Pokok Tabebuia Pentaphylla, bunganya digelar *tecoma dalam bahasa Inggeris. Jabatan Pertanian Malaysia guna *tecoma, sedangkan Majlis Bandaraya dan akhbar tempatan gelar bunga *tekoma (dengan huruf k). Mohon pencerahan ejaan bahasa Melayu standard bagi bunga tersebut. | Berdasarkan sebutan, padanan ejaan tecoma dalam bahasa Melayu ialah tekoma. | Ejaan | 26.03.2021 |
Digraf adalah perkataan yang wujud dua huruf konsonan (selain a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan seperti ng, ny dan sy. soalan saya ialah adakah perkataan "bunganya" juga adalah perkataan digraf?? | Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mempunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu. Contoh yang diberikan merupakan digraf pada ny bagi perkataan bunganya. Tuan boleh merujuk majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Dewan Bahasa dan Pelita Bahasa untuk rujukan lanjut berkenaan isu-isu tatabahasa terkini. | Tatabahasa | 29.09.2015 |
Assalamualaikum.Saya ingin tahu apakah yang dimasudkan bagi istilah "Alamanda"Boleh pihak DNP jelaskan dengan kadar yang secepat mungkin | Alamanda ialah tumbuhan renek (perdu) bergetah yang banyak ditanam sebagai tanaman hias, bunganya besar-besar berwarna kuning dan berbentuk trompet. | Makna | 17.03.2008 |
Perkataan "lacur" dalam tafsiran/terjemahan DBP banyak dikhususkan kepada perbuatan kurang bermoral iaitu menjual maruah bagi seorang perempuan. Bolehkah perkataan "lacur" itu digunakan kepada penjualanbarang2 lain selain maruah, seperti saya katakan, "seorang penjual bunga telah melacurkan bunganya di tepi jalan"? | Mengikut Kamus DEwan Edisi Keempat, halaman 864, perkataan lacur bermaksud 1. tidak jadi, gagal, malang,sial.2. buruk laku, sundal. Oleh yang demikian perkataan ini tidak sesuai digunakan dalam konteks melacurkan bunga. | Makna | 02.05.2008 |
Apakah beza antara 'suatu' dan 'sesuatu'? Terima kasih. | Suatu ialah hanya satu, satu: tidak ~ pun; tiap-tiap ~; ~ hari; 2. sl tiap-tiap satu: pd ~ bagai empat puluh helai, pd sehelai empat puluh perkara bunganya; 3. sl pertama-tama, yg pertama: ~ kerajaan dlm dunia, kedua kerajaan kpd keinderaan, ketiga tempat kerajaan dlm bumi; Sesuatu pula ialah perkara (hal, barang, dll) yang kurang atau belum tentu: kepalanya tunduk ke bumi seperti orang mencari ~ yang hilang; segala ~ segala apa, apa-apa; | Makna | 17.10.2016 |
cindai | Sdr. Ibnu Salam, CINDAI membawa maksud - 1. sj kain sutera berbunga-bunga (warnanya menyerupai warna ular sawa): Laksamana pun memakailah serba hitam, berbaju hayat memakai ~ pd bahunya; 2. bengkung (ikat pinggang, sabuk) drpd kain cindai; ~ betina = ~ sari cindai yg agak kasar tenunannya dan kecil corak bunganya; ~ hari sj cindai kembang; ~ jantan cindai yg halus dan besar corak bunganya; mati berkapan ~ prb mati dgn nama yg baik (dipuji, dihormati, dll). | Makna | 04.10.2010 |
mohon semakan penggunaan perkataan vista alamanda untuk menamakan sesebuah bangunan | Salam sejahtera, Tuan, Nama Vista Alamanda boleh digunakan untuk menamakan sesebuah bangunan kerana mempunyai makna dalam bahasa kebangsaan. Vista membawa maksud pemandangan, manakala alamanda merupakan sejenis pokok renek atau bunganya. Sekian, terima kasih. | Makna | 29.05.2017 |
