| Assalaamualaikum, Minta tolong dengan istilah melayu bagi; 1. bunga FORGET-ME-NOT 2. burung KOOKABURRA ... dan pernahkan dewan terbitkan buku tentang nama bunga & burung negara ini? Teriman kasih. | Encik Adli, Nama bunga 'forget-me-not' tiada padanannya dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun 'burung kookaburra' dieja sebagai burung kokabura dalam bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka ada menerbitkan buku Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan yang antaranya memuatkan senarai nama bunga, pokok dan haiwan. buku ini boleh dibeli di Kedai Buku Koperasi DBP, tingkat bawah, Menara DBP. | Lain-lain | 29.12.2009 |
| Mohon senarai nama bunga yang ada dimalaysia | Saudara boleh merujuk buku Garis Panduan Menamai Jalan, Bangunan, Kawasan Perumahan dan Tempat Awam Edisi Kedua terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, dan Frim. | Lain-lain | 07.03.2008 |
| Assalamualaikum. Adakah himpunan nama-nama indah bagi tempat dan bangunan yang pernah dikeluarkan oleh pihak DBP | Dewan Bahasa dan Pustaka ada menerbitkan buku Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan yang antaranya memuatkan senarai nama bunga, pokok, haiwan dan sebagainya. Buku terbitan DBP boleh dibeli di kedai buku, wakil penjual, ujana DBP atau melalui portal DBP. Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut: •Anjung DBP - 03 2147 9597 / 03 2147 9598 •Kompleks DBP Hulu Kelang - 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp) •DBP Cawangan Sarawak - 082 227000 / 019 8768358 •DBP Cawangan Sabah - 088 439317 / 010 9425569 •DBP Wilayah Timur - 09 7414918 / 014 9180092 atau klik pautan ini : https://dbpniaga.my/
| Lain-lain | 24.08.2022 |
| Saya ingin mendapatkan rujukan bagi saya menamakan ruangan/bilik-bilik di Istana yang mencerminkan imej Istana Negara sebagai institusi Diraja. | Penamaan bilik atau dewan boleh dibuat berdasarkan nama yang berkaitan dengan diraja seperti nama-nama sultan/Yang Dipertuan Agong, nama klasik diĀ istana zaman dahulu, bunga, tumbuhan, bintang, batu permata dan sebagainya bergantung pada konsep yang hendak ditonjolkan. DBP ada menerbitkan buku Garis Panduan Menamai Syarikat, bangunan, kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan sebagai panduan umum dalam penamaan tempat awam. Walau bagaimanapun jika puan memilih untuk menamakan bilik dengan konsep yang tertentu, silalah rujuk buku yang berkaitan. | Lain-lain | 27.06.2012 |
| Saya ingin mendapatkan nama lain yang sesuai untuk menggantikan nama Bilik Jamuan, Bilik Gerakan, Bilik Wawasan dan Kantin di sekolah saya. Saya berharap pihak tuan dapat menyenaraikan beberapa nama yang sesuai bagi menggantikan keempat-empat nama bilik tersebut.Jasa baik tuan amat dihargai. Terima kasih. | Penamaan bilik atau dewan boleh dibuat berdasarkan nama bunga, tumbuhan,buah-buahan,batu-batan, bintang,batu permata dan sebagainya bergantung pada konsep yang hendak ditonjolakan seperti . Sila rujuk buku garis Panduan Menamai Syarikat, bangunan, kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan. | Lain-lain | 04.02.2009 |