Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.nga.bu.nga.an] | بوڠا - بوڠاءن

Definisi : 1. berbagai-bagai jenis bunga: ditanamnya kayu-kayuan dan ~; 2. bunga buatan (lukisan dll); 3. pemolek (hiasan): pertuturan yg penuh dgn ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.nga.bu.nga.an] | بوڠا - بوڠاءن

Definisi : 1 berbagai-bagai jenis bunga: Kayu-kayan dan ~ ditanam di taman itu. 2 bunga tiruan yg dibuat drpd kertas dsb: Pintu gerbang itu dihias dgn ~ kertas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunga-bungaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud perkataan ”pemolek” dalam maksud “bunga-bungaan” yang ada di “Kamus Dewan Edisi Keempat” di makna ketiga “3. pemolek (hiasan)” itu? Adalah maksud pemolek ialah hiasan? Boleh jelaskan? Pautan: https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=bunga-bungaan&d=175768&#LIHATSINI Sekian,Terima Kasih.Bagi kata "bunga-bungaan" makna ketiga dalam Kamus Dewan edisi keempat ialah "pemolek (hiasan)". Pemolek di sini bermaksud kata-kata yang indah, kiasan dsb yang digunakan dalam pertuturan, seni kata dsb. Sila rujuk kamus yang terkini, iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). Untuk lebih mendalaminya, tuan juga boleh merujuk bidang Kesusasteraan Melayu.Makna23.04.2023
1.) Murid-murid menghiaskan pentas dengan bunga-bungaan. 2.) Murid-murid menghiaskan bunga-bungaan di atas pentas. Yang manakah penggunaan perkataan "menghiaskan" betul?
Menurut data kami, kedua-dua ayat di atas betul.
Lain-lain09.08.2016
Harap perbetulkan persepsi perbezaan penggunaan meN--i dengan meN--kan. 1. (Orang) menghiaskan (benda) e.g. (Saya) menghiaskan (meja) itu dengan bunga-bungaan. 2. (Orang) menghiasi (benda) e.g. (Saya) menghiasi (meja) itu dengan bunga-bungaan. 3. (Benda) menghiasi (benda) e.g. (Bunga-bungaan) menghiasi (meja) itu. Jika saudara/i ada logik-logik mudah untuk merungkai penggunaan imbuhan ini, harap berkongsi dengan saya.

Untuk membezakan penggunaan apitan meN-...-kan dengan meN-...-i, seperti dalam ayat contoh yang diberi sila lihat fungsi antara kedua-dua apitan tersebut, iaitu:

i.  Fungsi apitan meN-...-kan menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif. Contohnya: Ali menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad dan Ali menghadiahi Ahmad sebuah basikal.

ii. Apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa, manakala apitan meN-...-i menerima objek yang bernyawa. Lihat contoh di atas.

iii. Bagi sebilangan kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya: Ali sedang membaiki kereta yang rosak dan Ali sedang membaikkan kereta yang rosak.

Tatabahasa18.09.2011
Bunga-bungaan di taman itu berkembang segar-bugar dan mengeluarkan bau yang sangat harum. MUNSYI, SEGAR-BUGAR WAJARLAH DIGANTIKAN DENGAN APA KATA? TQBuang perkataan segar-bugar dalam ayat tersebut. Rujuk www.prpm.dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.Tatabahasa07.02.2012
Sila lihat lampiran. Harap tuan/puann boleh memberi jawapan hari ini. Sekian, terima kasih.

1.   Kasut kaca terlucut daripada kakinya.

2.   Dia menyamar sebagai penjual pelita.

3.   “Tukar pelita lama dengan pelita baru!” jeritnya. 

4.   Dia menyuruh Jin Pelita menghantar ahli sihir itu ke tempat yang jauh dan mengembalikan istananya.

5.   Dia tinggal di dalam hutan bersama dengan ibunya. 

6.   Dia berjalan pantas tetapi berhenti bagi memetik bunga-bungaan untuk neneknya.

7.   Dia berkahwin dengan Putera Raja dan hidup bahagia selama-lamanya.

Tatabahasa11.01.2012

Kembali ke atas