maksud teater dan jenis-jenisnya | 1. Teater adalah persembahan kesenian yang dilakonkan di hadapan penonton secara langsung menggunakan kombinasi pertuturan, gerak isyarat, gerak lakon, muzik, tarian, bunyi-bunyian dan sebagainya. 2. Antara jenis-jenis teater ialah opera, balet, pantomin, wayang kulit, arena dan pementasan. Sekian dan salam. | Lain-lain | 28.03.2009 |
Apakah definisi muzik secara menyeluruh? | Muzik ialah gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan; bunyi-bunyian. | Makna | 19.02.2008 |
saya hendak mengetahui definisi muzik melayu. | Menurut Kamus Dewan, muzik ialah gubahan bunyi yg menghasilkan bentuk dan irama yg indah dan menyenangkan, bunyi-bunyian. Melayu pula nama suatu bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung Malaysia). Justeru, muzik Melayu dikaitkan dengan gubahan bunyi atau bentuk irama indah yang lazimnya dikaitkan dengan kesenian orang Melayu. Bagi membantu, saudara juga boleh menghubungi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia berkaitan dengan pengertian terperinci muzik Melayu. | Lain-lain | 05.03.2007 |
Adakah bulu perindu sama dengan buluh perindu? | Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) memberikan definisi "buluh perindu" sebagai: 1. sejenis tumbuhan(buluh), Bambusa magica; seruling 2. bunyi-bunyian yang dibuat daripada buluh yang mengeluarkan bunyi dengan sendirinya apabila ditiup angin 3. buluh kecil yang menimbulkan bunyi yang merdu apabila ditiup angin Frasa "bulu perindu" tidak ada dalam PRPM. | Istilah | 20.11.2013 |
Assalamualaikum.. Antara dua ayat berikut, yang manakah lebih betul dan tepat. 1. Lokman meniup lilin yang ada di atas kek hari jadinya 2. Lokman menghembus lilin yang ada di atas kek hari jadinya. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga, meniup dan menghembus kedua-duanya boleh digunakan dalam ayat tersebut. Namun 'menghembus' lebih cenderung digunakan untuk perkara-perkara yang menjurus kepada pengakhiran sesuatu. Contohnya: menghembuskan nafas yang terakhir dsb. Sebaliknya 'meniup' pula lebih cenderung kepada perkara-perkara menghidupkan sesuatu seperti meniup seruling untuk mengeluarkan bunyi-bunyian, meniup semangat dll. | Lain-lain | 20.02.2011 |
Contoh ayat. 1. Amirul meniup / menghembus api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. Meniup dan menghembus manakah yang lebih tepat serta apakh ulasannya. 2. Sebatang tombak atau sebilah tombak 3. Rendang ayam itu sungguh lazat sekali. (betul atau salah) | 1. Meniup dan menghembus kedua-duanya boleh digunakan. Namun 'menghembus' lebih cenderung digunakan untuk perkara-perkara yang menjurus kepada pengakhiran sesuatu. Contohnya: menghembuskan nafas yang terakhir dsb. Sebaliknya 'meniup' pula lebih cenderung kepada perkara-perkara menghidupkan sesuatu seperti meniup seruling untuk mengeluarkan bunyi-bunyian, meniup semangat dll. 2. Sebatang tombak 3. Rendang ayam itu sungguh lazat sekali. - Betul. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 244-247. | Tatabahasa | 19.07.2009 |