Boleh saya tahu adakah DBP ada buku atau buku istilah tentang "bunyi" sesuatu perkara dalam bentuk perkataan? Contohnya bunyi binatang, atau "pong" merujuk kepada "bunyi barang dll yg jatuh di air." Terima kasih | Setakat ini DBP tidak ada menerbitkan buku berkaitan bunyi. Yang ada segelintir jenis bunyi dalam kamus.Contoh: siut I 1. bunyi spt bunyi wisel yg nyaring; 2. bunyi spt bunyi orang menyiuk (kerana kepedasan dll); 3. bunyi spt bunyi rotan dll disebatkan di udara; 4. bunyi spt bunyi api disiram dgn air; bersiut berbunyi siut, berbunyi spt orang menyiuk (kerana kepedasan dll); siutan bunyi siut yg berkali-kali. Kamus Dewan Edisi Keempat lentung Ibunyi spt bunyi kelentung (loceng dll); ~-lentang = lentang-~ bunyi spt bunyi orang bertukang dll, bunyi berdentang; melentung berbunyi spt bunyi kelentung; lentungan bunyi melentung: di bawah keriang-keriut dan ~ roda pedati. Kamus Dewan Edisi Keempat mad Ar pemanjangan bunyi, bunyi pendek dijadikan bunyi panjang; maddah. Kamus Dewan Edisi Keempat lepuk bunyi spt bunyi orang bertepuk tangan, bunyi yg lebih besar drpd bunyi lepak; ~-lepak bunyi lepuk yg berulang-ulang: kemudian aku dengar juga ~-lepak bunyi lembu kena pukul; melepuk memukul, menampar; ®lapuk II. Kamus Dewan Edisi Keempat gedebuk bunyi spt bunyi benda berat jatuh; bunyi spt bunyi pukulan pd belakang seseorang dll. Kamus Pelajar Edisi Kedua lentang bunyi spt bunyi tin dipukul; ~-lentung bunyi kuat spt bunyi tin dipukul berulangulang, bunyi berdentang-dentang. Kamus Dewan Edisi Keempat uak II bunyi spt bunyi kerbau (katak dll); menguak mengeluarkan bunyi spt bunyi kerbau (katak dll): kambing mengembek, kerbau ~; uakan bunyi uak: seekor kuda meringkik diiringi ~ beberapa ekor lembu. Kamus Dewan Edisi Keempat rak I 1. bunyi spt bunyi pena yg digoreskan; 2. bunyi spt bunyi kayu patah dll; ~-rok bunyi pokok yg patah; ® derak. Kamus Dewan Edisi Keempat siul = siulan 1 bunyi spt bunyi suling yg dibuat dgn mulut. 2 bunyi burung. bersiul 1 membuat bunyi spt bunyi suling dgn mulut. 2 berbunyi (bkn burung). Kamus Pelajar Edisi Kedua lengking bunyi spt bunyi besi dipukul, bunyi yg kuat: sebanyak desus dan ~ kereta api sebanyak itu pula debar jantung Poniem; melengking berbunyi dgn kuat (bunyi besi dipukul, orang menjerit, dll): sebentar kemudian terdengar benda jatuh dan berikutannya ~ pula suara jeritan seorang perempuan; lengkingan suara atau bunyi melengking (jeritan dll): bunyi ~ kapak sayup-sayup terdengar dr pondokku; tiada kedengaran ~ anak-anak muda yg bergumal. Kamus Dewan Edisi Keempat | Lain-lain | 09.05.2014 |
INGIN MENGETAHUI PERBEZAAN ANTARA FONETIK DENGAN FONOLOGI | Fonologi merupakan bidang linguistik deskriptif yang mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia. Fonetik bidang yang mempelajari segala bunyi bahasa (bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi itu. | Makna | 06.09.2006 |
mengapakah perlunya peminjaman bahasa asing dilakukan ke dalam bahasa Melayu? | Pertembungan bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris dan Arab, bahasa Melayu telah mengalami proses peminjaman bunyi-bunyi bahasa daripada bahasa tersebut. peminjaman bunyi-bunyi bahasa ini ialah untuk memperkaya khazanah perbendaharaan kata bahasa Melayu. | Lain-lain | 05.10.2006 |
