bunga yang harum/bunga-bunga yang harum | Frasa 'bunga yang harum' atau 'bunga-bunga yang harum', kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 12.04.2011 |
Adakah ayat-ayat ini betul. Kalau salah, mengapa ? 1. Bunga-bunga yang ditanam oleh Pak Abu cantik-cantik belaka. 2. Kelvin melompat tinggi di padang sekolahnya. 3. Kelvin membuat lompatan dengan sedaya upaya untuk memenangi acara lompat tinggi. 4. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara-acara yang diadakan seperti lumba lari, lompat jauh dan lompat tinggi. 5. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara lompat jauh, lompat tinggi dan lumba lari yang diadakan. | 1. Bunga-bunga yang ditanam oleh Pak Abu cantik-cantik belaka. - tidak gramatis kerana penggunaan kata jamak sekali sahaj dalam satu ayat. 2. Kelvin melompat tinggi di padang sekolahnya. tidak gramatis kerana tinggi ialah kata dajektif dan kata adjektif tidak boleh hadir sebagai objek untuk melengkapkan ayat. 3. Kelvin membuat lompatan dengan sedaya upaya untuk memenangi acara lompat tinggi. - betul 4. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara-acara yang diadakan seperti lumba lari, lompat jauh dan lompat tinggi. tidak gramatis, perkataan acara tidak perlu dijamakkan. 5. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara lompat jauh, lompat tinggi dan lumba lari yang diadakan. - betul | Tatabahasa | 08.08.2012 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya. Nama-nama jenis sulaman seperti sulaman bunga carnation, bunga sakura, bunga lavender atau bunga kekwa, adakah perlu ditulis dalam huruf besar nama bunga-bunga tersebut? | Huruf kecil | Ejaan | 19.09.2017 |
Saya inginkan kepastian tentang kedudukan perkataan bunga raya,bunga orkid, bunga ros dan bunga refelsia.Adakah perkataan / frasa ini tergolong sebagai kata nama khas, katanama am atau kata majmuk. | Perkataan bunga raya,bunga orkid, bunga ros dan bunga refelsia tergolong sebagai kata nama khas. | Tatabahasa | 18.05.2008 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya adakah terdapat kesalahan tatabahasa pada ayat-ayat berikut dan jika ada apakah kesalahannya? Mohon beri pencerahan. Terima kasih. 1. Pandai-pandailah awak melayani perangai berpuluh-puluh kanak-kanak yang bermacam-macam ragam. 2. Hadiah itu tidak untuk Hidayah tetapi untuk adiknya. 3. Bunga-bunga yang mekar di tanam itu cantik-cantik belaka. | Ayat 1 dan 3: “Pandai-pandailah awak melayani perangai berpuluh-puluh kanak-kanak yang (bermacam/bermacam-macam) ragam.” dan “Bunga/Bunga-bunga yang mekar di tanam itu cantik-cantik belaka.” betul tetapi terdapat penggunaan kata ganda yang lewah kerana sudah ada kata ganda lain yang menunjukkan jamak. Ayat 2 “tidak” diganti dengan “bukan” - “Hadiah itu bukan untuk Hidayah tetapi untuk adiknya.”(Kata nafi “bukan’ berfungsi untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama. Manakala kata nafi “tidak” untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.) | Tatabahasa | 12.08.2020 |
Di antara kedua-dua ayat ini, ayat manakah betul : 1. Sejak kematian isterinya, Atan dikatakan patah kandar untuk meneruskan kehidupannya. 2. Sejak kematian isterinya, Atan dikatakan patah semangat untuk meneruskan kehidupannya Adakah ayat ini betul, kalau salah, mengapa. 1. Bunga-bunga yang ditanam oleh Pak Abu cantik-cantik belaka. | Patah kandar bermaksud mendapat kemalangan dalam usaha atau pekerjaan terhalang kerana kematian. Patah semangat bermaksud hilang keberanian atau kemahuan untuk berusaha dan sebagainya. Berdasarkan makna tersebut ayat yang mengandungi frasa "patah semangat" sesuai dengan konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 02.08.2012 |
Selamat sejahtera. Saya ingin tanya tentang perbezaan penjodoh bilangan bagi bunga. (sejambak, setangkai, sekuntum dan sejambangan) Sekian terima kasih. | Lihat kepada keaadan bunga tersebut, sekuntum bunga bermaksud satu bahagian bunga, setangkai bunga bermaksud bunga dan tangkainya, sejambak bunga bermaksud satu karangan atau satu berkas bunga dan sejambangan bunga ialah bunga dan pasunya sekali. | Tatabahasa | 15.08.2014 |
Dalam keadaan bagaimanakah, Bunga Raya dikenali kata nama khas dan keadaan yang bagaimana pula dikenali sebagai kata nama am? Menurut keputusan carian di halaman web DBP, terdapat jawapan berikut: "Perkataan bunga raya,bunga orkid, bunga ros dan bunga refelsia tergolong sebagai kata nama khas."-18.05.2008 "Dalam konteks kata nama am, dieja bunga raya dan bunga kebangsaan."-13.05.2011 soalan"Bunga Raya ataun bunga raya?" jawapan" bunga raya"-02.04.2011 soalan"bunga raya atau Bunga Raya" jawapan" Bunga Raya"-28.04.2011 | Merujuk Kamus Dewan, ejaan yang betul ialah bunga raya sama seperti bunga ros, teratai dan orkid. Jenis-jenis bunga ini dikategorikan sebagai kata nama am melainkan ada unsur lain yang menjadikannya sebagai kata nama khas seperti tajuk novel. Kami mohon maaf atas kesilapan jawapan tersebut. | Ejaan | 10.10.2012 |
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Bunga raya Bunga Kebangsaan. 2. Bunga raya ialah Bunga Kebangsaan. Boleh berikan penjelasan mengapa kita perlu letak "ialah" sekiranya ayat 2 sahaja yang betul? Terima kasih. | Salam sejahtera, Ayat yang betul: Bunga raya ialah bunga kebangsaan. "Ialah" merupakan kata pemeri yang menjadi pemerihal kepada predikat atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Kata pemeri "ialah" hadir di hadapan frasa nama. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 15.10.2018 |
bunga raya adakah dieja dengan Bunga Raya atau bunga raya?begitu juga dengan Bunga Kebangsaan atau bunga kebangsaan? | Dalam konteks kata nama am, dieja bunga raya dan bunga kebangsaan. | Tatabahasa | 13.05.2011 |