1. ketiga-tiga buah bungkusan / ketiga-tiga bungkusan 2. Ahmad dtugasi / ditugaskan membersihkan lantai. 3. Kedua-dua orang ibu bapa / ibu bapa 4. Kedua-dua orang ibu dan bapa / ibu dan bapa | Jawapan seperti berikut: 1. Ketiga-tiga buah bungkusan. 2. Ahmad ditugaskan untuk membersihkan lantai 3. Kedua-dua ibu bapa 4. ibu dan bapa
Soalan 3 dan 4 bergantung pada konteks dan wacana | Tatabahasa | 01.05.2010 |
Salam sejahtera. Ayat-ayat yang berikut betul? 1) Kalang cuba mengangkat bungkusan simen itu. 2) Kalang mencuba mengangkat bungkusan simen itu. 3) Dia mengangkat bersama-sama Haikal. 4) Dia mengangkat bersama Haikal. 5) Dia mengangkat bersama dengan Haikal. Terima kasih. | 1. Kalang cuba mengangkat bungkusan simen itu. 2. Ayat 3, 4, dan 5 tidak gramatis kerana tiada objek. Sekiranya ada objek, ayat 3 lebih tepat. | Tatabahasa | 01.04.2013 |
Bungkusan yang berat-berat itu saya tidak terangkat. Adakah ayat itu betul atau salah? | Ayat yang betul ialah Bungkusan yang berat-berat itu tidak saya terangkat. | Tatabahasa | 20.07.2013 |
1. Adakah terdapat sebarang peraturan mewajibkan label dan bungkusan produk yang dipasarkan di Malaysia menggunakan bahasa Melayu/Malaysia? 2. Bolehkah label dan bungkusan produk hanya menggunakan bahasa Inggeris? Diharapkan pihak DBP dapat memberikan komen dan pandangan mengenai perkara ini secepat mungkin. Terima kasih. | Sila rujuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri saudara/ saudari untuk mengetahui sebarang peraturan bagi melabel membungkus produk. Untuk makluman saudara/ saudari, DBP hanya mengesahkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam iklan. Harap maklum. | Lain-lain | 13.08.2007 |
Adakah ayat ini betul? Buku itu telah saya hantar ke pengirimnya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut. | Jawapan: Buku itu telah saya hantar kepada pengirimnya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut. | Lain-lain | 08.10.2014 |
Bolehtak PosParcel digunakan sebagai nama produk? Nama ini digunakan untuk produk bungkusan. Nama PosBungkusan terlalu panjang. Parcel telah diterimapakai oleh semua orang. Kami juga ada produk registered mail, dinamakan PosDaftar dan PosEkspres untuk surat ekspres. | Sehingga hari ini perkataan 'parcel' atau 'parsel' masih belum diterima sebahagian daripada bahasa Melayu. Kata 'bungkusan' masih digunakan bagi padanan kata 'parcel'. | Istilah | 13.06.2009 |
Saya ingin mendapatkan terjemahan dari B.Inggeris ke B.Malaysia dengan lebih tepat untuk Tajuk bungkusan seperti berikut :- Chicken Drumstick Chicken Thigh Chicken Wing Chicken Keel Chicken Rib Chicken Fillet Chicken Boneless Thigh Chicken Boneless Breast Chicken Boneless Leg Chicken Skinless Boneless Leg Chicken Skinless Boneless Breast Chicken Skinless Boneless Thigh Chicken Neck Chicken Gizzard Chicken Liver Chicken Feet Chicken Bishop Nose Chicken Fat Chicken Skin Chicken Broken Wing Chicken Drummet Chicken Mid Joint Wing Chicken Whole Leg Chicken BBQ Wing dan perlukah tajuk pada bungkusan mempamerkan bahasa Malaysia dan Inggeris? | Untuk makluman tuan, kami tidak memberikan perkhidmatan terjemahan, apa yang dapat kami bantu ialah menyemak hasil terjemahan. Oleh itu, sila terjemahkan dahulu dan kemukakan hasil terjemahan tersebut untuk semakan kami. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.06.2015 |
1. Tolong buangkan/membuangkan bungkusan plastik ini ke dalam tong sampah. Tolong jelaskan perbezaan antara buangkan dengan membuangkan. 2. Apakah penjodoh bilangan untuk bendera dan panji. 3. "Bolehkan anda tunggu sebentar?" kata pegawai bank kepada pelanggannya. Bolehkah kita gunakan gantinama anda dalam ayat ini? 4. Budak itu membuang sampah ke/ di atas lantai. 5. Kami melawat ke India. atau Kami melawat India. Semasa kursus kami diberitahu perkataan "melawat" tidak perlu diikuti dengan "ke" tetapi saya masih ternampak banyak buku yang menggunakan "melawat ke' Bolehkah tolong bagi penjelasan. 6. Setiba di sana. atau Setiba ke sana. Apakah perbezaannya? | 1. Ayat perintah/suruh (ditujukan kepada kata ganti diri yang kedua: awak, kamu, dsb) tidak perlu guna imbuhan awalan Me-... 2. Sehelai, selembar dan sebuah = bendera. 3. Boleh. 4. Budak itu membuang sampah di atas lantai. 5. Kami melawat ke India. atau Kami melawat India. Semasa kursus kami diberitahu perkataan "melawat" tidak perlu diikuti dengan "ke" tetapi saya masih ternampak banyak buku yang menggunakan "melawat ke' Bolehkah tolong bagi penjelasan. 6. Setiba di sana. 'Di' dalam bahasa Inggerisnya 'at' dan 'ke' = 'to'.
