulu pd tubuh babi; b) sj teripang yg kulitnya berduri-duri, Echinus spp.; ~ balik bulu yg terbalik (pd ayam); ~ biri-biri bulu biri-biri utk dibuat kain dll; ~ kapas bulu yg halus-halus; ~ keluli besi yg halus-halus dan panjang; ~ kening alis; ~ keras (kasar) bulu pd binatang lunak yg digunakan utk berjalan; ~ kuduk a) bulu pd tengkuk; b) surai (pd kuda, singa); ~ lai daun bulu pd daun; ~ mata bulu pd tepi mata; ~ pahat bulu yg sangat halus pd burung; ~ peka bulu yg lekas merasai sesuatu (pd tumbuhan); ~ roma bulu yg halus pd tubuh manusia; ~ tangkis bola tangkis, badminton; ~ tengkuk bulu kuduk; berganti (bertukar) ~ ki berganti pendirian (sikap dll); memilih (memandang) ~ ki melihat kedudukan (keturunan) orang; memperlihatkan (menunjukkan) ~ ki memperlihatkan tabiat (maksud dll) yg sebenarnya; berdiri (meremang, tegak) ~ tengkuknya (kuduknya) ki berasa ngeri (seram); carik-carik ~ ayam, lama-lama bercantum pula prb orang yg bersaudara (sekaum) itu tidak akan bercerai kerana perselisihan; isi lemak dapat ke orang, tulang ~ pulang ke kita prb yg baik-baik dapat oleh orang, yg tidak berharga bagi kita; terlayang-layang bagai ~ sehelai prb ringan pd pandangan orang kerana hina (anak yatim atau orang dagang);sebulu 1. mempunyai bulu yg sama (serupa); 2. ki sehaluan, sepakat, setuju: ia tidak ~ dgn abangnya;kesebuluan perihal sebulu (sehaluan, setuju, dll): Sunarto bertanya dgn suaranya menampakkan tidak ~nya terhadap Abd. Fakar;berbulu mempunyai bulu; ~ hati tidak baik hati, dengki; ~ mata melihat benci (tidak suka) melihat; kepala sama ~, pendapat berlain-lain prb lain orang lain fikirannya; tiada ~ lagi prb tiada mempunyai apa-apa lagi (sudah miskin sekali). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulu I

Puisi
 

Ayam bulu balik,
     Telur atas para;
Abang baru balik,
     Tidak bawa apa.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Bagai menghitung bulu kambing.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Membandarkan air ke bukit).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, saya ingin mengetahui apakah kata nama yang tepat bagi alat pembersih habuk / bulu ayam yang diperbuat daripada plastik (tapi bukan berbentuk bulu ayam). Saya ingin melabelkan alat tersebut di dalam kelas tapi tidak pasti kata nama yang tepat baginya. cth gambar http://tinyurl.com/dusterhabuk . Sekian, terima kasih.Tidak semua alat diberi nama khusus, ada juga alat yang diberi nama mengikut fungsi seperti penyapu, iaitu alat untuk menyapu. Oleh itu, berdasarkan fungsi alat tersebut digelar pembersih habuk termasuklah yang diperbuat daripada bulu ayam dan sabut.Tatabahasa29.04.2012
Salam sejahtera, Tuan/puan, Sila nyatakan ayat mana yang betul. 1. Badan kucing dilitupi bulu. 2. Badan kucing diliputi bulu. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, maksud liput dan litup adalah seperti yang berikut:

litup bermaksud tertutup (tertudung dan lain-lain) rapat-rapat hingga tidak kelihatan; melitupi - menutupi rapat-rapat, menyelimuti, menyelubungi; terlitup - tertutup (tertudung) rapat-rapat; litupan - (Geo) sesuatu yg melitupi

liput bermaksud  1. berselubung, bertutup, dipenuhi oleh 2. (kiasan) terselindung, tersembunyi; terliput 1. tertutup oleh sesuatu (air dll); 2. termasuk atau terlingkung (dlm sesuatu kawasan dll)