Kami berhasrat mendapatkan makna, maksud, definasi "Seruyan" dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, secara rasmi dan bertulis. | Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020:2080) merakamkan maksud seruyan seperti yang berikut: seruyan kata nama pokok rendah yang bunganya kecil berjambak, buahnya kecil, bulat dan berwarna merah, daun serta kulit batangnya berkhasiat ubatan tradisional; nama lain: hujan panas; semomah; nama saintifik: Breynia vitis-idaea Untuk keterangan lanjut, anda bolehlah merujuk pakar tumbuhan atau pihak/agensi berkaitannya. | Makna | 15.01.2024 |
Aslm tuan, saya ada soalan berkaitan etimologi bagi "rusiga". Adakah rusiga ini sebenarnya kependekan bagi "rumput segi tiga"? Selain itu, saya ingin bertanya tentang padanan rasmi bagi "rush", iaitu sejenis tumbuhan bak rumput dalam keluarga Juncaceae. Adakah purun boleh dipakai? | 1. Menurut Kamus Dewan Perdana (KDP) (DBP, 2020) rusiga ialah tumbuhan jenis herba daripada famili Cyperaceae yang batangnya bersegi, bulat atau leper serta kasar, akarnya menjalar, daunnya runcing, bunganya halus berjambak dan berbeza-beza mengikut jenis, biasanya tumbuh di kawasan lapang dan kering, mis rumput sendayan. Tidak terakam asal usul kata rusiga ini daripada kependekan rumput segi tiga. Frasa rumput segi tiga juga tidak dijadikan entri/frasa dalam KDP. 2. purun 1; purun danau ialah rumput sendayan yang hidup di dalam paya atau air yang cetek, dan ditanam di beberapa bahagian di Borneo untuk dijadikan tikar dan bungkusan barang; Lepironia articulata; purun tikus ialah rumput sandang; Fimbristylis globulosa. rumput sandang ialah rumput yg berbatang leper, agak tinggi, banyak terdapat di kawasan tanah rendah dan lembap, dan batangnya yang dikeringkan boleh dijadikan bahan anyaman; purun tikus; Fimbristylis globulosa. purun 2 ► rumput purun batu rumput puruh batu atau rumput purun batu ialah rumput kepala lalat (tumbuhan); Fimbristylis dichotoma. rumput kepala lalat ialah rumput sederhana tinggi yang tumbuh berumpun, bunganya berjambak di tengah rumpun, berdaun tirus dan biasanya berbulu, hidup liar di kawasan lapang, boleh dijadikan baja hijau, dan tumbuhan ini boleh dijadikan makanan binatang ternakan; rumput para-para; rumput purun batu; Fimbristylis dichotoma. Berdasarkan senarai kata dalam PRPM dan KDP, tiada padanan tepat bagi rush yang berkaitan dengan sejenis rumput. Kata purun atau frasanya hanya boleh digunakan jika nama saintifik tumbuhan/rumput tersebut sama seperti yang tersebut di atas. | Makna | 04.09.2023 |
Adakah ayat ini betul? 1. Tomato adalah sayur berjenis buah 2. Sawi adalah sayur berjenis sayur. Adakah frasa "sayur berjenis sayur" di atas betul penggunaannya. | Untuk makluman tuan, Tomato ialah sejenis tumbuhan (herba yang buahnya boleh dimakan), ranti merah, terung bali, Lycopersicum esculentum (Solanum lycopersicum). Tomato juga merupakan tanaman herba tahunan yang berasal dari Amerika Selatan, mempunyai buah yang digunakan sebagai sayuran, daun-daunnya berbentuk pinat dan bunganya berwarna kuning. Sawi pula ialah sejenis tumbuhan (herba) yang dibuat sayur, Brassica rugosa. | Tatabahasa | 12.10.2017 |