Anjing saya bernama Si Putih. Bulunya panjang dan tebal. Bolehkah saya menggunakan "nya" untuk binatang ? Terima kasih. | Merujuk ayat di atas, nya boleh digunakan. | Tatabahasa | 27.04.2010 |
Bolehkah"nya" digunakan untuk haiwan? Contohnya, Si Comel berbulu lebat. Bulunya lembut seperti kapas. | -nya merupakan kata ganti diri orang ketiga. Hanya digunakan pada manusia dan Kata ganti nama Nya yang merujuk kepada Allah hendaklah dieja dengan tanda sempang dan huruf besar seperti di sisi-Nya dan kehendak-Nya. Selain itu -nya juga berfungsi sebagai kata pembeda. Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, misalnya: lajunya - Lajunya ialah 100km sejam. | Tatabahasa | 30.07.2015 |
apakah maksud babas, sogit dan kepanasan yang terdapat dalam undang-undang Mahkamah Anak Negeri Sabah? | Menurut bahasa sukuan, babas bermaksud putih (warna bulu ayam) atau ayam yang bulunya berwarna-warni. Sogit pula sejenis denda adat yang dikenakan terhadap seseorang untuk memulihkan keharmonian kampun, manakala istilah kepanasan tiada dalam rujukan kami. | Makna | 19.07.2010 |
Adakah perkataan 'zebra' boleh digunakan dalam bahasa Melayu utk merujuk kepada kuda belang? Saya keliru keran di dalam Kamus Dewan Eds 4 zebra-lintasan belang tetapi ada perkataan 'zebra' wujud utk merujuk kepada kuda belang dalam maksud perkataan 'hemar' (hémar)-Ar sj kuda yg warna bulunya berjalur-jalur, zebra. | Untuk makluman tuan, dalam data kami, perkataan zebra merupakan bahasa Inggeris dan padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersbeut ialah kuda belang. Kuda belang ialah haiwan ekuin mamalia Afrika yang tangkas dan berkait rapat dengan kuda, tubuhnya berjalur hitam atau perang gelap dengan putih. | Makna | 20.11.2013 |