Berdasarkan maksud yang diberikan, kedua-dua perkataan, iaitu dilitupi dan diliputi boleh digunakan.
Makna25.05.2012
Selamat sejahtera, Apakah kata kerja yang betul untuk 'mencukur' bulu kambing?adakah menggunting @ mencabut @ mencukur? Terima kasihKata kerja yang sesuai ialah mencukur, mencukur bulu kambing.Tatabahasa12.03.2013
1)Nenek piah ............. ayam kampung untuk menghilangkan bulu yang halus. jawapan melayur/memasak/membakar/memanggang...jawapan yang manakah sesuai??? 2)keadaan di dalam bilik itu agak kacau kerana perabotnya tunggang langgang...(penggunaan kacau betul atau salah dalam ayat tersebut? 3))Nenek piah ............. ayam kampung untuk menghilangkan bulu yang halus.
melayur-  lebih sesuai

2)keadaan di dalam bilik itu agak kacau kerana perabotnya tunggang langgang.
bersepah/berselerak -lebih sesuai
Tatabahasa03.09.2012
Adakah bulu perindu sama dengan buluh perindu?

Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) memberikan definisi "buluh perindu" sebagai:
1.  sejenis tumbuhan(buluh), Bambusa magica; seruling
2.  bunyi-bunyian yang dibuat daripada buluh yang mengeluarkan bunyi dengan sendirinya apabila ditiup angin
3.  buluh kecil yang menimbulkan bunyi yang merdu apabila ditiup angin

Frasa "bulu perindu" tidak ada dalam PRPM.

Istilah20.11.2013
Salam, apakah istilah Inggeris bagi permainan 'batu seremban'? Betulkah jika saya gunakan 'jackstone'? Dan apakah pula istilah Inggeris untuk permainan 'sepak bulu ayam'? Adakah 'footbal feathers'? Sekian, terima kasih.Merujuk Kamus Dewan Inggeris- Melayu, jackstone ialah batu seremban.

Cadangan padanan untuk sepak bulu ayam ialah kicking the feathers.
Tatabahasa23.01.2013
Salam, betulkah ayat ini? Encik Logan mempunyai beberapa ekor kucing Parsi yang sangat besar dan gebu. Bolehkah kata adjektif 'gebu' digunakan untuk bulu kucing Parsi?Terima kasih.Perkataan gebu dalam ayat di atas tidak sesuai. Gebu merujuk kepada 1. lembut (ubi dll), gembur (tanah); 2. penuh berisi, licin dan halus kulitnya: pipinya yg gebu. Penggunaan perkataan gebu bagi merujuk kepada bulu kucing tidak sesuai.Tatabahasa22.05.2013
Salam Sejahtera, Wujudkah peribahasa "ulat bulu naik daun" atau ia merupakan bahasa percakapan sahaja? Jika wujud mohon jelaskan maskudnya. Terima kasih.Frasa tersebut tidak wujud dalam peribahasa bahasa Melayu.Tatabahasa14.09.2012
Salam sejahtera tuan. Apakah jawapan yang paling tepat bagi soalan yang terdapat dalam lampiran fail? Maklum balas tuan amat dihargai.Peribahasa carik-carik bulu ayam bermaksud perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali.
Jawapan yang paling hamper dengan soalan yang diberi ialah C. Lihat di bawah.

Peribahasa di atas memberikan pengajaran kepada kita supaya tidak...

A.     mengambil kesempatan atas kelemahan seseorang

B.     membuat tipu muslihat untuk menjatuhkan seseorang

C.     mencampuri urusan keluarga seseorang

D.     melakukan perbuatan yang dapat menyalahi hukum alam dan agama

Tatabahasa29.07.2013
apakah maksud babas, sogit dan kepanasan yang terdapat dalam undang-undang Mahkamah Anak Negeri Sabah?

Menurut bahasa sukuan, babas bermaksud putih (warna bulu ayam) atau ayam yang bulunya berwarna-warni. Sogit pula sejenis denda adat yang dikenakan terhadap seseorang untuk memulihkan keharmonian kampun, manakala istilah kepanasan tiada dalam rujukan kami.

Makna19.07.2010
12

Kembali ke atas