Nyatakan bunyi-bunyi yang terdapat dalam bahasa melayu secara jelas dengan menunjukkan fungsi-fungsi alat artikulasi dan kedudukan daerahnya. | Saudara boleh membuat rujukan pada Buku Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Maklumat yang diperlukan terdapat dalam buku tersebut. | Lain-lain | 17.09.2007 |
Kita tahu bahawa setiap bunyi dalam perkataan mewakili 1 suku kata. Vokal berganding seperti 'ua' menghasilkan dua bunyi. Bunyi vokal berganding yang terdapat dalam perkataan 'dua' dan 'tua', hadirnya dua bunyi,seolah-olah dieja seperti 'tuwa' & 'duwa' Soalan saya, 'dua' & 'tua' mempunyai 1 bunyi suku kata atau 2 bunyi suku kata? | Perkataan dua dan tua mempunyai satu suku kata. | Lain-lain | 18.07.2010 |
assalamualaikum... apakah konsep fonetik dan fonologi | Fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia, iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi. Bidang fonetik yang mengkaji bunyi bahasa dapat dipecahkan kepada tiga, iaitu artikulatori, auditori, dan akustik. Fonologi ialah bidang yang mengkaji rumus-rumus atau peraturan sesuatu bahasa yang menentukan sebutan. Antara kajian fonologi termasuklah pemenggalan bunyi bahasa, pola dan kelas bunyi bahasa, variasi bunyi, proses fonologi, dan perubahan bunyi. | Tatabahasa | 28.07.2018 |
maksud kosonan dan maksud vokal | Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa penggalan yang dalam bahasa Melayu berciri tidak silabik atau tidak boleh menjadi puncak suku kata. Contohnya k,p dan m. Vokal pula ialah bunyi bahasa yang dihasilkan dengan getaran pita suara dan dilafazkan tanpa pengeseran. Contohnya aeiou. Vokal berciri silabik atau boleh menjadi puncak suku kata. | Tatabahasa | 20.08.2009 |
kenapa kita menyebut loghat dengan bunyi lorat tidak loghat. kenapa sebutan lorat tidak sama dengan perkataan loghat itu sendiri?Adakah ianya faktor fonologi iaitu bunyi-bunyi bahasa itu sendiri?seperti yang kita ketahui maksud loghat ialah dialek dan tergesa-gesa. Ada yang mengatakan loghat itu menunjukan maksud risau akan sesuatu.Adakah ia betul? | Dalam Kamus Dewan loghat dan lorat ialah dua perketaan yang berbeza. Loghat yang bermaksud dialek tetap disebut seperti ejaannya, iaitu loghat. Lorat pula disebut lorat dan membawa maksud susah atau payah. Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=loghat dan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=lorat. | Istilah | 04.11.2012 |
Salamunalaik. saya ingin bertanya, dalam konsonan pinjaman bahasa arab, mengapa konsonan /'a/ dikritik dalam sistem bahasa Melayu? | Tanda diakritik digunakan untuk memperbezakan bunyi-bunyi yang berlainan bagi sesuatu huruf. | Tatabahasa | 28.07.2016 |
istilah perkataan " kekunci" | Istilah 'kekunci' terhasil melalui proses gandaan separa kata nama yang melibatkan suku kata pertama dalam kata dasar, iaitu ku-kunci. Bunyi-bunyi vokal dalam suku kata pertama perkataan yang digandakan itu mengalami perubahan menjadi vokal tengah, iaitu e pepet menjadikan ku-kunci kepada kekunci. | Tatabahasa | 03.03.2007 |