| Lain-lain | 09.10.2009 |
Buku itu telah saya hantar kepada pengirimnya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut. ( munsyi, apakah kesalahan pada ayat ini? sila tunjuk ajar. terima kasih_ | Tiada kesalahan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 14.01.2014 |
Apa perbezaan antara ayat berikut: "baik hati" dan "murah hati", "belas kasihan" dan "bertimbang rasa", "Berhemah Tinggi" dan "Kesopanan", "Kejujuran" dan "Amanah", "Kecekalan" dan "Kerajinan", "Persaudaraan" dan "Kemasyarakatan"?. Terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dinyatakan takrifan perkataan yang berikut: "baik hati" = suka menolong, mudah simpati dan pengasih, "murah hati" = a) suka memberi, tidak kedekut; b) pengasih dan penyayang, "belas kasihan" = perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang dll yg malang, "bertimbang rasa" =menaruh (menunjukkan) timbang rasa (belas kasihan dll), bersimpati, berlaku adil. "Berhemah Tinggi" = mempunyai budi pekerti yg mulia, "Kesopanan" = 1. perihal sopan (tingkah laku, tutur kata, dll): gambar yg membayangkan ~ seorang gadis desa; 2. adat sopan santun, tatasusila, tingkah laku (tutur kata) yg baik: perbuatan kita sudah melanggar ~ timur; 3. keadaban, peradaban. "Kejujuran" = perihal jujur, kelurusan hati, keikhlasan: dia masih ragu-ragu tentang ~ anak muda yg baru dikenalinya itu. "Amanah" =1. = amanat sesuatu yg dipercayakan kpd orang (diserahkan utk disimpan dll): bungkusan-bungkusan ini ialah ~ orang; 2. kepercayaan yg diletakkan kpd seseorang; 3. = amanat keamanan, ketenteraman: bahagia dan ~; 4. kepercayaan, boleh dipercayai, jujur; orang ~ orang yg boleh dipercayai; pecah ~ perbuatan mensia-siakan amanah (kepercayaan) orang dll (dgn menipu dsb); 5. (Eko) hak yg boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah utk mendapatkan faedah drpd sesuatu harta. "Kecekalan" = ketabahan (keteguhan, ketetapan) hati. "Kerajinan" = 1. perihal rajin, kegiatan, ketekunan: guru hendaklah mendatangkan kecenderungan dan ~ pd kanak-kanak; kerana ~ dan ketekunan semua pekerja di lombong itu, syarikat mengambil keputusan memberi mereka bonus; 2. perusahaan membuat (menghasilkan) sesuatu: mereka mesti pandai memajukan ~ rakyat; ~ rumah tangga perusahaan kecil yg dikerjakan di rumah; ~ tangan pekerjaan (perusahaan) dgn tangan (bukan dgn mesin). "Persaudaraan" = perihal bersaudara, perhubungan spt bersaudara, pertalian yg rapat sekali (seolah-olah bersaudara): merekalah yg menguatkan tali ~ antara berbagai-bagai kaum. "Kemasyarakatan" =keadaan masyarakat, yg berkaitan dgn masyarakat: penting juga kita mengetahui sejarah dan ~ tempat puisi itu dilahirkan; satu aliran kesusasteraan terlalu memberatkan soal ~; ilmu ~ sosiologi. | Istilah | 07.11.2010 |