Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunga I 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat-ayat ini betul. Kalau salah, mengapa ? 1. Bunga-bunga yang ditanam oleh Pak Abu cantik-cantik belaka. 2. Kelvin melompat tinggi di padang sekolahnya. 3. Kelvin membuat lompatan dengan sedaya upaya untuk memenangi acara lompat tinggi. 4. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara-acara yang diadakan seperti lumba lari, lompat jauh dan lompat tinggi. 5. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara lompat jauh, lompat tinggi dan lumba lari yang diadakan.1. Bunga-bunga yang ditanam oleh Pak Abu cantik-cantik belaka. - tidak gramatis kerana penggunaan kata jamak sekali sahaj dalam satu ayat. 
2. Kelvin melompat tinggi di padang sekolahnya. tidak gramatis kerana tinggi ialah kata dajektif dan kata adjektif tidak boleh hadir sebagai objek untuk melengkapkan ayat.
3. Kelvin membuat lompatan dengan sedaya upaya untuk memenangi acara lompat tinggi. - betul
4. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara-acara yang diadakan seperti lumba lari, lompat jauh dan lompat tinggi. tidak gramatis, perkataan acara tidak perlu dijamakkan.
5. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara lompat jauh, lompat tinggi dan lumba lari yang diadakan. - betul
Tatabahasa08.08.2012
Yang manakah betul? 1. Bunga di taman itu cantik-cantik belaka? 2. Bunga di taman itu cantik belaka?Yang betul ialah Bunga di taman itu cantik-cantik belaka.Tatabahasa15.06.2012
Assalaamualaikum, Minta tolong dengan istilah melayu bagi; 1. bunga FORGET-ME-NOT 2. burung KOOKABURRA ... dan pernahkan dewan terbitkan buku tentang nama bunga & burung negara ini? Teriman kasih.

Encik Adli,

Nama bunga 'forget-me-not' tiada padanannya dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun 'burung kookaburra' dieja sebagai burung kokabura dalam bahasa Melayu.

Dewan Bahasa dan Pustaka ada menerbitkan buku Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan yang antaranya memuatkan senarai nama bunga, pokok dan haiwan. buku ini boleh dibeli di Kedai Buku Koperasi DBP, tingkat bawah, Menara DBP.

Lain-lain29.12.2009
Di antara kedua-dua ayat ini, ayat manakah betul : 1. Sejak kematian isterinya, Atan dikatakan patah kandar untuk meneruskan kehidupannya. 2. Sejak kematian isterinya, Atan dikatakan patah semangat untuk meneruskan kehidupannya Adakah ayat ini betul, kalau salah, mengapa. 1. Bunga-bunga yang ditanam oleh Pak Abu cantik-cantik belaka.Patah kandar bermaksud mendapat kemalangan dalam usaha atau pekerjaan terhalang kerana kematian. Patah semangat bermaksud hilang keberanian atau kemahuan untuk berusaha dan sebagainya.
Berdasarkan makna tersebut ayat yang mengandungi frasa "patah semangat" sesuai dengan konteks ayat tersebut.
Tatabahasa02.08.2012
Salam dan selamat pagi, Saya nak tanya... Perlukah kita mengulang perkataan di bahagian depannya?Ayat contoh 1: Dia menanam bunga raya, bunga mawar, bunga orkid dan sebagainya. Ayat contoh 2: Dia menghasilkan kerepek ubi, kerepek pisang, kerepek kentang dan lain-lain. Sekian, terima kasih.Tidak perlu diulangi kata nama tersebut pada setiap kali menyatakan jenisnya yang dinyatakan secara berurutan.Tatabahasa25.01.2013
Yang manakah tepat? 1. Menanam pokok bunga ke dalam pasu. 2. Menanam pokok bunga di dalam pasu. Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah"Menanam pokok bunga di dalam pasu."Tatabahasa26.09.2013
1.Pasu bunga dan gelung simen di taman mini itu saya cat.. 2.banjir besar itu telah menenggelamkan beberapa buah kampung. Minta Bantuan analisis ayat sama ada Betul Atsu Salah..tq..Kedua-dua ayat berikut betul dengan sedikit pindaan.

1. Pasu bunga dan gelung simen di taman mini itu saya cat.
2.Banjir besar itu telah menenggelamkan beberapa buah kampung.
Tatabahasa02.07.2013
Salam, saya ingin bertanya tentang penggunaan kata 'dihias' dan 'dihias dengan'..Betulkah ayat ini? 1. Di bahagian dalamnya pula dihias dengan bunga yang cantik @ 2. Di bahagian dalamnya pula dihiasi dengan bunga yang cantik @ 3. Di bahagian dalamnya pula dihiasi bunga yang cantik. Sekian, terima kasih.Ayat yang gramatis ialah:
1. ... dihias dengan bunga yang cantik.
2. ... dihiasi bunga yang cantik.
Tatabahasa27.12.2012
salam, bolehkah saudara @ saudari nyatakan ayat contoh untuk membezakan 'semua' dan 'kesemua'? Terima kasih.Semua bermaksud sekalian dan segala dan semua juga membawa maksud kesemua, iaitu segenap, setiap, seluruh. Contoh ayat: 1. Bunga itu merah kesemua; 2. Semua orang akan mati.
Tatabahasa04.04.2013
Soalan berikut yang mana satu betul. 1)Ayah menghadiahkan ibu sekuntum bunga? 2)Ayah menghadiahi ibu sekuntum bunga? Harap dapat jelaskan sebab musababnya. Terima kasih.Ayah menghadiahi ibu sekuntum bunga.Tatabahasa12.07.2010
123456

Kembali ke atas