Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunga II;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Harap perbetulkan persepsi perbezaan penggunaan meN--i dengan meN--kan. 1. (Orang) menghiaskan (benda) e.g. (Saya) menghiaskan (meja) itu dengan bunga-bungaan. 2. (Orang) menghiasi (benda) e.g. (Saya) menghiasi (meja) itu dengan bunga-bungaan. 3. (Benda) menghiasi (benda) e.g. (Bunga-bungaan) menghiasi (meja) itu. Jika saudara/i ada logik-logik mudah untuk merungkai penggunaan imbuhan ini, harap berkongsi dengan saya.

Untuk membezakan penggunaan apitan meN-...-kan dengan meN-...-i, seperti dalam ayat contoh yang diberi sila lihat fungsi antara kedua-dua apitan tersebut, iaitu:

i.  Fungsi apitan meN-...-kan menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif. Contohnya: Ali menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad dan Ali menghadiahi Ahmad sebuah basikal.

ii. Apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa, manakala apitan meN-...-i menerima objek yang bernyawa. Lihat contoh di atas.

iii. Bagi sebilangan kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya: Ali sedang membaiki kereta yang rosak dan Ali sedang membaikkan kereta yang rosak.

Tatabahasa18.09.2011
1.Sayur-sayuran yang dijual di Pasar raya Giant sangat segar. 11.Kata-katanya yang tajam itu masih segar dalam ingatan saya. 111.Dia berasa segar setelah mandi. 1V.Bunga mawar itu menjadi segar semula setelah menyirami air. jawapan :II,III &IV. mengapa 1 salah??Ayat yang betul ialah ii. dan iii. Ayat i. mempunyai kesalahan dari segi ejaan, iaitu perkataan "raya" sepatutnya dieja dengan huruf besar, iaitu Raya kerana Pasar Raya Giant ialah nama khas. Ayat iv. mempunyai kesalahan pada perkataan "menyirami". Ayat yang betul ialah: Bunga mawar itu menjadi segar semula setelah disirami air.Tatabahasa23.11.2012
Selamat sejahtera........ Bolehkah saya tanya beberapa soalan mengenai tatabahasa ? 1. I Kampung Jaya landa banjir sejak pagi semalam. II Filem seram itu mereka tonton. III Pokok bunga itu kakak siram. Ayat manakah yang betul ? 2. Bapa membeli sebuah kereta baru? atau Bapa membeli sebuah kereta baharu? Terima kasih..........1. Ayat kedua dan ketiga betul.
2. Kedua-dua ayat tersebut juga betul kerana baru dan baharu sama maknanya dan diterima sebagai terjemahan new.
Tatabahasa06.03.2012
1. Gambar menunjukkan sesorang tukang beca yang membawa penumpang dengan menunggang beca . A) Pak Ali seorang penunggang beca. B) Pak Ali seorang penarik beca. yang mana betul ? 2. Adakah terdapat kesalahan tatabahasa dalam ayat berikut ? i) Bunga mawar itu berbau sungguh harum. ii) Hujan agak lebat pagi tadi.

Yang betul ialah Pak Ali ialah penarik beca. 2. Bunga mawar itu sungguh harum. 3. Ayat tersebut betul.

Tatabahasa23.07.2010
saya ingin tahu yang mana betul serta fungsinya: i. 'diperoleh' atau 'diperolehi' ii. 'mengandung' atau 'mengandungi'Kata terbitan yang betul ialah diperoleh, daripada kata dasar oleh dan menerima awalan diper-... menjadi diperoleh. Mengandung bermakdu membawa sesuatu atau hami. Mengandungi sama dengan mengandungi, iaitu berisi atau memuat seperti Bunga yang mengandung/mengandungi racun.
Tatabahasa15.02.2012
9) Van yang membawa pekerja kilang itu tersengguk-sengguk kerana hampir kehabisan minyak. 10) Ayah telah membeli beberapa tangkai tasbih semasa mengerjakan umrah di Mekah.1. Perkataan tersengguk-senguk tidak sesuai kerana perkataan tersebut bermaksud terangguk-angguk(orang mengantuk).2. Perkataan tangkai tidak sesuai kerana perkataan ini bermaksud i.gagang pada buah ii. penjodoh bilangan untuk bunga.Tatabahasa22.07.2008
Di sini ada beberapa soalan yang ingin ditanya 1. Apakah perbezaan maksud di antara perkataan (a) gedempol (b) gempal (c) gemuk] (i) Mana satu jawapan di atas sesuai dengan saolan di bawah: Kanak-kanak juga sering dikaitkan dengan badan yang ............akibat tabiat makan yang tidak terkawal (ii) Orang yang banyak makan menyebabkan badan mereka menjadi ........... Soalan di bawah mana pilihan yang sesuai 2. Wajah yang (cantik, kacak)bukan ukuran tetapi yang paling penting ialah budi bahasa. 3. Bunga kembang pagi akan berbau (wangi, semerbak ,harum) pada setiap pagi Harap tuan dapat membalas sebelum 25/2/09 sekian terima kasih

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gedempol bermaksud gemuk, gempal  pula bermaksud gemuk sedang (berkenaan tubuh) atau padat berisi dan gemuk - tidak kurus atau besar badan (kerana banyak daging). Bagi ayat yang diberikan perkataan yang sesuai ialah: (i) Kanak-kanak juga sering dikaitkan dengan badan yang gemuk akibat tabiat makan yang tidak terkawal (ii) Orang yang banyak makan menyebabkan badan mereka menjadi gemuk/gempal.

Manakala bagi soalan:

2. Wajah yang cantik bukan ukuran tetapi yang paling penting ialah budi bahasa. 3. Bunga kembang pagi akan berbau wangi/harum) pada setiap pagi.

Makna26.02.2009

Kembali ke atas